Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Julai 31, 2010

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERPESAN:

-Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya -Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina -Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya -Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU 'ANHU BERPESAN: Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: -Hatinya selalu berniat suci -Lidahnya selalu basah dengan zikrullah -Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) -Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah -Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. ~ dan fahami "DARI MULUT TURUN KE HATI"
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

menyambut kepulangan org baru....

Jumaat, Julai 30, 2010

JATUH CINTA KERANA ALLAH ATAU NAFSU

  • Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
  • Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.
  • Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.
  • Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
  • Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
  • Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami
  • Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.
  • Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.
  • Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.
  • Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.
  • Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
  • Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.
  • Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.
  • Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
  • kepala.
  • Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.
  • Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.
  • Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.
  • Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
  • Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
  • Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
  • Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
  • Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.
  • Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.
  • Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
  • “Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”
  • Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.
  • Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”
  • Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.
  • Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”
  • Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

RAHSIA AYAT PENGASIH NABI YUSUF

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4
10:4
KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.
Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..." Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
20:39
"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39) Caranya:Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. * Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik.

Khamis, Julai 29, 2010

Cinta plastik perempuan penggoda

Di hati seorang isteri, apa yang sentiasa didoakan adalah untuk mengecap kebahagiaan rumah tangga hingga ke akhir hayat bersama suami tersayang.

Namun dugaan Allah tidak siapa tahu, ia akan datang tanpa diduga untuk menguji kesabaran seorang isteri dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Tujuan saya hanyalah untuk memberi amaran dan nasihat kepada kaum lelaki supaya tidak terpedaya dengan kecantikan, kelembutan yang ditonjolkan oleh sesetengah perempuan. Selamilah akhlak mereka sebelum terpedaya.”

Begitu amaran yang dikirim oleh Zara (bukan nama sebenar) kepada saya untuk dikongsi bersama pembaca setia minggu ini.

Kita ikuti kisah Zara untuk teladan bersama;”Saya seorang isteri dan ibu berusia awal 30-an. Telah berkahwin hampir 15 tahun. Rumah tangga saya bahagia sebelum ini tetapi hujung tahun lalu ia mula dilanda badai.

“Satu hari, suami pulang dengan keadaan marah dah kecewa. Saya menjadi amat hairan sebab dia mengamuk tanpa sebab.

“Berkali-kali ditanya, akhirnya dia mengalah dan menceritakan sesuatu yang membuat jantung saya bagaikan terhenti seketika. Rupanya ada rahsia yang dia sembunyikan daripada saya.

“Dia marah sebab teman wanitanya yang berasal dari Pantai Timur menjalin hubungan istimewa dengan lelaki lain. Lelaki itu juga kekasih orang.

“Semuanya bermula ketika suami bekerja satu pejabat dengan perempuan itu di sebuah syarikat automotif terkenal di Shah Alam. Setelah mengetahui hubungan mereka saya telah bersemuka dengan perempuan itu. Ketika itu saya sedang sarat mengandung.

“Saya berjumpa dengannya kerana dia adalah tunangan orang dan bercinta pula dengan suami orang. Saya sangka dia akan berubah dan malu dengan saya tetapi tidak… dia semakin galak mahu hubungan mereka diteruskan. Di hadapan saya dia merayu-rayu suami saya supaya jangan tinggalkan dia.

“Tidak cukup dengan itu dia juga mengirim SMS kepada saya meminta supaya membenarkan dia menjadi madu saya, tetapi saya tidak layan.

“Dalam keadaan penuh kecewa saya mengumpul kekuatan, memohon petunjuk daripada Yang Esa dan mendapatkan nasihat daripada motivator, ustaz-ustaz, ibu bapa, sahabat-sahabat dan melalui pembacaan buku-buku motivasi dan membaca al-Quran.

“Sebagai usaha terakhir suami saya telah bertemu dengan teman lelaki baru perempuan itu dan bercakap dari hati ke hati dengan dia sebagai lelaki.

“Daripada pertemuan ini, barulah mereka tahu yang perempuan yang mereka cintai itu telah menipu mereka. Padan muka mereka!

