Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Februari 13, 2010

apam pisang...copy dr kekawan blog


http://ummuhusna99.blogspot.com 
Bahan-bahannya untuk membuat apam pisang:
7/8 biji pisang emas(lebih kurang secawan pisang setelah di lenyetkan) 


 2 cawan gula
 2 cawan tepung gandum 
 1 cawan tepung naik sendiri 
 2 sudu teh Bikarbonat 
 2 cawan santan pekat(pati) 
 secubit garam


 cara membuat apam pisang:


 Pertamanya hendaklah panaskan kukusan anda sebelum anda menyediakan/mengadun bahan-bahan untuk membuat apam pisang di atas. Untuk membuat apam pisang hendaklah menggunakan pisang yang betul-betul masak dan sebaik-baiknya pisang emas. Jumlah pengunaan pisang bergantung kepada besarnya pisang. Pisang yang lebih besar seperti pisang embun atau montel boleh di gunakan dengan mengurangkan quantitinya iaitu menggunakan lebih sedikit dalam 3 atau empat biji sahaja.


 Pisang hendaklah dilenyekkan sehingga sekata. Sebaiknya tiada ketulan pisang. Masukkan gula dan secubit garam dan gaulkan bersama pisang yang telah dilenyekkan tadi. Tepung gandum, tepung naik sendiri dan bikarbonat hendaklah di ayak dan masukkan ke dalam pisang dan gaulkan hingga sebati bersama dengan santan. Masukkan bahan-bahan yang telah di sediakan tadi di dalam bekas yang bersesuai untuk di kukus selama lebih kurang 1 jam atau 45 minit.


 Untuk menghasilkan apam pisang yang cantik jangan terlalu kerap menbuka kukusan tersebut. Ia boleh menyebabkan apam pisang tidak naik dengan cantiknya. Hanya selepas 1 jam anda boleh membuku tutup tersebut dan gunakanlah lidi atau bahagian hujung pisau untuk memastikan apam pisang anda betul-betul masak. Masukkan lidi atau pisau tersebut dan cucukkan ke dalam apam pisang tersebut hingga ke bahagian bawahnya. Jika tiada lekatan tepung pada lidi atau pisau tersebut maka ia telah pun masak. Tutup api dan biarkan ia sejuk. Jangan di angkat terlalu cepat dari kukusan tersebut dan jangan terlalu cepat di buka bahagian penutup kukusan(renggankan sedikit sahaja) tersebut. Ia juga boleh menyebabkan apam pisang tidak menjadi. Lebih kurang 1/2 jam selepas anda menutup api barulah di angkat keluar dan di buka bahagian penutup kukusan tersebut. ****************************************

Tiada Payung Emas untuk Wanita Bermadu

sentuhan dr blog kekawan..sebagai renungan

Entry kali ini, saya lakarkan secara ringkas sahaja memandangkan hambatan masa untuk menyiapkan suntingan buku Fikah Perubatan yang memasuki fasa akhir. Lebih mendesak lagi, saya sekeluarga akan ke Beijing 4 hari lagi, insya Allah. Mohon maaf atas segala kekurangan dalam tulisan ini yang mungkin agak kurang tersusun.


Di bawah ini luahan seorang isteri yang suaminya bernikah lagi secara sorok-sorok. Nikah pun boleh main ‘nyorok-nyorok’ juga. Aduh… di mana kejantanan seorang lelaki jika dengan seorang isteri pun takut. Namun itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Akibatnya poligami dipandang serong kerana perlaksanaannya yang agak menyerong.

Objektif poligami sebagai salah satu mekanisme mengatasi masalah sosial juga tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Bukan takut, tapi mahu jaga hati isteri…”

Mungkin ini alasan popular untuk menjustifikasi satu tindakan yang tidak begitu ‘gentleman’.

Oleh kerana sikap tidak ‘gentleman’ ini, seorang isteri kedua menuntut fasakh dari suaminya.

Apabila seorang suami mahu ‘main sorok-sorok’ berterusan, implikasinya ialah isteri kedua tidak mendapat giliran yang adil. Bukan itu sahaja, si suami juga cuai dalam memberi nafkah.

