Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, November 15, 2010

TANDA-TANDA AWAL KANSER

  • Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara

    Sehinggalah waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.

    Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes). Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.

    Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.

    Tahap 1

    Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

    Tahap 2

    Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya

    Tahap 3

    Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).

    Tahap 4

    Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.

    Kadar kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit kelazimannya berkait rapat dengan tahap penghidapan penyakit tersebut pada masa diagnosa dibuat.

    Keadaan yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4.

  • (1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
  • (2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
  • (3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
  • (4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
  • (5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
  • (6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
  • (7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
  • ( Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
  • (9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
  • (10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
  • (11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
  • 10 PENYEBAB UTAMA KANSER
  • -------------------------------
  • (1) Makanan
  • (2) Tembakau
  • (3) Alkohol
  • (4) Radiasi
  • (5) Sinaran cahaya matahari
  • (6) Pekerjaan
  • (7) Pengambilan ubat
  • ( Pencemaran air dan udara
  • (9) Perokok yang tidak aktif
  • (10) Keturunan
  • TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
  • DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
  • (1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
  • (2) Hindari makanan ringan yang masam
  • (3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
  • (4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
  • (5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
  • Bagaimana saya tahu saya ada kanser payudara?

    Bagi ramai wanita, kanser payudara dikesan sebagai satu ketumbuhan yang tidak sakit. Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang lain yang harus diketahui.

    Untuk mereka yang dikesan pada tahap yang awal sekali, iaitu daripada pemeriksaan mammogram, tiada tanda ataupun simptom payudara.

    Payudara

    • Perubahan saiz dan rupa

    • Lekuk pada kulit

    • Ketulan atau penebalan

    Perhatikan bahawa payudara kanan (disebelah kiri dalam gambar ini ) kelihatan lebih besar daripada yang kiri, mempunyai rupa bentuk yang berbeza dan mengandungi satu ketumbuhan di bahagian atas payudara kanan. Puting kelihatan menurun jika dibanding dengan yang kiri.

    Puting

    • Puting berdarah (jarang berlaku)
    • Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
    • Puting tertarik ke dalam
    • Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
    • Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah.
    • Penyakit Paget di payudara ada kaitan dengan kanser payudara
    • Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada eczema. Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian
    • Puting tertarik kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor anda.

    Payudara kiri (disebelah kanan gambar ini ) menunjukkan puting tertarik ke dalam jika dibandingkan dengan payudara kanan. Terdapat juga kemerahan kulit ditepi puting kiri.

    Lengan

    • Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak

    Rasa Sakit

    • Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat.

    Kelainan Dalam Perkembangan Payudara dan Perubahan Mengikut Usia

    Perbincangan mengenai gejala dan tanda-tanda kanser payudara tidak akan lengkap tanpa menyentuh mengenai penyakit-penyakit payudara yang lain yang tidak mudarat. Semasa penyiasatan kanser payudara, penyakit-penyakit tersebut mungkin dijumpai.

    Disepanjang hayat, seorang wanita akan mengalami berbagai perubahan pada payudara. Ini termasuk perubahan semasa haid dan juga timbulnya berapa jenis ketulan yang tidak mudarat. Apabila proses perkembangan dan perubahan ini menjadi berlebihan atau lebih ketara, barulah ianya dikatakan penyakit dan anda akan merasai gejalanya. Apa yang penting ialah kebanyakannya bukanlah kanser. Dianggarkan 80-90% ketulan payudara yang memerlukan biopsi bukanlah disebabkan oleh kanser.

    Semasa umur antara 15-25 tahun, ketumbuhan seperti fibroadenoma boleh didapati akibat pengaruh hormon kepada berbagai tisu dalam payudara. Keadaan ini boleh mengkibatkan timbul lebih daripada satu ketumbuhan atau sesuatu ketumbuhan itu boleh mencapai saiz yang besar. Kedua-dua payudara juga boleh membesar lebih daripada normal (hipertropi remaja).

    Semasa umur antara 25-40 tahun, terdapat pula pengaruh hormon yang berlebihan sehingga mengakibatkan kesakitan berkala semasa pusingan haid, dan timbul ketulan-ketulan yang mungkin dapat dirasa dengan jelas dan terasing.

    Semasa umur antara 35-55 tahun, mungkin akan terjadi sista (cyst), pelebaran saluran susu, perubahan fibrosis di sekitar saluran susu dan juga inflamasi. Sel-sel dalam tisu payudara juga boleh mengalami perubahan sama ada ianya akan bertambah berlipat ganda atau menimbulkan sel-sel yang atipikal atau luar biasa.

