Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, September 22, 2010

curahan..luahan..pendapat

Hidup ini tidak selalunya indah. Seringkali kita diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Ada kalanya kita terjatuh. Ada masanya kita terluka. Ada masanya kita di bawah. Ada waktunya juga kita menangis. Ada masanya kita kecewa dan hampa. Ada waktunya kita merana dan sengsara. Bagaimanakah kita saat kita diuji? Periksa hati kita.. "Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. " [Surah Al-Hajj : Ayat 11] Naauzubillah, moga kita tidak tergolong dalam golongan yang kerugian dalam terang dan nyata..
Allah tidak akan menguji hamba-Nya jika hamba itu tidak mampu menanggung ujian tersebut, :) solat itu penenang jiwa,al-Quran itu penerang jiwa, dan zikrullah itu pelembut hati, bila ditimpa kesusahan kembalilah kepada-Nya kerana ujian yang Allah bagi itu pasti ada hikmahnya, sama ada untuk diberi pahala,penghapus dosa atau ditingkatkan darjat seseorang hamba itu, subhanallah.. wallahualam
Bismillah Setiap kesusahan adalah ujian.. mungkin ini masa terbaik kita bermuhasabah kembali. Ada ketika kita tewas memahami dan mengenali diri kita. Bila datang ujian samada berbentuk harta atau kehidupan.... ada sesuatu Allah hendak peringatkan kita. Perlu kita buka hati untuk menerima segala silap dan kelemahan yang datang. Beruntung bagi mereka yang diuji...kerana, bilamana kita sering hidup dengan kemewahan atau kelapangan, hati insan pasti ada masanya, leka dan sakit. Cara terbaik, duduk...dan merenung kembali mengapa ujian itu diturunkan. Apakah kita semakin taqarrub padanya dan mampu menyingkap hijab diri kita-antara sifat mazmumah & mahmudah atau sedar & alpa. Pastinya setiap yang dijadikanNya ada hikmah (pelajaran & peringatan) yang tidak sekali sia-sia. Sememangnya beberapa sifat diperlukan dalam menangi masalah yang membawa kepada kelanjutan masalah atau dugaan ini adalah sabar, redha, syukur & tawakal. Peringatan bersama~:-)
Dirawikan bahawa Nabi saw bertanya dari sekelompok dari sahabatnya:"siapa kamu" Mereka menjawab:"Kami orang-orang beriman" Tanya Nabi lagi:"mana bukti keimananmu.?" Mereka menjawab:"Kami sabar ketika ditimpa bala, bersyukur ketika aman dan redha terhadap terjadinya qada'" Lalu Nabi saw berkata:"Sungguh mereka orang mukmin demi Tuhan Kaabah..!" Dalam sebuah hadis: "Beruntunglah bagi orang yang ditunjukkannya Islam, rezekinya cukup dan ia rela dengannya." "Siapa rela dengan rezeki dari Allah yang sedikit, Allah pun rela dengan amalnya yang sedikit." Allah berkata: "Ketika Allah suka kepada seorang hamba, Dia mengujinya. Jika dia sabar, Dia hindarkan. Jika dia rela, Dia memilihnya.
"Harus ada rasa bersyukur, Di setiap kali ujian menjelma, Itu jelasnya membuktikan, Allah mengasihimu setiap masa, Diuji tahap keimanan, Sedangkan ramai terbiar dilalaikan, Hanya yang terpilih sahaja, Antara yang berjuta mendapat rahmatNya, Allah rindu mendengarkan, Rintihanmu berpanjangan, Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi, Segala ujian diberi, Maka bersyukurlah selalu.." Memang benar jika kita ditimpa kesusahan, kita sering sedih, berduka cita, menangis seperti kesusahan itu tak dapat diselesaikan.. Kita lupa yang Allah ada & sentiasa bersama-sama dengan kita.. Jika kita ditimpa dengan pelbagai ujian yang kita boleh tanggung, tarik nafas perlahan-lahan, muhasabah diri balik.. Kenapa kita ditimpa ujian yang sedemikian rupa? Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya & percayalah dengan janjiNya.. InsyaAllah.. Apa-apapun, jika kita berada dalam kesusahan/kesempitan, berbaliklah kepada Al-Quran & As-Sunnah kerana dalam kedua-dua sumber rujukan tersebut ada jalan penyelesaiannya =) 'La Tahzan, Innallaha Ma'a Sobirin'.. Wallahua'lam..
