Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Februari 02, 2010

pasangan suami -isteri,,,pasangan kekasih...dua beradik.....kembar....apa yg menarik minat umi yer????jem jem jem

 
 
  
 




 

 
 


 
 

 

 

happy nyerrr...


  



Salam..ermm happy nyer..springfest umi baru je sampai hari ni..ermm cutenbyer l;ah tecit2 jer ermm mesti liya suker tu...leh lah dia bawak bekal air kat sekolah...sebelum ni,.,,,bawak air mesti tumpah kat dalam beg...ermm pomot gamaknyer heheheh
.
.umi happy sebab...nyer..pembelian pertama melalui online ni ha..hehehhe walaupun tak seberapa.. tapi happy sgt2
.
.
.
.
.
.
kul 3 ptg baru pos laju sampai .....pos gak kalau org tok tepon..tak mengantar lah gamaknyer dah 4 hari barang umi di peramnyer kat pos tu heheheheh.
,
,
,
,
nasib tak jadi budu kui kui kui
.
.
comel kan warna dia..alololo liya dah dapat tu terus..nak dua2 satu set nak bawak ke sekolah yg warna pink tu...yg hijau lak nak bawak jalan2 adoilah anak dara ku...huhuhu
.

TANGGUNGJAWAB LELAKI DAN WANITA




Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-

LELAKI

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian bahawa nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu,kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah walaupun hendak ke rumah ibu dan bapanya. tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

9. Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorang wanita.

10.Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

11. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.

12. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil)..

13. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

14. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

15. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat
suaminya dan menjaga kehormatannya.

16. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan? Bertuahnya menjadi WANITA..

AYAT-AYAT AL- QURAN UNTUK DIAMALKAN

1. Supaya Elak Suami Tak Kahwin Lain.

Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil




2. Untuk Elak Suami/Isteri Dan Anak-anak Tidak Bergaduh.



Surah Al Baqarah - Ayat 102




3. Supaya Anak-anak Pandai Dalam Pelajaran.



Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79




4. Supaya Anak-anak Lembut Hati Dan Elak Panas Baran



Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,

Surah Al Hasyr - Ayat 22-24




5. Supaya Anak-anak Tidak Malas Ke Sekolah.



Surah Toha ayat 1-5




6. Ayat Pendinding Diri.



Ayat akhir Surah At Taubah




7. Supaya Anak-anak Yang Suka Keluar Malam.



Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x




8. Untuk Jadi Pendinding Rumah (Pagar Rumah).



Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air, dan semburkan keliling rumah.




* Baca Ayat-ayat dalam angka ganjil 3,5,7 kali. Kemudian Tiupkan di ubun anak-anak, suami atau isteri. Tawakal kepada Allah SWT semuga permintaan kita dimakbul oleh Allah SWT.






SATU MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH




Langkah 1:



Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:


1. SUBHANA'LLAH

2. ALHAMDULI'LLAH

3. LAA I LAAHA ILLA'LLAH

4. ALLAHU AKBAR

5. ASTAGHFIRU'LLAH

6. LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH

7. ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHIWA SAHBIHI AJMA'EEN




Langkah 2:



Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan.

KELEBIHAN AYAT2 QURSI

 


 Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.


Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.


Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya.


Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...