    Tanda-tanda Kanser Payudara - Bagaimana Rupanya? – Essei Bergambar Oleh Dr.Evelyn Ho Gambar-gambar ehsan dari Dr Ernest Yeoh

    Terdapat banyak cadangan dan permintaan untuk gambar-gambar yang memaparkan tanda-tanda kanser payudara.

    Rencana bergambar ini menunjukkan tanda-tanda yang jelas mengenai kanser payudara. Kebanyakan tanda-tanda ini diperingkat yang lewat di mana tanda-tanda yang didapati lebih ketara. Kita sepatutnya lebih peka terhadap tanda-tanda awal sebelum ianya sampai keperingkat yang ditunjukkan. Walau bagaimana pun untuk penjelasan, gambar ini merupakan tanda-tanda yang harus diawasi semasa menjalankan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan.

    Peringatan: Kami berharap gambar-gambar ini walaupun menakutkan anda, sebaliknya akan memberi idea bagaimana untuk mengesan kelainan di payudara anda masing-masing.

    Ini menunjukkan payudara kanan (disebelah kiri gambar) lebih besar daripada payudara kiri. Perhatikan bahawa puting tidak sama paras dan yang kanan menghala ke bawah.

    (Kiri) Pandangan sudut dari kanan (Kanan) Pandangan dari hadapan Ketumbuhan boleh dilihat dibahagian atas payu dara .Puting yang menghala ke bawah lebih jelas dari sudut tepi. Terdapat juga pertukaran warna di bahagian atas payudara kanan dan kulit kelihatan nipis dan tegang. Ketumbuhan ini makin membesar dan lama kelamaan tanpa pembedahan, kanser ini akan pecah melalui kulit

    Ini satu lagi ketumbuhan di payudara kanan (disebelah kiri gambar). Disini benjolan disebabkan oleh ketumbuhan itu jelas kelihatan. Ketumbuhan ini tumbuh di lapisan luar di bahagian bawah kulit payudara.

    Puting kanan terletak di paras lebih rendah daripada yang kiri, ini boleh dilihat ketika kedua lengan diletak di sisi tubuh. Walaubagaimanapun, ini lebih ketara apabila kedua-dua lengan diangkat ke atas kepala. (seperti yang ditunjukkan disebelah kiri). Kedudukan dan arah puting jelas kelihatan. Pandangan dekat telah jelas menunjukkan apa yang telah diterangkan. Gambaran ini menjelaskan kepentingan melakukan langkah-langkah seperti melihat kedudukan puting semasa melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Sila rujuk kepada artikel

    Terdapat satu lekok atau kawasan yang tenggelam di bahagian atas puting payudara kiri (di sebelah kanan gambar) Ini dinamakan ‘dimpling of the skin’ atau lekukan. Lekukan kulit ini jelas kelihatan walaupun lengan diletak di sisi tubuh.Biasanya lekukan kulit ini hanya kelihatan semasa lengan diangkat ke atas kepala. Gambar di sebelah kanan menunjukkan lekukan kulit daripada sudut tepi.

    Lekukan kulit terjadi akibat tarikkan kulit tisu sekitar oleh ketumbuhan di bahagian dalam payudara. Ini merupakan satu ciri kanser payudara. Anda boleh melihat kesan kanser tanpa memegang atau merasai payudara anda. Ini menunjukkan pentingnya aspek ‘melihat ‘ dan ‘merasa’ pemeriksaan sendiri payudara.

    Kulit kelihatan kemerah-merahan dan tebal. Ini adalah satu contoh kanser payudara yang kelihatan seperti payudara mengalami jangkitan kuman. Ini merupakan tanda inflammasi pada kanser payudara.

    Bandingkan kedua dua puting. Puting disebelah kiri (sebelah kanan gambar) tertarik ke dalam dan ini dinamakan ‘retraction’ atau penarikan. Gambar di sebelah kanan menunjukkan penarikan puting daripada sudut tepi.

    Satu lagi contoh yang menunjukkan ‘retraction’ kepada puting, kali ini bersama ketumbuhan kecil di areola (iaitu kulit dikeliling puting) Terdapat juga penebalan dan kemerahan kulit areola.

    Dua lagi contoh ditunjukkan di sini. ‘Peau d’orange’ adalah di mana kulit payudara kelihatan seperti kulit limau. Kulit limau Sunkist mempunyai lubang seperti ini, sebab itulah ianya dipanggil ‘peau d’orange’. Ini akibat bengkak di bahagian kulit seperti bendungan air di kulit. Payudara di sebelah kanan berada di peringkat menyerupai kulit limau yang lebih lanjut, dan juga terdapat kesan penarikan kulit dan puting ke dalam.

1 ulasan:

armouris berkata...

info tentang barah payudara di SIHAT SELALU - Pengesanan Awal Barah Payudara

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...