Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Jun 23, 2010

Seksologi

  • Mingguan Wanita
  • 5 Petanda Masalah Seks
  • MASALAH SEKS SEBENARNYA BUKAN HANYA BERKAITAN DENGAN EJAKULASI AWAL, DISFUNGSI EREKSI HILANG NAFSU, VAGINIMUS ATAU PUN DISPERAUNIA. IA JUGA BOLEH MELIBATKAN ASPEK PSIKOLOGI YANG KADANG-KADANG TIDAK DISEDARI LANGSUNG OLEH PASANGAN SUAMI ISTERI.
  • Malah ada yang masih tidak mengetahuinya walaupun sudah sampai ke peringkat serius. Pasangan suami isteri yang dalam situasi ini sangat perlu disedarkan sebelum terlewat. Berikut adalah lima tanda yang memberi erti bahawa hubungan seks anda dan pasangan mempunyai masalah dan perlu ditangani segera.
  • 1. Kerap bertengkar tentang masalah seks
  • Selalukah anda bertengkar dengan pasangan anda tentang bagaimana melakukan hubungan seks? Atau selalunya anda berasa tidak selesa dan bertengkar tentang di mana mahu melakukan hubungan seks atau apa saja apa yang bersangkutan dengan hubungan seks. Sekiranya pertengkaran ini selalu dihadapi oleh anda dan pasangan makahati-hatilah.
  • 2. Menghindari seks
  • Perhatikan kekerapan anda melakukan hubungan seks. Sekiranya anda makin kurang ataupun enggan melakukannya meskipun terasa ghairah maka ini adalah petanda anda mungkin punya masalah dengan seks. Sebaiknya carilah jalan penyelesaian.
  • 3. Selalu kecewa di ranjang
  • Adakah anda jarang sekali merasakan orgasma dan tidak mencapai puncak kenikmatan seksual? Kerapkah anda menghadapi kekecewaan ini bersama pasangan ada? Sekiranya jawapan anda ya, anda perlu merujuk kepada orang yang pakar untuk jalan penyelesaian terbaik.
  • 4. Tidak mampu berbicara
  • Komunikasi antara suami isteri cukup penting, termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan hubungan intim. Jika anda tidak mampu membicarakannya bila berhadapan dengan masalah yang berkaitan dengan seks maka bantuan sangat diperlukan. Ia penting sebelum ia menjadi masalah besar dalam rumah tangga anda. Komunikasi itu penting, apalagi soal seks.
  • 5. Hubungan seks bukan dengan pasangan
  • Adakah anda mencari kepuasan seksual dengan orang selain daripada suami dan isteri anda. Sekiranya jawapan anda ya, maka hubungan seks anda memang punya masalah. Mungkin daripada diri anda sendiri mahupun pasangan anda.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...