Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Jun 19, 2010

tentang mimpi

boleh x bg pendapat secara rawak shj tentang perkara mimpi berulang ini?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan :
Mimpi ini merupakan satu juzuk daripada tidur. Sekiranya kita berjaga, tidaklah gambaran2 itu dikatakan sebagai mimpi. Ia akan dikatakan angan2 atau halusinasi.
Walaubagaimanapun, dalam Islam, memang ada menceritakan tentang mimpi ini. Antara ulamak yg terkenal dalam penafsiran mimpi ini adalah ibn Sirin. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan bahawa semua mimpi itu mempunyai alamat tertentu, sebagaimana tidaklah juga boleh dikatakan bahawa semua mimpi itu tidak boleh dijadikan tanda atau alamat.
Mimpi ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya mimpi yg menggembirakan, mimpi yang samar2, mimpi perkara2 yg buruk, mimpi disebabkan keinginan yg kuat dsb.
Mimpi yang baik dan menggembirakan itu datangnya daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk itu datangnya daripada syaitan. Disebutkan dalam hadis yg diriwayatkan oleh Abu Qatadah r.anhu bahawa Nabi s.a.w. bersabda "Mimpi yang baik yang menjadi kenyataan itu datangnya daripada Allah dan mimpi yang buruk itu datangnya daripada syaitan. Jadi sesiapa yang mendapat mimpi yang buruk, maka hendaklah dia meminta perlindungan daripada Allah daripada gangguan syaitan dan meludah ke kirinya agar mimpi buruk itu tidak mengganggunya" (HR al-Bukhari)
Berkenaan dengan mimpi yg saudari nyatakan, saya tidak pasti sama ada ianya mimpi baik atau mimpi yg buruk. Cuma, berdasarkan pengalaman orang dulu2, mimpi ini biasanya terbalik (bagi yg mengingati dengan jelas mimpi itu dan ia menjadi kenyataan, tetapi terbalik daripada yg ada dalam mimpi). Namun, jika ianya mimpi yg baik (contohnya bermimpi menerima lamaran seorang lelaki dan keesokannya, datang rombongan meminang daripada lelaki yg di dalam mimpi itu) maka ianya merupakan petanda daripada Allah. Namun, kita takkan mengetahuinya sehinggalah ianya telah menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...