Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Julai 29, 2010

Airmata Tengku...

Airmata Tengku...

"Aku ceraikan kamu Tengku Amira dengan talak tiga!" suara Asmadi terketar-ketar. Dia tidak berganjak dari kerusi dan terus tunduk memandang lantai.
Di hujung meja, Tengku Amira juga tunduk. Air mata menitis. Walaupun dia yang meminta untuk di ceraikan, dia tidak menduga sama sekali suaminya akan menjatuhkan tiga talak sekali gus!
Tiada pergaduhan.
Tiada orang ketiga.
Kenapa?
Asmadi tahu jawapannya, dan jawapan itu lah yang membuat hati nya merajuk! Dia lebih sedih dan sayu memikirkan nasib anak-anak yang akan di tinggalkan seorang ibu, demi harta!
Harta yang dulunya mewah umpama kehidupan kerabat di Raja, tiba-tiba hilang di tiup angin perubahan udara politik negara. Asmadi telah di istiharkan sebagai se orang muflis. Dari rumah banglo mewah, mereka berpindah menyewa rumah teres di pinggir bandar.
Sebak Asmadi menuturkan kata-kata halal yang paling tidak di sukai Allah. Kesebakan menusuk kalbu bagai sembilu tajam dan halus. Puas dia memujuk Tengku Amira untuk bersabar melayari ombak kehidupan mereka yang tiba-tiba bergelombang bagai lautan Cina Selatan di musim tengkujuh. Namun, Tengku Amira yang mula-mula nya meminta, ahir2nya mendesak dan memaksa. Dua orang anak-anak mereka berusia tujuh dan sebelas tahun sering melarikan diri ke bilik mereka setiap kali mama dan abah mereka bertukar kata-kata mengenai masa depan rumah tangga yang terus bergoyang.
Elis, anak perempuan sebelas tahun, berbisik kepada adiknya Aris, "Adik jangan risau ye dik, kak Elis akan sentiasa bersama Aris!"
Aris menyembunyikan kepala di bawah bantal. Badan nya bergegar dengan sendu. "Kenapa mama dan abah selalu marah2. Apa salah kita?" Suara Aris di antara sendu.
Elis baring di sebelah Aris. Dia memeluk Aris yang memeluk nya kembali. Airmata Elis menitis ke bahu Aris. Dia berbisik, "Kita tak salah apa2. Mama ingin pergi jauh untuk bekerja. Abah akan bersama kita dan kak Elis tak akan tinggalkan Aris!"
"Kenapa mama tak sayang kita? Aris nak ikut mama!" Aris masih teresak-esak.
Tengku Amira mengadap Kaabah, menadah tangan. Airmata mencurah bagai hujan di dini hari, sejuk bagai embun membasahi pipinya. Wajah anak-anak kadang2nya tersenyum mengintai dari belakang pintu, sewaktu dia pulang dari kerja. Kadang2nya, wajah murung si Aris mengadap pinggan nasi, tanpa menjamah walaupun sebutir. Terbayang wajah Elis, bertelekung di sejadah memohon doa supaya mama dan abah terus bersama dan keluarga mereka kembali seperti dulu-dulu, bergembira dan bahagia! Tengku Amira menangis memohon keampunan dari Allah, keampunan dosa terhadap anak-anak yang tidak bersalah, sebaliknya anak-anak yang begitu mengharapkan kasih sayang dari mama yang berpaling tanpa menoleh ke belakang lagi.
"Pulanglah sayang, pulang lah walau pun sebentar. Anak-anak kita merindui mu!" begitulah sebaris ayat yang terpampang di FB status Asmadi. Sejenak selepas membaca ayat itulah Tengku Amira memohon cuti kecemasan dan datang melutut di depan Kaabah.
"Ya Allah, jika aku bersalah, maka aku memohon keampunan Mu. Jika ini yang terbaik untuk ku dan anak-anak ku, maka aku memohon Kamu berilah aku kekuatan menghadapi cabaran ini ya Allah" Tengku Amira mengulangi. Kedua tapak tangan menutupi wajahnya, air mata kuyup membasahi pipi, menitis ke telekong.
Ketika dia bangun, di rasai bahunya di cuit dari belakang. Tengku Amira menoleh, dan ingin segera berlalu tetapi orang yang ramai berpusu-pusu menghalang jalan keluar.
"Amira!" tegur wanita muda dengan senyuman menguntum. Wanita itu kemudian menyambung, "Saya Alina!"
"Alina?" Tengku Amira berbisik perlahan. Dia terasa seram sejuk. Wajah, suara, bentuk badan wanita itu saling tak tumpah seperti nya. Tengku Amira mengamati wajah itu, padangannya tertumpu ke bibir Alina. Di sudut kiri di bawah bibir Alina ada tahi lalat. "Astaghfirrullah, Ya Allah, adakah ini dugaan Mu juga Ya Allah!" Tahi lalat itu, sama seperti tahi lalat di muka nya sendiri!
"Saya ingin membantu, sila ikut saya!" Alina menghulur tangan memimpin Amira ke arah Bab Abdul Aziz.
"Siapa kamu?" tanya Tengku Amira. Suara nya perlahan tetapi tegas. Dia ketakutan bercampur keliru! Peluh dingin mula memercik di wajahnya.
Alina tidak menjawap sebaliknya terus memimpin Tengku Amira keluar dari Mesjidil Haram. Mereka melintasi hotel Hilton, terus berjalan menghala ke jalan di belakang hotel tersebut. Di tepi jalan ada limosin hitam bercermin gelap menunggu. Alina membuka pintu belakang dan meminta Tengku Amira memasuki. Sebaik Alina menyusul masuk dan menutup pintu, Limosin hitam menjalar menyusur jalan menghala ke arah Jeddah.
