Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Jun 12, 2010

Kesabaran Yang Cantik

“Agak-agak sabar tu ada limit tak?” akh Imran bertanya.

Masing-masing saling bertukar pandangan.

“Antum semua faham kan soalannya? Kiranya, agak-agak, sabar tu ada limit dia ke tak? Kalau ada, apa limit dia?”

Saya mengalihkan pandangan ke arah Bazli di sebelah. Dia mengangkat-angkat kening seolah-olah berkata;

“Psst. Camne? Sabar tu ada limit ke tak?”

Saya terhenti seketika. Berfikir.

(mengenangkan da’wah para anbiya’ yang diuji dengan segala macam dugaan, namun mereka tetap bersabar sehingga ke detik-detik akhir hayatnya…)

Dengan muka confident yang amat, saya terus menjawab dengan nada yang amat perlahan kepadanya;

“Kalau ada limit, limit sabar tu sampai mati lah!”

“Hish! Bahaya bai sabar sampai mati!” Bazli tersentak dengan jawapan yang saya berikan. Saya terus tak menahan keletah tengok responnya yang sedemikian rupa.

“Hahaha. Betul lah. Limit sabar tu sampai mati. Serius..” saya terus-terusan meng-affirm-kan jawapan yang diberikan. Yaqin (kononnya. hu hu).

Pada masa yang sama, soalan itu terus ditanyakan. Masing-masing masih mendiam. (Berfikir). Saya dan Bazli dah tergelak-gelak kat tepi tu.

Tunggu, punya tunggu still tak ada jawapan, akh Imran menjawab;

“Limit sabar tu sampai datang urusan Allah.”

Saya terkesima sebentar.(memikirkan kebenarannya, me-reflek nas-nas qur’an dan hadis serta seerah nabi untuk meng-shohih-kan jawapannya)

“HAAAAA. Betullah.. Limit sabar tu sampai datangnya urusan Allah.” saya berbisik sendirian sambil tersenyum.

Maka, saya pun jadi happy sebab in a way, gundah-gulana saya selama ini seolahautomatically terubat.

“Dalam kita ‘sabar’ dan ‘menahan sabar’, satu ketika nanti, Allah pasti, Allah pasti akan datangkan bantuanNya.”

Yaqinlah saya bahawa sabar itu bukan sekadar sabar, tetapi sebahagiannya daripada kesabaran itu datangnya daripada yaqinnya kita akan Allah.

Yaqinlah saya bahawa dengan keyaqinan kita itu, inshaAllah sabar itu akan menjadi sabar yang jameela;

“Fasbir sobron jameela”

“Maka, bersabarlah dengan kesabaran yang baik.”

(Maarij 70:5)

1 ulasan:

nza berkata...

trkdg kesabaran kita truji juga....

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...