“Sabarlah sayang… Abang tunggu masa yang sesuai untuk beritahu kakak”.

“Abang janji dalam tempoh 3 bulan untuk beritahu ‘kakak’. Sekarang sudah 12 bulan, Abang masih takut berterus terang. Kalau begitu, biar saya beritahu sendiri bahawa saya juga isteri kepada Abang”.

“Sayang, janganlah begitu. Abang bimbang ‘kakak’ mengambil tindakan yang bukan-bukan nanti…”.

Pelbagai alasan diberi si suami. Akhirnya isteri kedua menuntut fasakh.

Bila begini akhir sebuah perkahwinan, maka poligami tidak menjadi usaha menyelamatkan golongan armalah, sebaliknya menambahkan lagi status janda di kalangan wanita.

Jika tidak dapat berlaku adil, maka bernikahlah seorang sahaja. Itulah pesanan Allah sejak awal-awal lagi.

Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.

Sudahkah Allah dibawa berbincang sebelum bernikah lagi? Jika mahu tahu kemampuan berlaku adil atau tidak, tanya Allah dulu melalui istikharah dan berbincang dengan mereka yang arif.

Poligami adalah medan untuk memimpin dengan adil antara isteri-isteri. Jika berlaku aniaya kepada mana-mana isteri, maka isteri berhak keluar dari wilayah yang zalim tersebut. Carilah keadilan dari Yang Maha Adil yakni Allah. Wakil Allah di muka bumi ialah qadhi dan hakim yang menunaikan amanah.

Usah biarkan diri dianiayai kerana Allah jadikan kita sebagai insan merdeka dan mengharamkan kezaliman sesama kita.

Jika kita sendiri pernah menganiaya, maka anggaplah ia sebagai kaffarah dosa. Salah satu bentuk isteri menganiaya suami ialah menolak ajakan suami melakukan hubungan intim atau tidak berhias di hadapan suami.

Nabi s.a.w berpesan agar mewar-warkan perkahwinan.

Anas r.a. melaporkan: Tatkala Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin ‘Auf, beliau bertanya, “Apa ini?”

Abdul Rahman menjawab,”Saya telah menikahi seorang wanita dengan mas kahwin emas seberat biji kurma. Maka Rasulullah s.a.w mendoakan Abdul Rahman,



“Moga-moga Allah memberkati kamu! Adakanlah walimah walau dengan seekor kambing”.



Bab menambah isteri, cepat sahaja si suami menjawab, “Ini hukum Allah. Ini sunnah …” dan bla..bla.. berbuih mulut ingat syariat dan ingat Nabi s.a.w. Kenapa masa mahu bernikah lagi, tidak war-warkan pada isteri dan ahli keluarga yang lain.

Rasulullah mengamalkan perbincangan dengan isteri-isteri, kenapa sunnah berbincang dengan isteri ini tidak dituruti?

Jika benar mahu ikut sunnah Nabi, ikut semua; menundukkan pandangan, tidak ber’sms’ dengan wanita ajnabi tanpa urusan mustahak, tidak ber’couple’, membantu isteri di rumah, mendidik isteri dengan kelembutan dan ketegasan, bermesra dengan anak-anak, solat jemaah di masjid, solat tahajjud, berjuang di jalan Allah, menegakkan politik Islam, melaksana undang-undang Islam dan banyak lagi.

Kenapa memilih-milih dalam menurut sunnah Nabi s.a.w?

Seseorang yang baik niatnya dan betul caranya, biasanya tidak akan takut pada manusia sekelilingnya dan sanggup berdepan dengan risiko. Jika berlaku sebaliknya, maka ada perkara yang perlu diwaspada. Ia menzahirkan ‘jiwa kecil’ si suami yang berangan-angan besar.

Jika lelaki mahu menegakkan hak dirinya bernikah ramai yang hukum asalnya harus, maka mereka harus sedar hak-hak ALlah yang lebih besar terhadap diri mereka bertaraf wajib yakni menyuruh ummat berbuat maaruf dan mencegah dari kemungkaran.

