Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Februari 17, 2010

saat2 gembira dalam hidup

salam..ermm ini lagi2 citer tertangguh minggu yg lepas2...blog umi jem tak dapat masuk gambr2 uper2nyer silap setting kua kua kua..sebab tu tertangguh tu heheheh,,nia der peluang..sesambil duk celik jer mater ni tenggok abah baiki komputer lagi,,,umi ambik kesempatan lah jugk.....masuk gamar2 lama2..nak citer semula..kisah di airport ..mase ni,,,family umi gi hantar adik ngen adik ipar nk berlepas ke kk sorang dan kl sorang....adik umi berkerja kat rtm kk..dan adik ipar lak,,masih belajar kat uia gombak,,ermm masing2 duk jauh....takpe jap jer agi,,bulan 4 ni habis.panjangumur murah rezeki bulan 6 ni,,,,dapat menimang cahaya mata..insyallah..semoga Allah permuahkan.
Kebetulan tuan guru dan isterinyer hendak berngkat ke kk...ukernyer hati dapt jumpa tuan guru,,sjuk jer tenggok,,org yg banyak ilmu agam ni ekk..alhamdulillah

inilak..hehehe pelakon foverite umi saleh yaakob,,kebetulan dia pun ader gak time ni..apa agi,,,,sap aaahh ku kui kui alya ngen sepupu2 dia ermmm time gi kat paka umah mak sedara dia..adik umi ajak liya gi
mandi kolam..suker lah tu,,,ermm sampai umi ngen abah pun luper ekkk
umi duk kutik batu2 nak buat landskap hehehehh

ekenangan alya ngen fiqah....kt kfc

citer tertangguh....

salam....larut malam...ermm duk teman abah baiki komputer teringat lak nak buat entry hari tuh...lupa lak..time jumpa ngen kawan blog umi...ermm maaf yer ira..umi lambat updatr citr pasal pertemuan kiter hari tu...
ermm ku 4.30 dah janji ngen ira ermm kawan blog umi dr kemaman datang giant nak jumpa umi,,,dah bg CCp..cco clogen tu,,ermm alhadulillah dah 2 minggu umi mkn ccp ni,,ader perubahan heheheh...alhamdulillah sapa lom cuba baik cuba cepat2 nanti rugi heehheh
sempa agi,,snap gambar alya,,time nio,,tunggu ira janji depan kedai bata dalam giant,,heheh ira nak cepat2 tu huhuhu.
umi ajak ira gi,satu kedai kat giant pomot,,suh jual produk ni,,alhamdulillah setuju gak,,,
ira tengah bg penerangan kepada tauke kedai...
hehheh duk tenggok jer,,,,sambil belajar cara2 nak teckl pelanggan ngen ira ni kui kui kui
lps selesai jumpa ira..abah ajak balik,,ermm kebetulan kat TTC der pameran perkhawinan dan pameran buku,,,,ermmmmm alya lak dah muncung..disebab kan mlm ni abah kijer....esok ekk kiter gi cayang,,ermm abah tak hampakan perasaan ank dier,,esokkan abah ajak kami ke TTc..jem punya aaahhh ,,,45 minite atas jambatan ermmmmm...samapi2 kul 7..masuk azan magrib...gi solat dulu,,,,
fuyooooo..umi duk cari kat mna nyer pesta buku ermmm....satu jer gerai jual buku lelain,,semua pelamin dan pameran pengantin,,,kui kui kui
ader peluang gak liya posing mau2 gituh,,,
lps tu..alya duk pilh2 buku latihan dan buku2 citer,,sambl di pomot oleh kakak untukmengajar liya cara mudah belajar melalui internet..ermm yuran rm 400 fuyooo heheheh alya nyer latihan

Kuih kasui @ kosui @ kaswi @ kesui

http://yummylicious-jun.blogspot.com/search/label/kuih-muih

80gm tepung beras 80gm tepung sagu/ubi 100gm gula 100gm gula merah/melaka 550gm air 1/2 sudu teh air kapur/jus limau nipis (jun letak nescafe 1/2 sudu teh..bg wangi sket) masak air n gula serta gula merah hingga larut n tapis. biar sejuk sket. panaskan loyang yg disapu sedikit minyak. campur semua bahan lain bersama air gula tadi, kacau sebati n tapis kedalam periuk. panaskan atas api sederhana hingga berwap n adunan bergentel sket. masukkan kedalam loyang n kukus hingga masak

