Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Februari 16, 2010

Rahsia Mengeratkan Hubungan Suami Isteri

    Tulisan ini menerangkan tentang bagaimana petua org tua2 dulu dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang. InsyaAllah, moga2 dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan yang diredhaiNYA. Ada beberapa perkara yang dibangkitkan yang sangat penting untuk diberi perhatian. Pertama sekali ialah mengenai hal membasuh pakaian. Memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg ‘kecik’2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsia tu). Perkara kedua ialah tentang bilik tidur. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd pembantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. (ada rahsia gak tu) APAKAH RAHSIA NYA??? AIR TANGAN!!!! atau SENTUHAN TANGAN!! Itulah rahsianya, sentuhan tangan atau air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu ada aura ajaib. Ada ‘ruh’. Ada keberkatan. Ada kasih sayang. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil ‘air tangan ibu’. Walaupun sekadar mee maggie!!!. Begitu juga memberi makan anak, suapan ke mulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka ‘kurang mendengar’ apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari ‘air tangan’ (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut ‘kehendak sendiri’ namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari ‘restu si ibu’ dlm hidupnya. Pecayalah. Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ‘ air tangan’ yg masuk ke perut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu. Kebajikan Suami juga begitu. Kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada ‘roh’ nya, jika ‘roh’ itu sentiasa di belai oleh org lain. Apa akan jadi? Sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai. (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!). Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya… (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik ke rumah sendiri pun kita minta ‘bibik’ buatkan air???. So bila masa kita dapat ‘belaian roh’ suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri. Penat usah cerita, semua kita ni penat bekerja. Samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal. Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa. Apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai di situ, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya. Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm,bergayutan di ampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap ke jalan raya lagi. Semua mata boleh memandang. Semua boleh check, yang mana saiz besar. Yang mana saiz kecik…huk huk…alahai. Kot yer pun. Sorok2lah sikit. Malu org tengok. Tak boleh bagi alasan tak ade ruang, cuba adjust sikit. Kita boleh cari tempat sebenarnya, bukan main sidai jer ikut suka hati. Maaf saya kena berterus terang sikit tentang hal ini. Tapi rasanya bahasa saya ni masih dikira berlapik kot. Pakaian dlm ini ialah alat yang kita gunakan untuk ‘menyorokkan’ aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh si isteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesin basuh) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak…kenapa musti bagi org lain ‘menguruskannya’??? Lu fikir la sendiri, bak kata Nabil tu. Dan ini yg paling penting, bisik nenek ke telingaku, “bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!! Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, ‘bersama’ juga disitu, justeru ‘roh’ yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri. Jadi, peliharalah ‘keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2. Begitulah beberapa perkara yang ingin saya ingatkan kepada mereka yang bergelar isteri. Terutamanya kepada mereka yang mempunyai pembantu rumah atau ‘bibik’ di rumah. Jangan sampai nanti, suami dok tergila2 kan ‘bibik’. Kita yang gila meroyan. Tak ker kes naya tu? Sekian, semoga dapat sedikit manfaat dari ingatan saya ini. Anda ada sebarang kisah, cerita, pengalaman tentang isu-isu rumahtangga dan kekeluargaan? Samaada kisah sendiri atau kisah orang lain, bolehlah kongsikan cerita itu di bahagian komen yer.

Petua Untuk Mengandung

    Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan. Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup. Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung. Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya. Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya. Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung. Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung. Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung. Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?” “Memang kegemaran saya” jawab wanita ini. “Sudah berkahwin?” saya menambah. “Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin. “Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya. Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin. Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: Elakkan: Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas Makan junk food Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza Makan burger dan nugget Makan jambu batu Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar. Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ; Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

Rahsia - Khasiat Pegaga

  Penerangan Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu. Kegunaan Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas. Antara khasiat pegaga adalah: * menyegarkan badan * merawat pitam * mengurangkan berat badan * awet muda * rawatan lepas bersalin

ulam raje

Herba ubat Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi. [sunting] Kesimpulan Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.

