Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, November 30, 2010

Petua Untuk Meredakan Perasaan Cemburu

1. Bertanya secara terbuka dengan menjalin komunikasi tentang perasaan cemburu kita pada pasangan tanpa rasa takut dan malu.

2. Tenangkan diri kita terlebih dahulu agar emosi tidak menguasai kita.

3. Minta nasihat pada orang kita mempercayai. Tanya pendapat mereka.

4. Jangan tunjukkan perasaan cemburu anda pada hal-hal yang boleh merosakkan sebuah hubungan.

5. Tarik nafas dalam-dalam atau minum air suam terlebih dahulu kerana oksigen yang masuk dalam otak dan tubuh kita, akan membuat kita berfikir lebih rasional.

6. Berfikir positif kerana dengan cara ini kita mengambil langkah yang tepat untuk mengetahui cara terbaik dalam mengatasi perasaan cemburu yang ada dalam fikiran dan hati kita.

Aidil Adha..2010

Alya..ngen sepupu dia...hari ni,,hari raya ke 3...sembelih lemgbu,,untuk kurban dan aqiqah umah abag,,,yang no 4,,kat kuala berang...
selesai sembelih...kami,,masak2,,ermm best makan ramai2 ngen adik beradik..
lps tu kami...
pun bersiap untuk balik,,
sebab nak masak,,bahagian,,aqiqah,,nak wak balik,,,untuk dibahagikan kat org2 kampung,,amin.
alhamdulillah,,selesai semuanya..
sukanya,,anak umi duk main ngen muhammad///

my biz..........alhamdulillah

Assalamualaikum...
buat kekawan blog umi...
ermmm...dah lama sgt,,umi dok,,catat...segala isi hati kat sini,,,wak cemana,,duk layan facebook heheh
..ermm kepada kekawan...blog umi...umi nak ajak,,joint kutu tuperware spessel lah..
ermm tunggu ya,....barang yg cemana...umi nak cadangkan ya..
menarik tertarik,,dan....
sgt baik,,,
kali ini...kutu tupperware umi bertema...
picnic........
.
.
.
.
antara barang2 yang akan.....ader didal;am tema...kutu umi kali ini...

Isnin, November 29, 2010

Penyakit jantung koronari

  • Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini.
  • Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat,pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya. Namun, statistik kematian mengenai penyakit jantung tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan.
  • Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia", katanya. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.[sunting]
  • Punca penyakit
  • Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama.
  • Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.
  • Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
  • [sunting]
  • Gejala
  • Sakit dada atau dikenali sebagai angina pektoris. Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami dengan:
    a. Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
    b. Berat pada dada
    c. Senak dada
    d. Sukar bernafas: sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini.
  • Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
  • Stabil: mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
  • Tidak stabil: mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.
  • Bagaimanapun, sesetengah pesakit diabetes atau warga tua tidak mengalami gejala ini. Sebaliknya, mereka mungkin mengalami:
    a. Berpeluh-peluh
    b. Rasa lemah badan
    c. Sakit pada hulu hati
    d. Pening kepala
    e. Pengsan
  • Sekiranya gejala-gejala angina tidak stabil dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh mendapat serangan jantung (penginfarkan miokardium).
  • Menurut Dr. Yap, 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah. Keadaan ini mengakibatkan elektrik jantung tidak stabil. Ketidakstabilan ini turut menghentikan denyutan jantung. Jantung yang bergetar ini tidak dapat berfungsinya dengan baik. Ini mengakibatkan seluruh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan dalam tempoh empat minit, risiko kematian adalah tinggi.

  • Bagaimanapun, keadaan yang dikenali sebagai pemfibrilan ventrikel ini boleh dibantu dengan mesin kejutan AT.