Baju Kurung Menawan Contest

CONTEST YANG DIANJURKAN OLEH http:/
/honeybee-lovely.blogspot.com/
. mAKLUMAT LANJUT BOLEH KLIK (SINI). MENARIK CONTEST INI, SEKURANG-KURANG NAMPAKLAH KESOPANAN BANGSA KITA NI. MANIS DAN ANGGUN BERBAJU MELAYU GITU.
KEPADA SEMUA BLOGGER : MARILAH KITA SAMA -SAMA MEMERIAHKAN CONTEST ANJURAN HON3YB33 INI..OKAY..CONTEST INI DIBERI NAMA BAJU KURUNG MENAWAN TAPI XKESAH LAKI KE POMPUAN SMEUA BOLEH JOIN..MAKESURE KO LELAKI PAKAI BAJU MELAYU..BOLEH?? WALAUPUN HADIAH XDERLAH BERIBU NAMUN PERSAHABATAN ITU AMAT BERMAKNA..TUL X? TUNJUKKAN KEMELAYUAN ANDA SEMUA SEBAGAI BLOGGER TEGAR...BOLEH?? ADA BERANI?? JOM JOIN CONTEST HON3YB33 INI...TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2010 SYARAT 1
Korang dikehendaki meletakkan banner diatas pada ENTRY dan SIDEBAR blog anda. Tidak kiralah ianya sebelah kanan atau kiri tapi di sidebar anda dan dibahagian top/ atas sekali sehingga tarikh tamat..kalo nak letak sampai bila2 pun bley gaks.....uols okay?? pastu jangan lupa banner tu link dgn my blog supaya senang org nak search..

SYARAT 2

Korang hendaklah menjadi salah seorang follower di bog honeybee ini..klik jer kat blog ini..conpem dapat jadi follownyer..
SYARAT 3
Gambar yang disertakan hendaklah original gambar korang leh diedit mengikut kesesuaian korang..tapi korang wajib memakai samaada baju kurung, baju kebaya, baju kebarung, baju jubah, atau baju melayu..Yang melambangkan kemelayuan seseorang itu...
SYARAT 4
Buat satu entry mengenai contest ini dan pastikan ada backlink ke blogHon3yb33 ini...Huraikan ikut kreativiti anda..lagi complete lagi bagus..!! suka atiiiii..!!
SYARAT 5
Buat satu entry yang menyambung ayat ini dibawah gambar contest tersebut : "Saya nak masuk contest ini kerana............................dan warna yang saya suka ialah................." Huraikan entry tersebut sesempoi yang mungkin..xperlu berjela-jela panjang..!! sekadar padat dan menarik...
SYARAT 6
Dari mana korang tahu contest ini? sila tulis nama dan link blog mereka...........
SYARAT 7
Jangan lupa tinggalkan komen dan url link anda di kotak komen mrs weiyda dibawah entry ini..Komen di entry ini sahaja..jika tinggal di entry lain x akan diambil kira...pastu tinggal jejak kat chatbox di sidebar...
Gambar yang di pilih ialah:
"Saya nak masuk contest ini kerana saya berminat pada konsep pertandingan yang dianjurkan, mengetengahkan dan menonjolkan pakaian tradisional Melayu sebagai latar belakang contest dan warna yang saya suka ialah ungu"
ermmm hadiah menarik...
hadiah pertama
tarikh tutup
28 FEBRUARY 2010