Roti Sosej Gulung

Bahan-bahannya
5 keping Roti gardenia 
5 keping sosej Ayamas ( rebus dulu ye )
2 keping Cheesedale
1 biji telur ( tambah sedikit lada putih ....kalau sukalah)
Bread Crumbs
Minyak masak 
Cara-caranya
1. Roti digelek nipis (terpulanglah nak tekan atau gelek asalkan nipis)
2. Sosej dibelah tengah-tengah tapi jangan putusdahlah, lepas tu bolehlah letakkan cheesedale tadi. kalau nak rasa cheese lebih , bolehlah letak banyak2 sikit.
3. Bila dah siap, ambil sosej tadi dan gulungkan dengan roti tadi.
4. Roti tadi hendaklah dicelup dengan telur dan golek dengan bread crumbs.
5. Bila minyak dah benar-benar panas, bolehlah masukkan roti tadi dan goreng sehingga masak.
6. Bila dah masak.angkat dan letakkan atas tisu dapur untuk serap minyak.
* Mudah sangatkan. selamat mencuba.
Bahan-bahan 4 cawan tepong gandum 1 1/2 cawan gula caster 3 biji telor 1 1/2 cawan santan ( 1 paket santan segera +1 1/2 cwn air ) 1 sudu makan ovelette 1 sudu makan baking powder 1 sudu teh pewarna hijau Inti kelapa 1 biji kelapa parut putih sahaja 2 sudu teh garam 1 sudu makan tepong ubi Cara-cara Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata. (as guna kelapa kering) Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit. Yg gebas gebus kat bawah ni lak Apam Mentega. Ni pun satu hal juga. Mould kecik2 masa tu x ada as belasah je guna remekin.. amik ko.. kenyang anak2 makan sorang sebijik.. selebihnya as guna loyang memang sedap. Kalau dapat mould yg kecik2 tu lagi la best..Hu..hu..semua mould tertinggal di JB.Dul nak bawak juga tapi Hby siap sound rumah x nak bawak ke??? ekekekekk.. sabo je la.. x pe lepas ni as guna je jelly mould tu.. Resipi dari Kak Fiza.. mekasih ya kak Fiza sudi kongsi rcp yg sedap..memang ramai yg da mencubnya..

apam gula merah

Bahan2nya * 1 cwn air * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus * sehelai daun pandan 2 cwn tepung 1 sk dry yeast 3/4 cwn air 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana ) secubit garam Cara-cara 1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk. 2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata. 3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda. 5. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min. 6. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih. 7. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

puding roti marble

Bahan2nya:- 4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 8gram serbuk agar2 1/2 cawan gula - bleh kurangkn 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) Cara-cara :- 1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. 2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. 3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. 4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2! 5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. 6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Muffin Pandan

Resepi dari RinnChan Bahan-Bahan: 200gm tepung gandum 1 1/2 tsp baking powder 1/2 tsp soda bikabonat 1/2 tsp garam halus 120gm gula castor 200ml santan kelapa (dalam kotak) 100ml minyak jagung 2 biji telur *1 tsp pandan paste (boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) *1/2 tsp pandan essence Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri ets Nota: *Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan diatas dan tapis. Cara-cara: 1. Panaskan oven pada suhu 190C. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 2. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 3. Campurkan kesemua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 5. Bakar selama 20 minit.

lobak

Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium. Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan . Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing. LOBAK PUTIH. Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidak hadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih. Selain daripada masalah ketidak hadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas. Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak… Cara-caranya mudah sahaja… 1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit. 2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam. 3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam. 4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat. 5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan. 6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

PANADOL MERBAHAYA

JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK) UNTUK PENGETAHUAN... Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang kenalan yang mengalaminya… “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat seorang doktor yg bertugas di hospital tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

anadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses bersalin melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda. WALLAHUALAM..

TAUGE

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari. WALLAHUALAM...
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:- 1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan. 2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran. 3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun. 4) Lelaki yang tenang dan lapang dada. 5) Lelaki yang baik sangka. 6) Lelaki yang tak pernah putus asa. Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...
Dan dimana Kegagahan Wanita??? Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:- 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan. 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan. 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah SAW:

6)Bawang Goreng segera .