ada 1 hadis yang aku nak kongsi kan, Rasulullah pernah bersabda "Permohonanmu akan dimakbulkan jika kamu bersabar dan jika kamu tidak berkata 'Aku memohon tapi permohonan aku tak dipertimbangkan" daripada hadis diatas kita dapat lihat bahawa Allah akan sentiasa menolong orang yang tidak putus asa berdoa kepada NYA. Dan jangan sesekali mengeluh kesah dengan kepayahan yang dilalui nya.. sebaliknya bersabar dan bersolat. setiap kesusahan ada kesenangan. setiap kesusahan ada kesenangan.. [Allah mengulangi ayat ni sebanyak dua kali]
Jangan bersedih..kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya, jalannya dihiasi duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah. Move on move on!! Bangun, bangun! Kamu tidak akan pandai jika kamu mahu terus berada di zon selesa! Bangun dan berjalan, kejarlah masa! Bangun dan lihatlah, kamu ketinggalan! Bangun dan sedarlah, Allah sayang kamu.... Terus bangun, berdiri, bukalah langkah kamu, tidak perlu melihat keseluruhan jalan, hanya buka langkah, dan teruskan... Moga Allah permudahkan segala urusan ummat Nabi Muhammad, ummat akhir zaman yang terpilih. Ya Allah, syukur. Allah beri dugaan, untuk menguatkan semula hati kita, Allah beri dugaan, kerana SAYANG-NYA pada kita. Tegakkanlah semangat kita bersama-sama segumpal azam, kental dan teguh, sekukuh Kaabah waktu diserang Abrahah! Kuatkanlah azammu menghadapi dunia yang akan memerah darah dan keringat sebelum ia mengetawakan keputusanmu! Move on!
Hidup ini tidak selalunya indah. Seringkali kita diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Ada kalanya kita terjatuh. Ada masanya kita terluka. Ada masanya kita di bawah. Ada waktunya juga kita menangis. Ada masanya kita kecewa dan hampa. Ada waktunya kita merana dan sengsara. Bagaimanakah kita saat kita diuji? Periksa hati kita.. "Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. " [Surah Al-Hajj : Ayat 11] Naauzubillah, moga kita tidak tergolong dalam golongan yang kerugian dalam terang dan nyata..
Bismillahirrahmanirrahimm.. Assalamualaikum Warahmatullah.. Segala benda dalam dunia ni adalah ujian kepada kita semua. Tidak kira musibah, kesenangan, dan segalanya adalah ujian daripada Allah. Jika ditimpa kesusahan, Allah mahu menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapinya. Jika ditimpa kesenangan dan kejayaan, Allah mahu menguji sejauh mana tahap kesyukuran kita kepadaNya. Jadi, semuanya adalah ujian daripada Allah. Sebab tu, Allah berikan kita akal fikiran untuk kita berfikir segala apa yang berlaku. Semuanya akan ada hikmah yang tersembunyi. Tinggalnya, samaada kita percaya ataupun tidak sahaja. Jangan kita jadi seperti satu umat pada zaman dahulu. Ada diceritakan di dalam al Quran. Apabila mereka mendapat kesenangan, tumbuh-tumbuhan mereka tumbuh dengan segar, semuanya tanaman mereka menjadi, anak-anak dikurniakan sihat sejahtera fizikal dan mental. Ternyata, mereka bersyukur dengan nikmat dan berkata bahawa, ternyata agama yang mereka baru anuti yakni Islam terdapat banyak manfaat dan kelebihan. Tetapi, tidak lama kemudian, tanaman mereka tidak subur, cuaca kering kontang, anak-anak pula tidak sihat. Mereka mengatakan bahawa, tiada baiknya dengan agama Islam yang mereka baru anuti tersebut. Itu baru saja sedikit ditimpa musibah. Tapi, sudah pun lari daripada pegangan sepatutnya. MasyaAllah. Semoga kita semua berpegang teguh kepada tali agama Allah. InsyaAllah.
1

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...