30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat? SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat? Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin. Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa. Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya. Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan. 1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari? 5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. 7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. 9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Tips Kesihatan Untuk Diamalkan

enurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ; Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat. Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkanya. Buat amalan tapi tidak ikhlas. Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah. Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.
..............
    Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi bersama mengenai perihal cara pemakanan yang bagus. Jangan Makan kombinasi makan seperti dibawah ini ; Jangan makan SUSU + DAGING Jangan makan DAGING + IKAN Jangan makan IKAN + SUSU Jangan makan AYAM + SUSU Jangan makan IKAN + TELUR Jangan makan IKAN + DAUN SALAD Jangan makan SUSU + CUKA Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dulu kemudian barulah makan nasi. Tidur 1 jam selepas makan tengahari. Jangan makan malam terlalu lewat. Kalau boleh, makanlah makan malam sebelum maghrib. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Islam menyarankan kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. Berikut ini beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan :- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam? Mungkin perkara yang disenaraikan dah banyak kali dan biasa sangat kita dengar. Tapi kalau setakat dengar dan tahu saja tapi tak amalkan apalah gunanya. Yang penting… Kita baca….kita faham….kita amal….dan kita sebarkan.

10 Tips Memelihara Cinta Sejati

  Cinta bukanlah daripada kata-kata, tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya. Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti 10 tips dibawah ini untuk memelihara cinta sejati. 1. Pilih pasangan yang sesuai Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya. Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain. 2. Jangan terburu-buru Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan. 3. Percaya akan kelemahannya Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ’saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia. Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’ 4. Tutup mulut Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua. 5. Terima seadanya Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu. 6. Jadi pemerhati Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan. 7. Buktikan siapa diri anda Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua. 8. Mr. Right kembali Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan? Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru. 9. Bukan perigi cari timba Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan. 10. Hargailah diri sendiri dan pasangan Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis ata

Tips - Perkara Yang Melemahkan Ingatan

  Berikut ini disenaraikan perkara-perkara yang membuat ingatan kita menjadi lemah dan menumpulkan minda. Maklumat ini saya dapat hasil daripada pembacaan artikel2 tentang kesihatan. Saranan-saranan yang boleh diamalkan ; Kurangkan makan bawang besar Kurangkan makan berempah Kurangkan makan ketumbar kering Kurangkan menonton hiburan Kurangkan membaca majalah hiburan Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(coke,sprite dan lain2) Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2 Jangan makan kepala ikan Jangan minum air yang ada semut Jangan tidur selepas subuh Jangan tidur selepas asar Jangan tidur selepas makan Jangan makan terlalu kenyang Jangan makan berat selepas jam 9..00 malam Jangan menyapu rumah pada waktu malam Jangan makan yang masam-masam berlebihan Jangan dicampur makan laut Dan darat dalam satu hidangan Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam Sebaliknya…praktikkan selalu amalan seperti dibawah ini ; Selalu makan buah manisan seperti kurma, madu, coklat dan lain2 Selalu makan makanan yang panas2 Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2 Selalu minum air masak Selalu makan ulam-ulaman Selalu memandang tumbuhan/pokok hijau Selalu bersenam Selalu menggunakan imaginasi otak Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan Kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.

Tips - Falsafah Rezeki Kucing

    Makanan kesukaan kucing ialah ikan. Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut. Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya. Justeru…untuk dapat makan ikan, apa kucing buat?? Kucing akan menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya. Begitu jugalah dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka kita kena dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita? Itulah ALLAH yang Maha Agung, Robb sekalian alam. Kita mesti kenali,dekati dan cubalah ‘bermanjalah’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2. Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita pasti mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita. Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Walau mungkin kucing dapat ikan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya. Maka jika begitu jadinya… apakah ada gunanya??? Tips : Kalau nak dimurahkan rezeki, peganglah Falsafah Rezeki Kucing ini. Tags: bagaimana untuk murah rezeki, falsafah kucing, gambar kucing, gambar kucing comel, koleksi gambar kucing, petua murah rezeki, tips murah rezeki