Puding Roti

http://tertunailahhasratdihati.blogspot.com

Bahan-bahan 1. 6 keping roti
2. 30 gm mentega - dicairkan
3. 80 gm kismis-akak tukar ke almond nibs..anak-anak tak suka kismis
4. 4 biji telur - dipukul
5. 475 ml susu segar
6. 150 gm gula halus
7. 1 sudu kecil esen vanilla Cara-cara : Carik-carik kecil kesemua 6 keping roti tadi dan susun atur ke dalam bekas yang bersesuaian. Tuangkan sama rata mentega yang dicairkan tadi ke atas roti. Selepas itu taburkan kismis ke atasnya. Di dalam mixing bowl pukul rata telur , susu segar, gula dan esen vanila. Setelah siap tuangkan ke atas mangkuk yang berisi roti tadi. Bakar di dalam oven dengan suhu 175 C selama 45 minit. Nota : Sedap dimakan sekiranya diletakkan di dalam peti ais terlebih dahulu setelah masak. Sos/Kuah
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
2 sudu makan gula
Cara-cara Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang. Akak masukkan sos ni dalam peti sejuk dul

Kurma Ayam

Bahan-bahan

1 ekor ayam - di potong 12 dan di bersihkan

1 biji bawang besar

6 biji bawang kecil

5 biji bawang putih

1 inci halia

300ml susu cair + jus limau (2 biji limau kasturi)-yogart

300 ml air

1 peket kecik rempah kurma adabi....

2 biji ubi kentang-kupas dan belah 4

1 biji tomato-belah 4

2 biji cili merah/hijau-potong 2

5-6 biji cili api

minyak dan garam secukupnya

Bahan untuk menumis

1 biji bawang besar-hiris tipis

2 biji bawang kecil-hiris tipis

1 batang kayu manis

2 biji bunga cengkih

2 biji bunga lawang

2 biji buah pelaga 

Cara-cara 

1. Tumbuk bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia.

2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan hingga naik bau.

3. Masukkan pula semua bawang yang telah ditumbuk hingga layu.

4. Masukkan pula rempah kurma dan masukkan sedikit air. Gaul sebati dan perlahankan api.

Biarkan rempah masak atau naik minyak. Masukkan garam.

5. Masukkan ayam dan biarkan seketika.

6. Masukkan yogurt, air dan ubi kentang.

7. Biarkan kentang empuk dan kuah pekat...baru masukkan tomato, cili merah dan cili api.

Perasakan garam barulah di padam api.

Muffin Coklat Kukus

Resepi dari Maklang Azie Bahan A: 2 cwn susu cair 1 cwn minyak atau 250g butter cair 1 3/4 cwn gula castor 1 biji telur Bahan B: (di ayak) 250gm tepung superfine atau tepung gandum 50gm serbuk koko 1 sudu teh bpowder 1 sudu teh sodium bikarbonat 1 sudu besar emulco Cara-cara: 1. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisker saje
2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin
3. Kukus selama 10 minit
Tips : Utk dptkan muffin pecah 4 ni, air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dgn elok.

Ban Mentega

    Bahan-bahan ( kalau rasa byk buat separuh ) 1 kg tepung roti 30 gm yis serbuk 180 gm gula halus 1 sudu besar bread improver 2 sudu kecil garam 25 gm susu tepung 130 gm telur 380 ml air suam 120 gm mentega 3 sudu besar susu pekat manis Bahan Inti: mentega sejuk - dipotong dadu kecil Bahan Hiasan: mentega gula kasar Cara-cara gaulkan semua bahan kering, masukkan susu pekat,air sejuk dan telur, adun dengan mesin pengadun/uli dengan tangan. akhir masukkan mentega dan adun hingga tekstur senipis bawang. timbang doh seberat 30 gm, bulat-bulatkan. masukkan sedadu kecik mentega sejuk,bulatkan semula. cantumkan 3 doh di dlm satu bekas. kelarkan permukaan doh dan sapukan mentega, taburkan gula kasar di atas. biarkan doh naik dua kali ganda. bakar sehingga masak pada suhu 150C.