"Ke mana kamu membawa saya? Kenapa?" Suara Tengku Amira gugup.
Alina terus tersenyum, memandang jauh ke arah gunung2 batu batan membarisi di pengujung padang pasir gersang.
Limosin hitam berhenti di luar pagar tersergam, di kawal rapi oleh askar bersenjata. Sebaik melihat wajah Alina, pintu di buka, askar memberi tabik hormat.
"Ini lah tempat kamu! Ini istana, lambang segala kekayaan. Di sini semua nya ada, bag tangan berbagai jenama, barang kemas intan berlian, dan apa saja. Makan minum mu nanti di hantar ke kamar. Pakaian dari pereka fesyen terkenal dunia tersedia di kamar utama mu. Mandi mu nanti di siram bagai puteri raja - dan kamu lah puteri raja, walau pun suami mu itu sebenarnya akan bertukar-tukar mengikut siapa di antara putera2 raja di sini yang ber keinginan"
Tengku Amira terpinga-pinga!
Dia panik.
"Kenapa?" dia bertanya.
"Anak-anak kamu mendoakan supaya kamu memperolehi apa yang kamu hajati, supaya lekas kamu dapat pulang kepada mereka! Kamu sebenarnya terlalu inginkan kemewahan. Doa anak-anak mu telah di makbulkan!" Kata Alina tersenyum.
"Tetapi, tetapi.....tapi..."terketar-ketar suara Tengku Amira.
"Kamu bermaksud, tetapi anak-anak kamu juga mendoakan supaya kamu pulang? begitu?" Kata Alina, sambil tertawa sinis.
Tengku Amira mengangguk.
"Doa anak-anak kamu untuk kamu pulang juga telah di makbulkan! Aku akan ke sana, mengambil tempat mu. Kamu jangan risau, mereka akan berbahagia dan akan di sayangi seperti seorang ibu sepatutnya menyayangi!" Kata Alina, mata nya bercahaya dengan senyuman umpama senyuman seorang bidadari!
"Kamu jangan risau, kerana kamu juga akan bergembira, kerana inilah yang kamu inginkan sehingga kamu sanggup meninggalkan anak-anak mu!"
"Aku telah bertaubat!" Tengku Amira tersekat-sekat di dalam sedunya.
"Astaghhfirruulllahhh hal Adzimmmm Ya Allah ampuni lah dosa ku Y a Allah, sesungguhnya aku bertaubat, dan ingin pulang ke pangkuan anak-anak dan suami ku!"
Alina membiarkan Tengku Amira meratap. Senyumannya semakin manis, mewarnai suasana di istana itu.
"Mana mungkin kamu pulang kepada suamimu, dia telah pergi menemui Allah!" jawap Alina.
"Apa maksud mu?" pantas Tengku Amira bertanya.
"Asmadi seorang suami yang baik, penyabar, penyayang, dan sentiasa di dalam keimanan! Allah lebih menyayanginya. Dia pulang ke Rahmatullah seminggu lalu, mati di dalam tidur ketika memeluk kedua anak-anak mu!"
Tengku Amira meraung. Pintu limosin hitam masih tertutup rapat. "Elis, Aris, maafkan mama! apa jadi dengan anak anak aku?"
"Elis dan Aris selamat di dalam peliharan kami. Sesungguhnya kami sentiasa memelihara anak-anak yang tidak berdosa!" Jawap Alina, menjeling ke arah pemandu Limosin, se orang wanita berjubah putih. Baru ketika itulah Tengku Amira perasan yang pemandu itu seorang wanita. "Mana mungkin?" hatinya tertanya-tanya, "Mana mungkin wanita memandu, ini Saudi!"
Dia menangis lagi. Teresak-esak. Sendunya sayu. Tangisannya dari hati yang tiba-tiba merasai begitu kerdil dan menyesal.
"Kamu boleh keluar dari kereta sekarang, dan pergilah ke istana harta mu!" Alina membuka pintu Limosin hitam.
Tengku Amira melangkah keluar. Sinaran mentari hinggap ke pipinya, matanya berpinar. Dia cuba membuka matanya, tetapi cahaya matahari begitu menyilau pemandangan.
Sedikit demi sedikit, dia membuka matanya.
Dua wajah kanak-kanak tersenyum di kiri dan kanannya, memerhati.
Se orang mencium pipi kirinya. Se orang lagi mengucup pipi kanan nya.
"Tadi mama menangis!" Manja sekali suara Aris sambil memeluknya.
"Ya, mama menangis kuat tadi tau! Tu lah mama tidur siang lagi, kan dah bermimpi!" Kata Elis, sambil baring disisi Tengku Amira dan terus juga memeluknya.
"Asgtaghhhfirrulllah HalAdzim!" Tengku Amira mengucap panjang, memeluk Elis dan Aris.
"Mama sayang Aris, Mama sayang Elis!" airmata Tengku Amira mengalir sekali lagi, membasahi pipi. Tiba-tiba sayu hatinya mengingati Allayarham suaminya, Asmadi. Telah lima tahun suami nya pergi! Sejak itu, baru dua bulan ini sahaja dia tidak mengunjungi pusara suaminya setiap pagi Jumaat.
"Abang, Amira akan tunaikan janji kita kepada Allah untuk melakukan ibadah Haji bang! Ampuni lah Mira bang kerana terlalai!" Tengku Amira bangkit, menuju ke bilik air mengambil wuduk.
Azan Asar kedengaran dari Mesjid berdekatan!

1 ulasan:

nza berkata...

sedih la baca kisah nie.....hu.hu.hu

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...