“Malang menimpa perempuan itu apabila bapanya meninggal dunia pada hari terakhir Ramadan. Di dalam keadaan berkabung , ibunya telah menelefon dan memarahi saya dan meminta saya supaya jangan mengganggu anaknya.

“Dia marah kerana saya menghalang cinta anaknya dengan suami saya. Adakah kerana dia sendiri telah bermadu, dia harus menggalakkan anaknya mengikut jejak langkahnya ?

“Ibunya telah mengetahui yang anaknya berkawan dengan suami saya dan teman lelaki barunya secara serentak tetapi kenapa tidak ditegah dari awal-awal lagi. Atau adakah ibunya memang menggalakkan anaknya menjadi perampas suami dan kekasih orang?

“Tindakan si ibu seolah-olah tidak melihat perjalanan hidup anaknya yang tidak menentu – bertunang selama 8 tahun dan kecundang dalam hidupnya. Jenis ibu apakah yang merestui semua ini?

“Setelah disiasat akhirnya baru saya dapat tahu rupanya memang perempuan ini memang makhluk perosak, hobinya bercinta dengan suami orang!

“Sepatutnya dia perlu berfikir panjang dan matang dalam menyelesaikan masalah ini dan memberitahu ibunya yang dia berkawan dengan suami orang.

“Bukan dengan cara mementingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan akibatnya. Kenapa dia tidak bersetuju apabila suami saya hendak memutuskan perhubungan mereka secara baik suatu ketika dulu?

“Yang dia tahu hanyalah memujuk rayu untuk menyambung kembali hubungan dengan suami saya dan apabila berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dia terus melayannya. Apabila diberitahu lelaki itu telah ada kekasih dia akan menangis.

“Air mata sinonim dengan perempuan plastik ini. Mungkin disebabkan air matanya juga, ibunya telah memilih untuk memarahi dan menghina saya tanpa menyiasat latar belakang dan perangai buruk anak perempuannya terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepada suami saya yang mana benar dan yang mana salah sebelum dia tersesat jauh.

“Saya bersyukur kerana kini dia telah kembali ke pangkal jalan. Tapi itu tidak bermakna saya akan menerimanya sepenuh hati seperti pada mula-mula dulu.

“Walaupun tiada kepercayaan lagi terhadap suami, saya hanya mampu berdoa semoga cinta akan kembali berputik di hati kami demi masa depan rumah tangga dan kehidupan anak-anak.

“Semoga pengalaman saya dapat memberi iktibar kepada para isteri supaya sentiasa melakukan yang terbaik untuk keluarga.

“Dan yang paling penting, jadilah ibu yang baik untuk anak-anak gadis anda agar mereka tidak terjebak dalam kehidupan kotor seperti gadis plastik yang hadir dalam hidup saya,” kata Zara.

Itulah tabiat kebanyakan lelaki! Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Bak pepatah, tiada beban batu pula yang hendak digalas. Bukankah baik jika tumpuan seratus peratus diberikan kepada isteri dan anak-anak yang sedia ada?

Kemampuan? Semua orang boleh mengaku ada kemampuan tetapi sejauh mana kemampuan dan tanggungjawab itu boleh dilaksanakan juga perlu diambil kira. Bukan seperti bertukar pakaian, kotor basuh sudah jemu ditolak ke tepi.

Insan yang bernama wanita, isteri dan ibu bukan barang mainan, bukan juga untuk dijual beli. Oleh itu wahai kaum Adam dan suami, hargailah isteri anda. Jika sepuluh pun wanita yang anda temui dan boleh membahagiakan anda, ia hanya bersifat sementara kerana yang pertama itu adalah yang terbaik anugerah Allah S.W.T kepada anda. Di situlah kebahagiaan abadi sebenarnya!.

Salam

~ Utusan

KISAH CINTA SEORANG SUAMI

Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ......... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun. Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian. Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian. Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur. Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah. Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya. Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu." Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ......... "Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ..... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu. Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya. "Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..." Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ? Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ? Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu... Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno... Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa? Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru... Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur... Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik... Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya. Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

SUAMI YANG PANAS BARAN

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak subuh lagi.

Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB.

Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata, Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!! Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar tol lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba -tiba si suami memanggilnya semula.

Suami : Nak pergi mana? Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi! Suami:Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu! Isteri : ???? @#%$*!?>/&$( %#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>

Airmata Tengku...

Airmata Tengku...

"Aku ceraikan kamu Tengku Amira dengan talak tiga!" suara Asmadi terketar-ketar. Dia tidak berganjak dari kerusi dan terus tunduk memandang lantai.
Di hujung meja, Tengku Amira juga tunduk. Air mata menitis. Walaupun dia yang meminta untuk di ceraikan, dia tidak menduga sama sekali suaminya akan menjatuhkan tiga talak sekali gus!
Tiada pergaduhan.
Tiada orang ketiga.
Kenapa?
Asmadi tahu jawapannya, dan jawapan itu lah yang membuat hati nya merajuk! Dia lebih sedih dan sayu memikirkan nasib anak-anak yang akan di tinggalkan seorang ibu, demi harta!
Harta yang dulunya mewah umpama kehidupan kerabat di Raja, tiba-tiba hilang di tiup angin perubahan udara politik negara. Asmadi telah di istiharkan sebagai se orang muflis. Dari rumah banglo mewah, mereka berpindah menyewa rumah teres di pinggir bandar.
Sebak Asmadi menuturkan kata-kata halal yang paling tidak di sukai Allah. Kesebakan menusuk kalbu bagai sembilu tajam dan halus. Puas dia memujuk Tengku Amira untuk bersabar melayari ombak kehidupan mereka yang tiba-tiba bergelombang bagai lautan Cina Selatan di musim tengkujuh. Namun, Tengku Amira yang mula-mula nya meminta, ahir2nya mendesak dan memaksa. Dua orang anak-anak mereka berusia tujuh dan sebelas tahun sering melarikan diri ke bilik mereka setiap kali mama dan abah mereka bertukar kata-kata mengenai masa depan rumah tangga yang terus bergoyang.
Elis, anak perempuan sebelas tahun, berbisik kepada adiknya Aris, "Adik jangan risau ye dik, kak Elis akan sentiasa bersama Aris!"
Aris menyembunyikan kepala di bawah bantal. Badan nya bergegar dengan sendu. "Kenapa mama dan abah selalu marah2. Apa salah kita?" Suara Aris di antara sendu.
Elis baring di sebelah Aris. Dia memeluk Aris yang memeluk nya kembali. Airmata Elis menitis ke bahu Aris. Dia berbisik, "Kita tak salah apa2. Mama ingin pergi jauh untuk bekerja. Abah akan bersama kita dan kak Elis tak akan tinggalkan Aris!"
"Kenapa mama tak sayang kita? Aris nak ikut mama!" Aris masih teresak-esak.
Tengku Amira mengadap Kaabah, menadah tangan. Airmata mencurah bagai hujan di dini hari, sejuk bagai embun membasahi pipinya. Wajah anak-anak kadang2nya tersenyum mengintai dari belakang pintu, sewaktu dia pulang dari kerja. Kadang2nya, wajah murung si Aris mengadap pinggan nasi, tanpa menjamah walaupun sebutir. Terbayang wajah Elis, bertelekung di sejadah memohon doa supaya mama dan abah terus bersama dan keluarga mereka kembali seperti dulu-dulu, bergembira dan bahagia! Tengku Amira menangis memohon keampunan dari Allah, keampunan dosa terhadap anak-anak yang tidak bersalah, sebaliknya anak-anak yang begitu mengharapkan kasih sayang dari mama yang berpaling tanpa menoleh ke belakang lagi.
"Pulanglah sayang, pulang lah walau pun sebentar. Anak-anak kita merindui mu!" begitulah sebaris ayat yang terpampang di FB status Asmadi. Sejenak selepas membaca ayat itulah Tengku Amira memohon cuti kecemasan dan datang melutut di depan Kaabah.