10 Tips Berdamai Pertelingkahan Suami Isteri

    Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang berakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi. Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama. 1. Jangan merajuk Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri. 2. Jangan menghukum Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi. Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk “menarik diri” di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidakmungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum. 3. Jangan berdusta Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai. 4. Jangan mencari salah Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. 5. Berhentikan bahasa negatif Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif. “Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu.” (tuduhan) “Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?” (tuduhan) “Ini salah awak juga.” (tuduhan) “Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan selalu bergaduh.” (tuduhan) “Abang tak guna langsung.” (celaan) “Awak tak senonoh!” (celaan) “Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga.”(celaan) “Awak tak sedar, diri awak tu siapa.” (celaan) Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa inidengan murah dan lumayan.
6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke kelakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yangmenyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan “dahulu” dan “semalam” daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan “dahulu” dan “semalam”. 7. Senyum semula Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula. 8. Mulakan berdamai Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha. 9. Kenal pasti punca masalah Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatanorang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnyakonflik. a) “Awak tak bertanggungjawab.” (x) “Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup tiap-tiap bulan.” (/) b) “Awak degil.” (x) “Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak bantah.” (/) c) “Awak sudah bosan dengan saya.” (x) “Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya tak berasa diri saya diabaikan.” (x) 10. Kenal pasti perubahan Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu. Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya. Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat “Awak biadab.” mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang “tidak biadab”. a) “Jangan biadab pada saya.” (x) “Jangan menengking saya.” (/) b) “Jangan suka tunjuk gaya.” (x) “Tak payahlah awak belajar main golf.” (/) c) “Jangan pemalas.” (x) “Jangan selalu tidur siang.” (/) d) “Layan saya dengan betul.” (x) “Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu.” (/) e) “Jangan syirik.” (x) “Jangan bomohkan saya.” (/) Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia

Tips Untuk Jadi Suami Romantik

  Saya pernah bertanya kepada seorang kawan perempuan saya, apakah ciri yang ada pada lelaki yang paling disukainya? Lantas dengan spontan dia jawab, “ROMANTIK“. Menurutnya lelaki yang romantik biasanya lebih mudah bertolak ansur dan lebih penyayang. Betul ker begitu? Anda bersetuju dengan kenyataannya? Hmmm…bagi saya yang kurang romantik ini, pastinya agak kurang bersetuju. Namun, saya terpaksa akui, ada benarnya juga. Apa2pun, sikap ROMANTIK seorang suami pada isterinya adalah sangat digalakkan dalam Islam. Romantik menyuburkan kasih sayang. Suami yang tidak romantik, sebenarnya boleh belajar jadi romantik. Saya pun dulu bukannya romantik sangat pun. Tapi setelah 2 tahun berkahwin, alhamdulillah kini sudah bertambah ‘keromantikan’ saya. Tak caya, cuba tanya isteri saya. huhuhu Sikap romantik sebenarnya lahir dari perasaan kasih sayang yang tulus. Ia adalah manifestasi daripada hati yang baik dan akhlak yang mulia. Sikap romantik boleh diterjemahkan dalam bentuk percakapan dan perbuatan. Antara perbuatan yang boleh diamalkan bagi membentuk sikap romantik ini adalah ; Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri. Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut pada setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”. Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada si isteri dan si suami. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri. Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih bertenaga dan bersemangat. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik. Setiap perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar. Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara dan menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri. Panggi isteri dengan panggilan yang manja. Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling” dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda. Bergurau senda dengan isteri. Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau. Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan. Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai diantara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi bilah dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish ish Itulah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh sang suami dalam membentuk diri menjadi suami yang lebih romantik. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dilakukan, namun cukuplah dulu 6 perkara ini. Yang penting, amalkan. Bukan hanya sekadar baca sebagai rekreasi minda. Sekian.

Tips Cinta Suami Isteri

Hmmm…kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang TIPS CINTA SUAMI ISTERI saya terima dari salah seorang pembaca blog PakarHowTo ini iaitu “TF79“. Beliau telah hantar tips ini beberapa hari lepas untuk di’post’ kan di blog ini. Beliau berkata, tips ini ditujukan khusus kepada mereka yang baru saja mendirikan rumahtangga semasa cuti sekolah ini. Semoga ada manfaat! “Amalkan tips dibawah bagi menjaga keharmonian rumahtangga“ Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. Sesungguhnya ilmu tanpa amal adalah seumpama pokok yang tidak berbuah. Yang menulis tak dapat apa2, yang membaca pun tak dapat apa2…melainkan kita amal apa yang kita tulis/baca.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...