Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Jumaat, Februari 12, 2010

gara-gara poco-poco kua kua kua


Anda bernafsu?




Seperti mana yang kita sedia maklum setiap insan bergelar manusia mempunyai nafsu. Sekiranya dapat mengawal nafsu oleh hati kita maka dapatlah menjaga diri kita dari perkara-perkara yang merosakkan iman. Sebaliknya Jika nafsu menguasai hati kita, akan mendorong diri kita melakukan kemungkaran. Nafsu yang tidak dapat dikawal oleh hati senang dipengaruhi oleh bisikan iblis dan syaitan, akan menyebabkan kita sanggup melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah SWT.



3 PERKARA KABULKAN DOA


Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka pergi mengadap Imam Hassan Al Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya.

Dengan tenang Imam Hassan AlBasri berkata:
"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".

Mendengar ucapan Imam Hassan AlBasri tersebut,mereka berkata:
"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?"
"Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke masjid untuk bersedekah kpd.orang-orang fakir dan miskin.Dan barang siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia melepaskannya.

Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an sehingga ALLAH membuka kesusahanmu."
Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang.

"Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj. "Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka.
"Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya".

3 syarat doa terkabul ialah :
1.Bersihkan harta dari yang haram.
2.Jauhkan diri dan jangan menghampiri ZINA.
3.Bertaubat selalu.

doa2 untuk kesuburan dan mendapat anak

Amalan-amalan suami isteri

Doa untuk dapat zuriat.

Ikutilah contoh Nabi-nabi Ibrahim dan Zakaria , masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh.



Ertinya : ‘Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’








Doa Nabi Zakaria.








http://home.hamidarshat.com/KesuburanKemandulan.htm


Doa sebelum persetubuhan.

Penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin.


Bila patut mula dapatkan rawatan?
Bagi wanita, motivasi untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin memang satu perkara yang semulajadi walaupun kadang-kala pihak suami suka menangguh-nangguhkan. Waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan ialah setelah setahun lamanya berkahwin dan setelah dalam masa itu berusaha dengan kuat untuk mendapatkan zuriat tetapi gagal. Kerana mengikut perangkaan, lebih kurang 80 peratus daripada pasangan kelamin telah hamil di akhir tahun pertama perkahwinan mereka. Jadi kalau ada pasangan yang masih gagal lagi dalam tahun pertama dan masuk ke tahun kedua, sepatutnya mereka sudah mulakan usaha-usaha untuk mendapatkan nasihat. Langkah pertama yang paling baik sekali ialah untuk mereka menemui doktor biasa (general practitioner) yang terdekat dengan rumah atau pejabat untuk mendapatkan nasihat tentang teknik mengesan waktu subur untuk meningkatkan kemungkinan hamil.

Ini termasuk nasihat seperti pemakanan.
Nasihat untuk mengurangkan tahap stress atau tekanan jiwa dan emosi
Memakan ubat-ubatan umum seperti multi vitamin.
Kaedah untuk mencatitkan suhu badan bagi mengesan waktu subur perlu dijelaskan dan nasihat waktu subur yang sesuai untuk mengadakan hubungan kelamin. Belilah alat pengukur suhu badan (Fertility/Ovulation thermometer) dari farmasi serta dapatkan penjelasan tentang penggunaannya.

Inilah langkah-langkah yang pertama, ada setengah doktor biasa yang mempunyai alat “ultrasound” yang boleh mengesan penyakit dalam alat peranakan.

Beri tempoh tiga bulan
Nasihat saya ialah bagi setiap kaedah rawatan, kita mesti beri tempoh tiga bulan untuk mengetahui samaada berjaya atau tidak. Setelah tiga bulan kita akan kaji apa langkah yang berikutnya yang sesuai bagi pasangan tersebut. Ini saya kira kerana jika satu pasangan kelamin yang subur dan melakukan hubungan jantina yang biasa dan kena pada waktunya, kemungkin isterinya hamil pada waktu itu ialah 30 peratus.

