Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Ogos 31, 2010

AMARAN ALLAH: JANGAN KAMU DEKATI ZINA

AMARAN ALLAH: JANGAN KAMU DEKATI ZINA Tapi manusia engkar dengan melakukan segala perkara yang menjurus kepada situasi yang merangsang nafsu serakah: Contoh2: - ibu bapa tidak kesah anak gadisnya membonceng motor teman lelaki - ibu bapa jarang sekali mengingatkan anak remaja lelaki agar menjaga matanya dari melihat perkara2 yg haram, menjaga kemaluannya dari wanita yang haram buatnya. Berapa orang bapa atau guru yang duduk dengan seorang anak remaja lelaki dan mengongsikan pengalaman sibapa/guru dalam menguasai nafsu remaja lelaki yg biasanya membuak2 sehingga umur matang dua puluhan. -Berapa orang bapa/guru/ustaz yang mengingatkan lelaki bahawa setiap benihnya yg ditaburkan dan menjadi seorang manusia kecil adalah tanggung jawab dia dunia akhirat. Mungkin didunia siibu yg menderita dan terhukum tapi LELAKI tidak akan terlepas dari hukuman Allah. Manusia kecil yg terbit dari benih yg sesuka hati ditabur sana sini akan mengheret sibapa ke liang NERAKA Jahannam. - Media tiada tanggung jawab langsung dalam hal ini. Agaknya lagi lucah lagi menarik untuk dipertontonkan. - Pemerintah kurang peka dengan hubungkait hiburan melampau, tempat2 hiburan dan arak yg menyubur suasana kearah perzinaan. - Rakyat lagi tidak peka hingga terus2an pilih pemerintah diperingkat pusat yang mengabaikan tanggung jawab ini. Pemerintah yang gagal menanamkan pendidikan rohani dalam sistem pendidikan kebangsaan. Tanam lalang lalu tumbuhnya pasti lalang. Dr Lo'Lo' Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang semakin meningkat. Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar. Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid. Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang sedang melanda umat Islam sekarang ini. Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ? Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri. ************ ********* ********* ******** STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf. Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya. STATISTIK Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM. Pecahan mengikut negeri: Selangor = 12,836 orang Perak = 9,788 orang Kuala Lumpur = 9,439 orang Johor = 8,920 orang Sabah = 8,435 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Pahang = 3,677 orang Kedah = 3,496 orang Pulau Pinang = 3,412 orang Melaka = 2,707 orang Kelantan = 1730 orang Perlis = 691 orang Sarawak = 617 orang Terengganu = 574 orang JUMLAH = 70,430 orang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.pi7.ru/seks-sekrety/1713-eroticheskaya-igry-ty-on-i-ego-lyubimaya-kinozvezda.html ]Ревнуем друг друга с подругой [/url]
Девушки, может, кто вспомнит, как назывался фильм советского/российского тогда еще производства, снятый где-то в конце 80-х, начале 90-х годов. Там про некую квартиру, из коей все выходили на лестничную площадку, вроде как спускаясь, расчитывая выйти на улицу по разным делам, но буквально каждый день, не спустившись, поднимались каким-то образом и опять опять попадали в эту квартиру. Больше из сюжета ничего не помню. Это фантастика и сюр какой-то.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...