"Ya Allah, jika aku bersalah, maka aku memohon keampunan Mu. Jika ini yang terbaik untuk ku dan anak-anak ku, maka aku memohon Kamu berilah aku kekuatan menghadapi cabaran ini ya Allah" Tengku Amira mengulangi. Kedua tapak tangan menutupi wajahnya, air mata kuyup membasahi pipi, menitis ke telekong.
Ketika dia bangun, di rasai bahunya di cuit dari belakang. Tengku Amira menoleh, dan ingin segera berlalu tetapi orang yang ramai berpusu-pusu menghalang jalan keluar.
"Amira!" tegur wanita muda dengan senyuman menguntum. Wanita itu kemudian menyambung, "Saya Alina!"
"Alina?" Tengku Amira berbisik perlahan. Dia terasa seram sejuk. Wajah, suara, bentuk badan wanita itu saling tak tumpah seperti nya. Tengku Amira mengamati wajah itu, padangannya tertumpu ke bibir Alina. Di sudut kiri di bawah bibir Alina ada tahi lalat. "Astaghfirrullah, Ya Allah, adakah ini dugaan Mu juga Ya Allah!" Tahi lalat itu, sama seperti tahi lalat di muka nya sendiri!
"Saya ingin membantu, sila ikut saya!" Alina menghulur tangan memimpin Amira ke arah Bab Abdul Aziz.
"Siapa kamu?" tanya Tengku Amira. Suara nya perlahan tetapi tegas. Dia ketakutan bercampur keliru! Peluh dingin mula memercik di wajahnya.
Alina tidak menjawap sebaliknya terus memimpin Tengku Amira keluar dari Mesjidil Haram. Mereka melintasi hotel Hilton, terus berjalan menghala ke jalan di belakang hotel tersebut. Di tepi jalan ada limosin hitam bercermin gelap menunggu. Alina membuka pintu belakang dan meminta Tengku Amira memasuki. Sebaik Alina menyusul masuk dan menutup pintu, Limosin hitam menjalar menyusur jalan menghala ke arah Jeddah.
"Ke mana kamu membawa saya? Kenapa?" Suara Tengku Amira gugup.
Alina terus tersenyum, memandang jauh ke arah gunung2 batu batan membarisi di pengujung padang pasir gersang.
Limosin hitam berhenti di luar pagar tersergam, di kawal rapi oleh askar bersenjata. Sebaik melihat wajah Alina, pintu di buka, askar memberi tabik hormat.
"Ini lah tempat kamu! Ini istana, lambang segala kekayaan. Di sini semua nya ada, bag tangan berbagai jenama, barang kemas intan berlian, dan apa saja. Makan minum mu nanti di hantar ke kamar. Pakaian dari pereka fesyen terkenal dunia tersedia di kamar utama mu. Mandi mu nanti di siram bagai puteri raja - dan kamu lah puteri raja, walau pun suami mu itu sebenarnya akan bertukar-tukar mengikut siapa di antara putera2 raja di sini yang ber keinginan"
Tengku Amira terpinga-pinga!
Dia panik.
"Kenapa?" dia bertanya.
"Anak-anak kamu mendoakan supaya kamu memperolehi apa yang kamu hajati, supaya lekas kamu dapat pulang kepada mereka! Kamu sebenarnya terlalu inginkan kemewahan. Doa anak-anak mu telah di makbulkan!" Kata Alina tersenyum.
"Tetapi, tetapi.....tapi..."terketar-ketar suara Tengku Amira.
"Kamu bermaksud, tetapi anak-anak kamu juga mendoakan supaya kamu pulang? begitu?" Kata Alina, sambil tertawa sinis.
Tengku Amira mengangguk.
"Doa anak-anak kamu untuk kamu pulang juga telah di makbulkan! Aku akan ke sana, mengambil tempat mu. Kamu jangan risau, mereka akan berbahagia dan akan di sayangi seperti seorang ibu sepatutnya menyayangi!" Kata Alina, mata nya bercahaya dengan senyuman umpama senyuman seorang bidadari!
"Kamu jangan risau, kerana kamu juga akan bergembira, kerana inilah yang kamu inginkan sehingga kamu sanggup meninggalkan anak-anak mu!"
"Aku telah bertaubat!" Tengku Amira tersekat-sekat di dalam sedunya.
"Astaghhfirruulllahhh hal Adzimmmm Ya Allah ampuni lah dosa ku Y a Allah, sesungguhnya aku bertaubat, dan ingin pulang ke pangkuan anak-anak dan suami ku!"
Alina membiarkan Tengku Amira meratap. Senyumannya semakin manis, mewarnai suasana di istana itu.
"Mana mungkin kamu pulang kepada suamimu, dia telah pergi menemui Allah!" jawap Alina.
