Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Ogos 17, 2010

Bila Tiada Baru Menyesal

1. Sudah menjadi lumrah manusia yang selalu lupa dan alpa pada diri sendiri inikan pula untuk mengingati kebaikan orang lain jauh sekali untuk membalas kebaikan tersebut walaupun dengan ucapan terima kasih.

2. kita seringkali di ingatkan agar sentiasa muhasabah diri kerana dengan cara itu kita akan terfikir dan berpeluang membaiki kesilapan yang mungkin tak pernah pun terlintas di benak fikiran.

3. Hubungan sesama munusia adalah sesuatu benda yang tidak akan terlepas daripada sesiapa pun kerana semua antara kita pasti melalui benda yang sama tidak kira pahit ataupun manis sesuatu hubungan tersebut. 4. Sebagai hamba allah yang selalu membuat kesilapan dan seringkali menyesal dengan perbuatan diri sendiri dilihat semua ini tiada kesudahan jika tidak ada usaha untuk memperbaiki kesalahan dan terus menerus dengan kelakuan sedemikian.

5. Kita sering terbayang dengan perasaan serba salah, kecewa dan sedih apabila ibubapa yang suatu ketika dahulunya banyak menasihati dan menyayangi diri kita tetapi kita balas dengan sesuatu yang mengecewakan mereka.

6. Kita sia-siakan kasih sayang kekasih yang sebelum ini banyak mengambil berat dan banyak memberi nasihat tetapi kerana ikutkan ego diri dan keras kepala kita relakan dia terluka.

Nuffnang Ads
7. Begitu juga dikalangan rakan-rakan, kita berkelahi dan cuba menegakkan pandangan kita sedaya mungkin dan akhirnya menjadi musuh yang tanpa diduga. 8. Tetapi bila tiada semua itu, baru terasa indahnya nasihat ibubapa, pentingnya hargai kekasih dan mulianya hati seorang teman. Benarlah kata orang tua-tua, bila sudah tiada menyesal pun tak berguna.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...