Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Jun 29, 2010

Ya Tuhan!

dr SUMBER MINGGUAN WANITA

Suami Curang Bila Duduk Berjauhan

TUNTUTAN KERJAYA ADA KALANYA MEMAKSA PASANGAN HIDUP BERJAUHAN. SUAMI DI UTARA DAN PULA ISTERI DI SELATAN. ANDAI PASANGAN JUJUR MELAYARI BAHTERA RUMAH TANGGA, SUDAH TENTU BADAI TIDAK AKAN MELANDA. NAMUN JIKA SUAMI ATAU ISTERI MULA BERPALING ATAU CURANG, SUDAH PASTI RUMAH TANGGA AKAN MENJADI KACAU BILAU. MINGGU INI, KITA BERKONGSI LUAHAN HATI SEORANG ISTERI TENTANG SUAMINYA YANG BERMAIN “KAYU TIGA. SEMOGA KISAHNYA MENJADI IKTIBAR KEPADA ISTERI LAIN YANG MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA.

Mungkin kisah saya tidak sama seperti orang lain tetapi permasalahan yang timbul membuatkan emosi saya sangat terganggu. Masalah rumah tangga kami bermula apabila suami mendapat kerja di Kuala Lumpur. Hujung minggu biasanya suami akan balik ke rumah namun pulangnya hanya sekejap malah ada kalanya seperti tidak masuk akal. Duduk hanya setengah jam dan kemudian dia bergegas ingin pulang semula ke Kuala Lumpur.

Pada bulan puasa yang lalu hanya dua kali dia berbuka bersama kami anak beranak dan selebihnya di luar. Sebagai isteri, saya tertanya-tanya tentang perubahan sikap suami namun tiada jawapan sehinggalah anak bongsu yang kerap bermain dengan telefon bimbitnya terjumpa mesej antara suami dan wanita lain. Dia memberitahu anak-anak yang lain dan merahsiakannya dari saya. Namun ada juga anak-anak yang memberitahu saya tetapi saya pula tidak percaya. Pernah saya meminta izin untuk datang ke rumahnya di Kuala Lumpur namun suami menghalang. Pelbagai alasan diberikan namun naluri isteri biasanya sangat tepat. Ketika jam menginjak dua pagi, saya mengajak anak untuk datang ke rumah suami.

Sampainya di sana saya melihat suami baru saja balik dan membuka pintu pagar untuk masuk ke dalam rumah. Di dalam kereta, ada seorang wanita bersamanya. Ketika anak menyerbu masuk ke rumah, suami sangat tergamam. Ketika saya bertanyakan siapa perempuan bersamanya, suami mengakui hanya sebagai kawan. Kawan apa namanya kalau sudah lewat malam begini dan sudah tentu ia boleh mengundang pelbagai persepsi negatif kepada saya dan juga jiran-jiran yang memandang.

Saya menyoal wanita tersebut dengan pelbagai pertanyaan, namun dia hanya mendiamkan diri. Saya langsung tidak memukulnya atau memaki hamun wanita tersebut sekali pun mereka telah terperangkap di depan mata. Saya pula bagaikan telah diperbodohkan. Kata suami jika saya bising-bising, wanita itu akan meninggalkan dirinya. Saya kemudiannya melayan baik wanita itu, berbual bersama dan barulah saya tahu bahawa mereka telah menjalin hubungan selama tiga tahun. Wanita itu berusia 24 tahun manakala suami pula sudah lebih 50-an, sudah punya anak dan cucu yang ramai.

Selama tiga tahun mereka bersama, suamilah yang menanggung segala-galanya termasuk pengajiannya di universiti. Patutlah selama ini gajinya tidak pernah cukup untuk anak-anak dan saya. Saya sanggup bergadai untuk mendapatkan wang sedangkan wang miliknya diberi kepada perempuan tersebut. Saya telah berbincang secara baik dan dia bersetuju untuk tinggalkan suami saya dan tidak akan mengganggu rumah tangga kami lagi.

Saya ingatkan semuanya sudah reda namun sekali lagi terserempak bila mereka keluar berdua. Pada masa itu, timbul rasa marah dan ingin memukul wanita tersebut tetapi ternyata suami lebih sayangkannya. Suami sanggup memukul dan melanggar kereta saya demi wanita itu. Saya yang tidak tahan dengan sikapnya, bertindak berpindah ke rumahnya di Kuala Lumpur. Bermacam dugaan termasuklah dipukul dan diceraikan kerana wanita tersebut.

Saya hanya mendiamkan diri saja kerana mahu menjaga hatinya. Memang saya sudah berusia tetapi wanita itu tidaklah secantik mana. Anak-anak telah mendapatkan alamat rumah keluarga wanita itu dan kami pernah ke sana bersama anak dan bercerita apa yang berlaku. Ternyata keluarga wanita itu langsung tidak tahu menahu tentang perkara ini kerana beranggapan anak mereka baik. Apa yang mengecewakan saya, mereka seolah-olah tidak mengambil berat akan apa yang berlaku dan tidak mahu menyelesaikan masalah yang timbul. Sehingga kini, saya masih di belenggu masalah ini kerana wanita itu tidak mahu melepaskan suami saya.

Hampir setahun masalah ini berlanjutan. Suami masih tidak berubah dan wanita itu masih tidak mahu melepaskan suami saya juga. Saya sudah tidak tahu apa yang mahu dilakukan lagi. Ada yang menyuruh saya membuat laporan di mahkamah syariah tetapi saya tidak mahu memperbesarkan hal ini kerana sayangkan rumah tangga kami. Apa yang membuatkan hati saya kecewa, suami masih menipu tentang hal ini. Bantulah saya.

Selanjutnya di dalam majalah MINGGUAN WANITA minggu ini.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...