Jadi jika setelah mencuba selama tiga bulan sepatutnya telah hamil dan jika tidak, mungkin kaedah rawatan belum berkesan lagi. Oleh itu langkah berikutnya ialah untuk berjumpa pakar sakit puan untuk mencuba kaedah yang lain.


Pemeriksaan Peranakan



Yang penting sekali ialah pemeriksaan peranakan. Pemeriksaan peranakan wanita tidak lengkap tanpa pemeriksaan 'vagina' atau faraj. Pemeriksaan melalui faraj merupakan satu perkara yang agak sensitif. Dari segi pesakit saya kebanyakannya tidak ada masalah, jarang sekali wanita yang tidak mahu diperiksa peranakannya melalui faraj. Mungkin ada sebilangan kecil sahaja yang terlalu malu dan dengan itu saya tidak memaksa mereka untuk melakukan pemeriksaan melalui faraj.

Pemeriksaan 'ultrasound' yang dilakukan melalui faraj yang dipanggil 'Vaginal sonography' adalah sangat penting sekali bagi banyak tujuan. Pertama untuk mengesan samaada rahimnya normal atau ada ketumbuhan, samaada kedudukan rahimnya normal atau mungkin terbalik kearah tongking (retroverted). Keadaan rahim yang demikian sering dikaitkan dengan peyakit ‘endometriosis’ , khususnya jika haidnya disertai dengan senggugut. Biasanya kedudukan rahim yang normal adalah ke hadapan iaitu ke arah perut. Ultra-sound scanning juga boleh menilai samaada ada ketumbuhan pada ovari atau tidak, samaada ada cyst atau tumour.



Yang terpenting bagi kegunaan ‘ultrasound sonography’ ialah untuk mengesan telur. Bagi mereka yang sedang menjalani rawatan kesuburan, dan jika ingin mengesan waktu subur bagi tujuan untuk membuat suntikan benih (artificial insemination). Ultrasound juga penting bagi mereka yang sedang menjalani rawatan canggih, bayi tabung uji seperti GIFT atau IVF untuk menentukan pematangan telur.

Sosej Roll

salam..ermm ambik resepi ni dr blog kawan baru umi tq yer
 http://ibumithali.com/

 


Untuk doh
½ kg Tepung Gandum
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
½ paket mauripan
1 cawan air suam
1 cawan air biasa

1 0 batang sosej/1 pkt atau lebih

Chilie sos

Cara menghasilnya
Campurkan kesemua bahan untuk membuat doh(dari no. 1 – no.5).
Gaulkan hingga sebati/rata
Masukkan air suam sedikit demi sedikit hingga rata
Masukkan air biasa hingga ia boleh di uli
Bulat-bulatkan lebih kurang sebesar bola pingpong
Simpan dalam 1-2 jam.


Read the rest of this entry »

merawat hati yg sedih


 ermm hari ini..jumaaat....umi sakitttttttttttttttttt hua hua huakkk
kaki ku bengkak....