Kek belang pelangi

    Bahan-bahan ( 2 biji ) 1 1/2 cawan gula (blender halus) 2 1/2 cawan tepung gandum } 2 sudu teh baking powder } di ayak sekali 1 sudu teh vanilla 5 biji telur 1 1/2 cawan mentega 2 sudu besar susu manis pewarna merah dan hijau Cara-cara mentega dan gula di pukul hingga kembang kemudian masukkan telur satu persatu.. bila dah sebati masukkan vanilla dan susu. kemudian masukkan tepung gandum yg telah di ayak ngan baking powder tadi sedikit demi sedikit lam adunan tadi..putar hingga sebati k.. bila dah siap adunan tu..bagi kepada 3 bhgian Adunan pertama diwarnakan dgn warna hijau, adunan kedua diwarnakan dgn warna merah dan Adunan ketiga x yah letak warna,guna warna asal jer.. Sediakan loyang yg disapu mentega,first sekali letak adunan yg warna asli kemudian ditindan dengan adunan hijau dan diikuti dengan adunan warna merah..ulang sampai habis,lastly bakar dalam 150 c selama 30 minit..bergantung dengan besar loyang ..wani suka suhu rendah bila bakar dalam ketuhar coz kek x akan jadi keras di bahagian tepi dan atas..

Kuih Lapis Keladi

    Bahan-bahan ( Loyang 8" empat segi ) Bahan A 150gm keladi (dipotong kiub dan dikisar halus) 250ml santan cair Bahan B 150gm tepung beras 60gm tepung ubi 30gm tepung sago 250ml santan pekat 80ml air Bahan C 200gm gula 400ml santan cair 1/2 sudu teh garam 2 helai daun pandan Bahan D Pewarna violet, hijau dan merah Cara-cara Kisar bahan A hingga halus. Ketepikan. Masukkan bahan B, Gaul rata dan tapis. Masak bahan C hingga mendidih, keluarkan daun pandan dan tuang ke dalam no. (1) tadi. Bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan dengan warna-warna berlainan. Tuang lapisan violet di dalam loyang 8" dan kukus selama 5 minit. Tuang lapisan warna hijau diatas lapisan pertama tadi dan kukus lagi selama 10 minit. Apabila masak tuang lapisan merah yang terakhir dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Jika lapisan kuih agak tebal tambahkan masa mengukusnya. Sentiasa tutup dgn aluminium foil setiap lapisan yang dikukus. Pastikan lapisan tidak mengandungi takungan air biarkan wap mengering dulu baru dituangkan lapisan seterusnya. Tempoh mengukus bergantung pada saiz pengukus pastikan air sentiasa mencecah lantai lapisan atas pengukus dan tambahkan dgn air panas jika air berkurangan. Penutup pengukus mestilah tinggi supaya serata wapnya.

Muffin Vanila

    Bahan-bahan ( 20 biji ) 1) 1 peket Tepung muffin mix-vanilla (500gm) 2) 3 biji telur 3) 135 gm minyak jagung 4) 130 gm susu segar 5) Sedikit Chocolate chip Cara-cara 1) Masukkan susu segar ke dalam bekas 2) Masukkan telur (3biji) 3) Kacau sehingga sebati. gunakan manual sahaja.tak perlu guna mesin. 4) Masukkan minyak jagung. Kacau sekali. 5) Campurkan tepung muffin. Kacau sehingga rata. 6) Untuk lebih menarik, tambahkan chocolate chip ke dalam adunan. 7) Letakkan adunan di dalam cup. lebih kurang 1/2 sahaja. 8) Taburkan beberapa chocolate chip di bahagian atas. 9) Masak di dalam oven (30 minit) Sesuai dihidangkan pada waktu petang..selamat mencuba ;)

Kek Coklat,,,,,,http://www.myresipi.com/top/detail/1

Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) 2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang Bahan A 1 sudu kecil vanila 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe Bahan B 2 sudu kecil sodium bicarbonate 1 sudu kecil baking powder 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum ============================== ** Topping ** 1/2 cawan koko van hauten 1/2 cawan susu pekat 1 sudu besar minyak masak Cara-cara Pukul telur hingga kembang Masukkan gula dan pukul lagi Kemudian masukkan minyak masak Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...