Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Januari 27, 2010

copy paste dr....entry kawan blog

Curang
Mesti korang tertanye2 kenapa aku buat entry curang..sebabnye dah banyak sangat kes curang tak kira wife curang or hubby yang curang..macam2..dunia di akhir zaman..benda curang mencurang ni macam perkara biasa..bila dah terdedah and tak boleh ditutup..bercerai adalah jalan penyelesaiannye..ini bukan kes aku ye..aku masih lagi bahagia ngan hubbyku and harap2nye biarla ia berkekalan sehingga aku menutup mata..hahahah.. Aku konpius kenapa mesti nak curang..yang perempuan nye..laki tak bagi cukup makan/pakai ke??..tak bagi kesenangan ke??..or kurang perhatian and kasih sayang??..ataupun SEKS tak cukup hebat.???..hahahaha..aku konpius..konpius..tak terlintas kat hati aku menda2 macam ni..aku taknak cakap besar..benda2 ni mungkin boleh jadi kat aku..anak aku..cucu aku..aku mintak dijauhkanlah.. Yang lelaki pulak..yang nak curang tu kenapa..bini hang tak cukup lawo ke??..bini hang dah tak cantik??..perut mengelebeh..pkai x seksi..asyik pkai kain batik n rambut serabai??..bini hang x layan hang ke..adussss..aku kalu laki cakap.."bini aku tak bg perhatian kat aku".."sibuk ngan anak jer".."bini aku huduss..perut berparut..mengelebeh"..memang aku hantuk kepala dia kat dinding..apesal perut bini hang gitu..ko kabo kat aku..budussnye kalu ada laki gitu...memang budusss.. Bagi aku kalau ko dh kawin ngan pilihan hati ko or keluarga..ko kena terima dia seadanye..dia buruk macam mana pun kena terima kecuali dia teruk mcm kali pukul n dadah..tu bleh angkat kaki n tinggalkan dia..sepatutnye perkahwinan utk lengkap melengkapi antara satu sama lain..tak semestinye kena sehati sejiwa dlm semua perkara kan..kadang2 kena gak gaduh2 manje..baru la meriah hidup ni..kalu rasa hubby/wife tak bg perhatian kat kte..ko kena bgtau ape yg ko rasa..bukan amik jalan mudah..cari org lain utk isi kekosongan hati ko..adusss..yang ada anak..sebelum buat menda2 tu pk la anak korang..tak kesian ke tgk anak yg kecik n tak tau ape2..kang dia tanye ibu/ayah..mana ayah..ibu nak ckp pe..ayah g ronggeng ngan perempuan lain..kang anak tanye ibu g mana..ayah nak ckp pe..ibu g buat maksiat ngan jantan lain..pk la weh..penat dh aku tgk bdk2 yg mak bapak wat perangai cam setan..anak2 semua tertekan..terbiar and kadang2 anak memberontak..xnak belajar..isap dadah..musnah masa depan depa weh!!!! pesan buat wife-kalu tak puas hati bagi tau..jangan simpan dalam hati pesan buat hubby-kalu ko ada girlpren..tingal2kan lah..xdo faedahnye..wat abis duih hang je..gaji ribu riban..tapi duit habis kat betina lain.. p/s: entry ni xde kena mengena ngan yang idup..sape yang terasa tu..paham2 sendiri la ek..

Antara 9 Mimpi Rasulullah S.A.W.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh

Ketaatan Dan Kepatuhannya Kepada Kedua Ibubapanya.. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat

Wuduknya Yang Sempurna.. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat 

Zikirnya Yang Tulus Ikhlas kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi

 Solatnya Yang Khusuk Dan Tidak Menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu. 5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala Puasanya Yang Ikhlas Kepada Allah S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas. 6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah Mandi Junub Dengan Rukunnya Yang Sempurna sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala Haji Dan Umrah nya Yang Ikhlas Kepada Allah S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang. 8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah Sifat Silaturrahim nya Dan Tidak Suka Bermusuh-musuhan Sesama Umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala Sedekahnya Yang Ikhlas Kerana Allah S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. Sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"

 

 

 

fadhilat

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR

Semoga bermanfaat...

(Imam Malik)

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw."

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

 

Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis Tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah,

dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun

atau sihir yang terkena pada hari itu".

Riwayat al Bukhari.

 

Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang

mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat

oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada

mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan

Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya

tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih

dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat.

Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau

pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!

Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan

bersuci'"

Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

 

 

 

 

Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim

bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap

solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi

mereka.  Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,

menyihir atau melakukan kejahatan lain. 

 

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan  hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.  Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'

Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah

mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam

boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.

Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya

adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas

hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:

Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang

tidur ingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka

Rasulullah

S.A.W. pun bersabda:

Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"

Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Kelima (5)

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia

akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai

seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah

buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki

tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia

telah

dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa

perlindungan dengan berkata :

Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung

denganMu

dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau

betina.

Pagar Keenam (6)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan

adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan

kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang

telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya

dan

keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah

berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala

keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir

apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang

suka

melakukan tipu daya"

Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.

Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada

Allah

sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata

kepada Abu Hurairah:

"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya

sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak

mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi".

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut

sambil berkata:

"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya

penipu".

Riwayat al Bukhari.

yassin

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah

tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali

untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha

kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

 

1) YA-ALLAH YA-RAHIM = Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN = Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh

dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK = Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik

dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR = Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku

    dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR = Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq

dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD = Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang

beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM = Makbulkanlah semua hajatku, dan

redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

 

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda ,

tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan

dakwah ini kerana Allah.

Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang seben

Pelita Hidup

Buat teman...

 

Aku harap agar Malam tidak dijadikan untuk kita Meniti Mimpi...dan siang tidak dikaburi hiasan Fatamorgana, kerana sisa usia ini wajar diharungi untuk taat kepada Rabbul Jalil....

Biarlah diiringi Cahaya Ilahi agar Pelita Hidup terus menerangi jalan perjuangan..kita, bak musafir ditengah Malam...yang mencari noktah Rindu....

Tercetuslah Damai Nan Indah menghiasi Lukisan Alam..didalam diri kita.. Demi menunaikan tuntutan Rukum Islam maka Allah sejukkan hati dua insan yang telah berkorban, untuk kita...menikmati hidup ini..Ayah Bonda janganlah kita lupakan......

 

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR... - Ditukar rupa menjadi wajah kera.

   Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat. - Ditukar rupa menjadi wajah babi.

   Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak       yatim. - Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.

  Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba. - Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).

   Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum. - Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal

  Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur       hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan.

   Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya. - Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.

  Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga. - Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.       Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya   membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya. - Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.

 Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

 

 

 

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada di dalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu. Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan." Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka." Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar. Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu. Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki, lutut, dada, leher mahupun sekadar bahagian muka saja. Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan. Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran. Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada. Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." – (surah An-Naml:83). Hantar pada kawan! BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN TERSEBUT........

 

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...