Untuk kes seperti di bawah ini, menjadi tanggungjawab suami memohon kepada Allah agar dikurangkan sifat cemburu si isteri. Pimpinan berbentuk spiritual begini amat-amat berharga buat seorang isteri yang mempunyai 9 emosi dan 1 rasional. Suami juga harus memohon maaf kerana tidak cuba bikin apa yang dicakapkan, “hanya awak di hati saya”. Berbohong dan tidak menepati janji merupakan salah satu sifat munafik. Bab bercakap sahaja, si suami telah gagal menurut sunnah Nabi s.a.w yang terkenal sebagai seorang yang bercakap benar walaupun semasa bergurau.

Jika akhlak Rasulullah s.aw tidak menjadi ikutan, maka dengan akhlak siapa mahu dipimpin isteri-isteri?

Petikan entry bertajuk. “Hiburan Untuk Mereka yang Putus Tunang/Diceraikan/Kematian Pasangan”

Lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”

Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”

Melalui kisah ini, dapat dilihat bahawa Rasulullah berdoa kepada Allah agar Ummu Salamah dihilangkan sifat cemburunya. Rasulullah memainkan peranan sebagai pemimpin akal, emosi dan spiritual isteri-isterinya.

Rasulullah tidak cepat menggunakan rasional, “ini hukum Allah” tanpa cuba memahami apa yang dibimbangkan oleh Ummu Salamah.

Rasulullah fokus kepada ‘point’ yang disebutkan oleh Ummu Salamah yakni tentang usianya, anak-anaknya dan sifat cemburunya.

*********************

Luahan Hati Seorang Isteri

Amat berat untuk saya menerima hakikat suami saya telah berkahwin lagi. Apalagi dia berkahwin tanpa pengetahuan saya selama 9 bulan. Jika sebelum ini saya selalu mendengar suami saya berkata ” hanya awak di hati saya”, kata-kata manis itu tak mungkin lagi dapat saya dengar dari mulutnya kerana saya dan dia tahu, ianya tidak lagi benar. Saya rasakan sebahagian dari nikmat bersuami sudah hilang. Setiap sentuhan suami tidak lagi eksklusif kerana dia juga menyentuh perempuan lain. Saya tidak bermaksud untuk melawan takdir, tapi kekecewaan dan kesedihan sukar digambarkan. Hidup bermadu memerlukan pengorbanan dan kesabaran yg amat tinggi. Jika tidak, tak mungkin Tuhan menjanjikan payung emas. Saya tidak yakin saya mampu melakukannya. jika saya mampu, alhamdulillah, saya adalah manusia yg amat beruntung. Tapi jika saya tidak mampu untuk menangani perasaan cemburu, saya khuatir hati saya akan amat tersiksa.

SS



Terima kasih atas perkongsian. Saya dapat memahami apa yang diluahkan kerana saya juga perempuan dan seorang isteri. Setiap pengorbanan dan kepahitan hidup pasti ada ganjaran namun idea payung emas tidak terdapat dalam mana-mana nas Quran atau hadis. Saya tidak tahu bagaimana ia bermula. Mungkin ia direka oleh suami yang mahu memujuk isterinya. Wallahua’lam.



Jika ada sesiapa yang pernah menemui hadis tentang ‘Payung Emas’ ini, bolehlah maklumkan kepada saya.



Apa pun, ganjaran pahala bagi mereka yang sabar menghadapi ujian banyak termaktub di dalam al-Quran atau hadis. Ia tidak khusus untuk kes wanita yang dimadukan sahaja. Bahkan bagi suami-suami yang sabar berhadapan dengan kerenah isteri-isterinya.



Antaranya ialah ayat 96 dari Surah al-Nahl,
مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.