Kesan Zikir terhadap Otak

...
Otak kita manusia adalah perkara yang penting, merupakan asas pokok bagi manusia untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang lain. Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Kesemua aktiviti yang kita lakukan setiap hari, jam, minit, saat dan detik serta kefahaman dan ilmu yang kita peroleh merupakan satu natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Berzikir merupakan salah satu fungsi untuk mengakhtifkan fikiran otok kita. Dengan berzikir juga dapat menenangkan hati kita.
قال الله تعالى:ِ { أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ} الرعد/28
Firman yang bermaksud: “ Ketahuilah dengan mengingati Allah ( Berzikir) dapat menenangkan Hati”. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan urat saraf diotak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Oleh itu lazimilah kita untuk berzikir. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan (PET) yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Wahai saudara-saudara ku seIslam, sebelum saintis Barat menemui mukjizat ini, kita umat Islam sudah lama dipilih oleh Allah S.W.T mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan BERZIKIR dan mengabaikannya.

Petua Untuk Mengubat Hati Yang Luka

sumber dr:

1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit - Mengaku saja yang anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Anda perlu kikiskan fikiran itu dan jangan terbawa-bawa dengan emosi yang lalu. Mulai sekarang, tekad untuk melupakan semua itu. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetap lakukan satu persatu dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Jangan Asyik Risau - Ada 2 kesan dari sikap risau ini. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Rajin Bersyukur - Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Bersyukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lakukan sebanyak mungkin setiap hari.

4. Mesti Memaafkan Orang - Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, dan busuk hati). Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.



Kelebihan Bercium

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan… . Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan? * Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress. lagi kelebihan berciuman …..

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

TAPI!!!!! PASTIKAN ANDA DA BERNIKAH SEBELUM BERCIUM…. hehehe pe lagi… cpt2 la kawen….?

::[ HUKUM ISTERI MELETERI SUAMI ]:::

sumber dr...

Assalamualaikum

Hukum Isteri Meleteri Suami ......

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suamisendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai keranaberbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalammelaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrahbagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani merekaseperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentangkewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatanmaksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhakmenyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikansesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikrajkelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Akubertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihatkaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macamseksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telahmenyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suamidengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gusdilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali memintasesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuananda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandangkepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pulatergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenaihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yangbekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagaiseorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawananperang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinyakerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadimilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yangsedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluhkesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perludibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepadasatu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidakmengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawahendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalananak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadikeluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumahmerupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnyawalau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akanmemenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama tarafdengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serbamencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelakkos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isterikeluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyarakeluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pulamenyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yangterbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergaulikeluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

WASSALAM..
Parit Raja ke Rengit

Baby Walker

ermmm
klu hok ni,,comel dok,,hehehe

Ahad, November 28, 2010

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa

sumber dr:
1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Sabtu, November 27, 2010

YANG MANA SATU ANDA?

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur :

Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

b) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

c) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

d) Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c) Bersin

i· Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii· Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..

c) Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat

i. Sistem penghadaman yang lemah.

ii. Perut mengandungi angin.

iii. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi.

Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT BERPELUH :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan umbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sakit Sendi

i. Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan & tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii. Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

iii. Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.

f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

a) Kepala.Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.

b) Pening/Sakit Di Bahagian Depan KepalaMenandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.

c) Pening/Sakit Di Bahagian Belakang Kepalai) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

d) Sakit Kepala Dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga :Menandakan penyakit migrain.

e) Bisul Terjadi Di KepalaTanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-

kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f) Rasa Pening Yang MemusingTanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a) Loya/Muntah : Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) Muntah Darahi. Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkongii. Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK

Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) Kerap kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) Air kencing berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) Air kencing berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) Air kencing pekat berwarna coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) Air kencing berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) Cirit-Birit/ Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) Najis Berdarahi.

i . Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.

i. Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan

.iii. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan

.iv. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) Badan Terasa Berat/ Malas/ Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan.

c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Inimenandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH

Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT

Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.

b) Sistem saraf otak yang lemah.

c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL

Sistem penghadaman yang lemah.

Selalulah berdoa agar kita sentiasa mendapat kesihatan tubuh badan yang baik. Jangan lupa untuk bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat.. InsyaAllah

Kalau ada diantara pembaca ini seorang doktor, bolehlah sahkan info ini. Atau kalau ada yang boleh bertanya kepada mereka yang berkelayakan, tanyakan dan kongsi dengan kita semua, adakah info ini boleh dipakai atau tidak.

Wallahualam.



Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...