"Apa maksud mu?" pantas Tengku Amira bertanya.
"Asmadi seorang suami yang baik, penyabar, penyayang, dan sentiasa di dalam keimanan! Allah lebih menyayanginya. Dia pulang ke Rahmatullah seminggu lalu, mati di dalam tidur ketika memeluk kedua anak-anak mu!"
Tengku Amira meraung. Pintu limosin hitam masih tertutup rapat. "Elis, Aris, maafkan mama! apa jadi dengan anak anak aku?"
"Elis dan Aris selamat di dalam peliharan kami. Sesungguhnya kami sentiasa memelihara anak-anak yang tidak berdosa!" Jawap Alina, menjeling ke arah pemandu Limosin, se orang wanita berjubah putih. Baru ketika itulah Tengku Amira perasan yang pemandu itu seorang wanita. "Mana mungkin?" hatinya tertanya-tanya, "Mana mungkin wanita memandu, ini Saudi!"
Dia menangis lagi. Teresak-esak. Sendunya sayu. Tangisannya dari hati yang tiba-tiba merasai begitu kerdil dan menyesal.
"Kamu boleh keluar dari kereta sekarang, dan pergilah ke istana harta mu!" Alina membuka pintu Limosin hitam.
Tengku Amira melangkah keluar. Sinaran mentari hinggap ke pipinya, matanya berpinar. Dia cuba membuka matanya, tetapi cahaya matahari begitu menyilau pemandangan.
Sedikit demi sedikit, dia membuka matanya.
Dua wajah kanak-kanak tersenyum di kiri dan kanannya, memerhati.
Se orang mencium pipi kirinya. Se orang lagi mengucup pipi kanan nya.
"Tadi mama menangis!" Manja sekali suara Aris sambil memeluknya.
"Ya, mama menangis kuat tadi tau! Tu lah mama tidur siang lagi, kan dah bermimpi!" Kata Elis, sambil baring disisi Tengku Amira dan terus juga memeluknya.
"Asgtaghhhfirrulllah HalAdzim!" Tengku Amira mengucap panjang, memeluk Elis dan Aris.
"Mama sayang Aris, Mama sayang Elis!" airmata Tengku Amira mengalir sekali lagi, membasahi pipi. Tiba-tiba sayu hatinya mengingati Allayarham suaminya, Asmadi. Telah lima tahun suami nya pergi! Sejak itu, baru dua bulan ini sahaja dia tidak mengunjungi pusara suaminya setiap pagi Jumaat.
"Abang, Amira akan tunaikan janji kita kepada Allah untuk melakukan ibadah Haji bang! Ampuni lah Mira bang kerana terlalai!" Tengku Amira bangkit, menuju ke bilik air mengambil wuduk.
Azan Asar kedengaran dari Mesjid berdekatan!

Khasiat Ayat Kursi

Ayat Kursi.jpg

Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Rabu, Julai 28, 2010

Pantang Larang Berkaitan Makan

Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua psl makan...

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan: 1. Makan mencangkung payah dapat rezeki. 2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh. 3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning. 4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah. 5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding. 6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil. 7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing. 8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu. 9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar. 10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua. 11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut. 12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh. 13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki. 14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

MENANGIS YANG DITUNTUT SYARIAT


Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak. Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat.Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha.Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang total...jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah."(Riwayat Attirmizi).

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...