bukan bahana..poco2lah...umi baru teringat 2 hari lps ader bender besi berat gak...iaitu,,,magner sound radio tu...umi buat taruk peniti....buat kijer gaduh2 sangat..terlanggar bakul...lalu..bakul jatuh..ngen bender alah tu pon terlantong atas kaki...sebelum melarat umi dah rase sakit2 hua hua hua..pi cek dokter ..kata dr...ligamen///atau tisu koyak kua kua kua...kelmarin....balik hospital; rehat jer....ermm ptg lps solat asar nak bangun aah tivba 2 sakit sgt2 tokleh jalan doh..huhhuhu leh lak alya ngen abah gelak2 jer...sampai lah umi betul2 menangis..abah terkejut...dia ingatkan umi main2..lps tu..baru lah....abah cian kat umi..sedih kan kan..bila kita sakit..org ingat kita wak main2..huhuhuhuhu
..
.
lps magrib gi klinik agi...dr suh gi.....hospital besar xtray..huahuahu.............lps tu bg ubat tahan sakit..boleh je ubat umi..terus mkn huhuhuhu 10 minit lps tu...umi pun piaw piaw.....terus ajak abah balik...ermmm....
tido
bangun pagi tadi alhamdullilah..di sebabkan umi dah ok..abah tak jadi mintak cuti..sedeyy gak..umi..takpe aahhh...dia tak nak tolong sayer....umi tido je hari ni....tadi abah call dia cakap...cuti penuh...hahaha alasan jer tu....takpe aaahhh..dia dah cakap...dia ambik cuti...18  hb 2 hingga 20 hb 2....huhuhu nak buat apa ekkk...sekarang jer umi perlukan abah ..huhuhuhu time sakit aahhhh
(denda bunyik ni heheheh)
taklah cumerr rase sedih sikit...saje dah luah dah,,kat sms tadi...dia mintak maaf banyak2...hua hua hua....takpelah....umi bukan penting sgt pun...kerje lagi penting kan kan kan./..(tak merajuk pongggg..dah tua aaahhh)buruk lagi bila merajuk..sesajer jer,,main perasaan ni......
 sesajer....luah kat blog ku ini...nanti ader org bacer...kang dia mesti cakap kenapa umi..ni....punyer suami tak sporting.....hehehheh mungkin ia mungkin tak..............keh keh keh....bersyukur dah dgn apa yg ader ...
 merawat hati yg sedih
.
.
.
.
bila kita sedih kita bacalah doa ni..yer..
 doa jgn bersedih dr 
Dr.badrul amin~~~  
katanya .saudara amalkan doa yg di ajarkan Nabi.Saw


 "Ya Allah.aku berlindung kepada mu daipada sifat sedih dan dukacita.Aku berlindung kepada mu ya Allah,dr sifat lemah dan malas.Dan aku berlindung kepada mu  
Ya Allah dari sifat penakut dan juga bakhil,Dan aku berlindung kepada mu  
ya Aallah daripada beban hutang dan tekanan manusia."





Selawat Tafrijiyah


SATU MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:


1. SUBHANA'LLAH

2. ALHAMDULI'LLAH

3. LAA I LAAHA ILLA'LLAH

4. ALLAHU AKBAR

5. ASTAGHFIRU'LLAH

6. LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH

7. ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHIWA SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2:




Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan.

Fadhilatnya ;
Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa mbc selawat ini 11 kali setiap selepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yg tinggi.
Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa mmbaca selawat ini 41 kali atau 100 kali, Allah akn menghilangkan segala dukacita dan dipermudahkan segala urusan kehidupannya.
Barangsiapa mmbc selawat ini 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
Barangsiapa membaca selawat ini 4444 kali akan tercapai segala cita2 dan hajatnya di dunia dan akhirat,
Menurut kitab KHAZINATUL-ASRAR, sesiapa yg mengamalkan selawat ini maka memudahkan faham dan membuka tabir ilmu pengetahuan serta mendekatkan diri kepada Allah.

Selawat ini saya dapat drpd seorang sahabat yg alim.saya blm kenal rapat dengannya, tapi masyaallah, dialah satu2nya sahabat yg byk membawa sy kepada kesedaran..selawat ini telah beliau amalkan,dan telah merasai pengalaman menakjubkan..saya sendiri mengamalkan selawat ini 11 kali setiap lepas solat dan istiqamah melakukannya..dan alhamdulillah, merasa ada suatu perasaan aneh dalam diri.Banyak pekara yg mendekatkan diri kepada Allah, terbuka seluas2nya.
Selain mengamalkan selawat tafrijiah, sy jg ada amalkan membaca selawat syifa untuk kesihatan badan.Kedua2 selawat ini pernah menjadi kontroversi kerana ada ulama yg berpendapat syirik mengamalkannya tetapi, telah mencapai kesepakatan drpd ulama yg mengakaji tafsirannya, menjadikan selawt ini boleh diamalkan asalkan pergantungan sepenuhnya ditujukan kepada Allah S.W.T...Wallahualam..

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...