Buat diri SS, saya doakan saudari sentiasa diberi kekuatan oleh Allah dan tenang selalu. Fikir yang positif dan lihat masa hadapan. Allah tidak bebankan sesuatu melainkan menurut kemampuan hamba-hambaNya. Saudari seorang yang hebat sebenarnya. Justeru Allah memilih saudari untuk berdepan dengan situasi yang ditakuti ramai wanita.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى.وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى.ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاء الْأَوْفَى

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak). Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.
T

cerita ini di ambil dr blog kekawan...ermm terkedu ku membaca nyer...

ssssssss


 Abang mahu nikah lagi
 Dikirim oleh ummuabbas dalam Famili, Islamika, MyDiary. Tagged: Famili, Nikah, poligami. 11 Komen

Tengahari tadi, abang saya telefon dari Johor.

Saya sudah dapat mengagak apa yang akan diberitahu.

“Nur, hari Khamis ini, Abang akan nikah”.

“Kalau begitu, tidak mengapalah. Harap Abang dapat jaga kedua-duanya dengan baik selepas ini”, nasihat saya sebagai seorang adik (ha..ha..ha..). Selepas Abang yang akan berkahwin seorang lagi itu, saya ada dua orang lagi abang.

Mahu ucap tahniah…teringat pada kakak ipar. Macam mana perasaannya sekarang. Lagi dua hari, dia bakal berkongsi suami.

Saya juga teringat ibu yang masih tidak setuju untuk menerima menantu kedua dari seorang anak lelakinya yang ini. Insya Allah, lama-kelamaan nanti… sejuk juga hati dia. Ibu ada rasional dia sendiri yang saya hormati.

Awal tahun 2009, abang dapat PhD di bidang arkitek.

Awal tahun 2010, abang dapat isteri lagi.

Abah bagaimana pula?

Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Abah reda.

Hal ini bukan sehari dua diusahakan.

Sudah lebih setahun rasanya.

Saya puji sikap abang yang bertanggung jawab dan ‘gentleman’. Bukan sekali dia berjumpa dengan bakal mertua baru. Dua tiga kali jugalah, dia merendah diri bertamu di rumah orang tua itu. Menampakkan kesungguhannya. Menzahirkan sikap tanggungjawabnya.

Dia mengaku, pada awalnya… macam biasalah, bukan mudah masyarakat mahu menerima hal ini secara terang-terangan. Namun, dia yakin dengan apa yang ingin dilakukan… dan dia bertindak secara matang serta berhemah dan sabar menunggu masa yang sesuai. Bukannya kahwin koboi… macam yang ramai orang buat sekarang.

Anak dara orang dibuatnya macam anak sendiri.

Anak arnab anak naga
Naga suka menyembur api
Kalau bapak tak izin juga (ajuk cara P Ramlee bercakap)
Susah-susah, ku bawa lari

(Petang) Baru tadi, saya teringat kakak ipar. Macam mana dia sekarang? Dua tiga kali juga kami berbincang hal ini lama dulu. Dia mahu tahu pandangan agama mengenai situasi yang dialami.

Saya terus telefon dia, “Akak apa khabar?”

“Akak baru balik dari sekolah ni”.

“Boleh ke Nur nak bercakap sekejap? Atau Akak masih penat?”

“Eh..boleh..boleh… Ada apa Nur”.

“Macam mana sekarang? Lagi dua hari Abang akan akad nikah?”

Terdengar suara tergelak di hujung handphone.
(Eh… gelak pula dia).


Mahu buku ini, lawat http://pts.com.my/

“Ooo… ok.. Akak rasa ok sekarang. Entah kenapa, hari ini Akak rasa tenang sahaja. Baru bercakap dengan Abang melalui telefon. Dia cakap sedang shopping untuk beli barang hantaran.”

“Alhamdulillah, kalau begitu. Ikut sahaja rasa hati yang tenang itu”.

“Ha… betullah. Akak pun hairan, kenapa hari ni rasa ok pula. Rasa biasa sahaja. Kawan-kawan di sekolah asyik menghasut agar Akak jangan benar Abang nikah lagi”.

“Akak jawab apa pada mereka?”

“Aku tak apa-apa, yang kamu sibuk-sibuk ni mengapa? Bukan luak pun suami kahwin lagi…ha..ha”

“Betul tu Akak. Kita ikut je apa yang hati kita rasa tenang. Jangan dengar cakap orang yang suka menghasut”.

“Betul tu Nur. Lagi pun Mama pesan, buat mudah-mudah je. Lebih baik dekatkan diri pada Allah. Usia kita pun makin bertambah. Sudah dekat dengan kematian. Tidak perlu terlalu berharap pada suami”.

Mama ialah ibu kandung kepada kakak ipar saya.

“Bila Allah jadikan sesuatu hukum, tentu ada hikmah di sebaliknya. Allah itu adil. Jika kita rasa berat, suami akan rasa lagi berat sebenarnya… sebab tanggungjawab dia akan bertambah”, saya menokok sedikit info buat kakak ipar.

“Akak ingat pada sikap bertanggungjawab Abang, sebab tu Akak rasa ok. Akak pun kena ikhlas dengan dia”.

“Setuju. Nur pun nampak Abang seorang yang bertanggungjawab”.

“Agak-agak Abang nak tinggal berapa hari dengan isteri baru selepas akad nanti. Maksud Nur, Abang tahu tak bila nak mulakan giliran?”

“Entah… Akak pesan kat dia, selepas nikah tu, hari Jumaat tu, duduk sana dulu tapi hari Sabtu kena pergi KL untuk ambil anak”.

“Ooo… kalau begitu tidak mengapalah. Bukan apa, ada kawan Nur yang suaminya kahwin lagi tahun lepas, suami dia hanya tinggal 3 hari dengan isteri baru, kemudian mulakan giliran. Walhal,isteri baru tu anak dara. Anak dara tempoh bersama suami selepas akad ialah seminggu. Kalau janda, 3 hari”, saya cuba menjelaskan.

“Itu kiraan biasa yang diberikan oleh ulama. Bergantung pada keadaan jugalah”, tokok saya lagi.

Bakal madu kakak ipar saya ialah janda beranak dua berketurunan Cina. Kalau tidak silap, ibunya Cina dan bapanya Melayu.

“Nur nak kongsi pengalaman kawan Nur yang suaminya baru kahwin lagi tu. Kalau suaminya terleka sedikit di rumahnya, dia akan ingatkan suaminya agar pulang ke rumah isterinya seorang lagi. Anak sulungnya perempuan yang baru di Tingkatan Satu juga akan turut menghalau bapanya agar pulang ke rumah ibu tirinya. Memang sepatutnya macam tulah. Isteri-isteri kena bantu suami untuk berlaku adil. Usahlah berebut suami pula”.

[Amboi... sedap pula saya mengingatkan. Belum kena batang hidung sendiri... sedap sahaja cakap. Betul ke begitu... saya sendiri lebih mengenali diri sendiri.]

Sebenarnya, dalam memperkatakan tentang hukum Allah, kita perlu ketepikan perasaan sendiri. Biar pun perkara itu kita sendiri tidak mengalaminya. Sama ada, kita sendiri mampu menghadapinya atau tidak, itu perkara kedua. Yang penting, kita bersikap amanah dengan ilmu Allah.

[Berasap pula kat dalam bilik ni. Ada orang fogging kat luar rumah. Terpaksa tutup hidung sekejap.]

“Ok Nur. Terima kasih telefon Akak”.

Kami mengakhiri perbualan.

Sedang menaip entry ini, Abah telefon tanya tentang peruntukan pusaka. Kemudian Abah tanya, “Abang dah beritahu Nur pasal dia nak nikah lagi?”

“Dah. Tadi dia dah telefon”.

“Ni Afifah nak bercakap sekejap”.

Afifah adalah adik bongsu saya.

“Kak Nur, Abang telefon Fifah tadi… dia cakap Fifah adalah adik beradiknya yang terakhir dia telefon dan bagitau dia nak nikah dua hari lagi. Fifah cakap dah tahu dari Ma. Lepas tu, Abang cakap dia nak beritahu sendiri juga pada adik-beradik. Kemudian Fifah bercakap dengan Abang Kamal melalui telefon dan bergurau dengan dia, ‘bertambahlah lagi satu kakak ipar Abang Kamal’,” cerita Afifah sambil tergelak.

“Ha a… kan. Adik beradik lelaki kita semua dah kahwin, kemudian nak bertambah kakak ipar lagi… ha..ha..ha”, kami sama-sama tergelak.

Ajaibnya kuasa Allah yang mengubah hati-hati manusia. Pada awalnya, melihat pada situasi yang ada, bermula dari Abah sendiri, Ma, saya, adik-beradik perempuan semuanya tidak mahu menerima kakak ipar baru. Adik beradik lelaki tidak tahu sangat akan hal ini kecuali abang sulung. Abang yang akan berkahwin lagi adalah anak ketiga. Jadi dia hanya pernah berbincang dengan abang sulung. Yang kedua adalah kakak.

Setelah hampir tiba saat ijab bakal dikabulkan, hati kami berubah sedikit demi sedikit. Itulah pentingnya lelaki bersikap memimpin dengan sabar, berhemah, jujur, bertanggungjawab, berterus-terang dan ikhlas. Sampai waktunya yang sesuai, Allah tetap akan membantu menyediakan suasana harmoni yang diingini.

Jika kita suka membelakangi Allah dalam banyak perkara, maka tiada lagi kekuatan yang akan diperolehi dalam melakukan sesuatu tindakan.

Abang saya bukanlah lulusan agama namun banyak mengingati tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Dia mungkin banyak kekurangan dari sudut pengetahuan agama, namun keikhlasan membantunya untuk berani berhadapan dengan risiko.

Wanita pula mudah alah dengan sikap tanggungjawab dan amanah seorang lelaki. Bila mereka menyaksikan sendiri ‘kejantanan’ seorang lelaki, yang keras akan jadi lembut. Bukankah Melayu ada pepatah, “Sekeras-keras kerak nasi, lembut juga bila direndam air”.

Catatan ini sebenarnya masih terlalu ringkas bagi sebuah kisah sebegini. Ia hanya penghujung pengalaman seorang lelaki yang akan bernikah lagi. Permulaannya, bukan hanya sebulan lepas atau 5 bulan lepas. Ranjaunya juga bukan sekadar kemuncup di jalanan. Namun perlu tahan menadah telinga (dengan isteri, anak-anak yang sedang remaja, ma dan abah), perlu tahan berhujjah (dengan saya la ..ha..ha.. tapi bukan saya seorang; dengan kadi, abah dan ma juga) dan sabar menunggu apa jua takdir yang sudah termaktub di sisi Allah.

Ada pengalaman yang menyentuh perasaan semasa saya berdialog dengan Abang suatu ketika dahulu. Dialog tentang poligami inilah. Saya terkesan dengan kejujurannya dan mengenepikan egonya demi sebuah kebenaran.

Semoga semuanya diberkati Allah.
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.





Ummu Abbas
11 Safar 1431H
6.33pm
11 responses to this post.

assalamualaikum.....hari ini sabtu


salam..ermm hari ni hari sabtu...umi tak menjahit hari ni,,,,cuti agi,,kaki masih kene rehat agi..erm pagi adi kak ngen anak sedara datang umah...dalam kul 12 kita dah berbincang nak ke umah sepupu...anak nyer kahwin...ermm kul 12 umi ke umah sepupu bersama2....lps tu..balik siap2 nak gi jumpa ngen ira CCP kawan blog umi....ermmmm selmat bertemu ira...ermmmm umi dah janji ngen ira nak jumpa kat giant kul 5 ptg...sebelum tu,,abah ajak gi bandar jap cari barang2 komputer abah ....
umi pun mintak abah singgah kat tupperware jap..umi nak..tenggok brg baru dan kak umi ,,ernmmmm
alhamdulillah selesai...ira ccp all dia dah ontway ke gant ,,umi pun ters ke sana,,,ermm kul 4.30 umi dah jumpa ira hehehehe....
ajak ira ke,,,kedai kecil2 kat giant tu...mintak jurujual kedai kat situ,,rekemen CCP ira ni,,sebab kat terengganu ni,,,barang ni tak terjual lagi,,ermmmm.alhamdulillah ira bg umi special price tq ira,,,,,,nice to meet you...see you..semoga kita berjaya yer.





Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...