Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Jun 23, 2010

Ibu Mertuaku

  • citer dr petikan laman web
  • Emak mertua telah menjemput anak menantunya dari kediaman untuk di bawak berjalan-jalan ke rumah sanak-saudara. Sungguh comel aktiviti tersebut. Emak mertua saya energetic orangnya. Seorang pemandu yang masih hebat. Seorang emak yang comel sekali dan suka bercerita. Eh bercakap pasal comel, patutlah suami saya pon comel sekali sebab emak dia comel. Bini pon comel juga tumpang sekaki tak nak kalah macam biasa. HAHA. Jangan biarkan Chika tergelincir kang entry neh intro lain ending lain.
  • Emak mertua cakap, sanak-saudara telah mentuduh emak menyembunyikan menantu. Bukan emak mertua sahaja dituduh sedemikian rupa. Emak saya juga dituduh atas tuduhan yang sama. Err. Itulah siapa suruh sehari lepas majlis terus fly jauh meninggalkan tanah air.
  • Untuk memendekkan cerita, saya telah dibawa ke beberapa buah rumah. Dimulai dengan kediaman kenalan emak mertua saya di Keramat.Kemudiannya ke rumah Mak Long di Setiawangsa dan akhirnya keGombak. Bertemu emak saudara di sebelah arwah bapa mertua saya.
  • Menyeronokkan sekali. Tak percaya telah melalui fasa ini dalam kehidupan yang belum lanjut ini. Eceh. Jumpa saudara mara dan diperkenalkan sebagai seorang menantu merupakan satu pengalaman yang berharga. Namun demikian, menerima pertanyaan ‘Hizwani tak balik sama?’ sungguh menikam kalbu &^%#$* Well, what to do. My husband has nothing to do with Malaysia T______T Kejap. Mana aku dapat idea membuat statement My husband has nothing to do with Malaysia neh?Aik?
  • Saya tidak tahu bagaimanakah sepatutnya hubungan mertua dengan menantu. Sebab tiada garis panduan dalam membentuk hubungan antara mertua dan menantu. Ia bergantung kepada keadaan. Atau lebih thrill, ia bergantung kepada nasib.
  • Mungkin anda beruntung sebab emak mertua melayan anda bagaikan Tuan Puteri. Datang rumah emak mertua basuh tangan sahaja takyah basuh pinggan. HAHA. Mungkin juga anda bertuah sebab emak mertua anda tidak peduli kalau anda terbaring tergolek di ruang tamu dari jam 10 pagi sampai jam 5 petang. Pastu kejap lagi emak mertua datang bawak pencuci mulut. Itu kalau bernasib baiklah dapat emak mertua penyayang tiada tandingan lagi.
  • Kalau dapat emak mertua yang bukan sahaja tidak ingin menghidangkan pencuci mulut, malah anda yang dicuci berkali-kali sehari, tak boleh duduk menonton tv kang kena lastik, atau lebih dahsyat, rumahtangga anda dikuasai emak mertua. Cukup pedih hakikat tersebut NAMUN jangan sesekali bertindak luarbiasa ke atas emak mertua tersebut.
  • Emak mertua adalah emak kepada suami kita. Eh apsal kau nak derhaka dengan wanita yang melahirkan suami kau? Cannot cannot. Bagi saya, kisah emak mertua garang adalah kisah biasa dalam masyarakat. Konflik emak mertua dengan anak menantu (terutamanya menantu perempuan) adalah satu perkara umum yang bukan aneh lagi. Takyah nak pelik sangat kalau emak mertua tak suka anak menantu. Atau kalau anak menantu tak selesa dengan emak mertua dia. Takyah pelik takyah.
  • Malah kejadian ini berlaku ke atas emak saya sendiri dulu. Arwah nenek saya err… garang. Bukan garang macam garang-garang manja. Memang garang secara betul. Anak menantu jangan harap nak duduk menonton Cerekarama sambil menghirup minuman panas di depan TV. Jangan harap boleh bangun lambat pastu basuh tangan, makan. Tapi saya kagum dengan emak saya sebab sangat mentaati emak mertuanya yang garang tersebut. Atau dalam kata lain, arwah nenek saya.
  • Bagi saya, peranan suami penting. Kalau suami pon kaki derhaka suka lawan cakap emak dia, tak mustahil isteri pon tumpang sekaki jadi derhaka sama. Tapi cuba kalau suami jenis yang mentaati emak dia. Langsung tak berani angkat muka. Seperti bapa saya contohnya. Sumpah tak berani langsung angkat muka dengan arwah emak beliau. Kalau arwah nenek saya marah-marahkan emak saya pon, bapa saya boleh diam langsung tak pergi jadi Hero tarik emak balik rumah pastu boikot emak sendiri ke apa. Itu koleksi Drama Melayu nama dia. Bapa saya sebaliknya diam tak berbunyi apa. Balik rumah nanti, barulah dia cakap dekat emak saya ; Sabar je. Nanti lama-lama dia suka.
  • BENAR SEKALI.
  • Lama-kelamaan, emak saya menjadi menantu terbaik dihatinya. Sebab emak tak pernah melawan. Emak kata, dia tak berani nak melawan sepatah kata pon sebab melihatkan sikap bapa saya sendiri yang sungguh taat dengan ibunya. Simpan satu pengalaman yang saya belajar sejak saya kecil tentang hubungan emak saya dengan arwah nenek saya : Orang tua ni kau jangan lawan dia. Jangan lawan dia secara gusti atau secara kasar. Lawan dia secara halus. Kau tunduk saja dengan kehendak dia. Telan saja apa kata dia (I bet, emak mertua kalau paling marah pon tak akan sampai menembak peluru sesat dekat kita. Sebab dia pasti tahu akan hakikat yang kita ni wanita kesayangan anak dia. Apsal dia nak musnahkan kita pulak?)
  • Emak mertua ni kadang-kadangnya dia mencari pasal dengan anak menantu tanpa sebab. Sekadar mengikut budaya. Memang dah budaya menjadikan bahawa emak mertua mesti kena kerek dengan anak menantu. Sebab itulah dia pon nak kerek juga walaupon tiada sebab sangat. Sebab itulah abaikan. Anggap sahaja konflik dan ketidakselesaan dalam hubungan mertua-menantu satu budaya yang sebenarnya bukan apa-apa. Tapi kalau kau layan atau suka nak lawan, I bet! Bukan sahaja emak mertua terus berkeras hati dengan anda, malah akan mengganggu hubungan anda dengan suami.
  • Sebab satu hakikat tentang lelaki : Jangan sesekali bercakap tak baik tentang ibunya.
  • Habis hubungan Chika dengan emak mertua?
  • Alhamdulillah. Saya senang sekali setiap kali bertemu emak mertua saya (sebab beliau comel) HAHA. Betul tidak menipu anda. Emak mertua saya kuat bercerita dan sesekali pandai mengusik secara yang tidak disangka-sangka.
  • Emak mertua saya jenis yang up-to-date. Tidak berciri makcik kampung maksud saya. Beliau bercakap secara educated. Kalau berbual dengannya, jangan harap ah kau nak cakap pasal gulai masak lemak atau cara-cara menjahit manik. Sumpah mak mertua I tak join perbualan sedemikian rupa. HAHA. Beliau berbual tentang isu semasa. Pastu kadang-kadang saya tak updated pon dengan kes di Malaysia. Habis kantoi. Ha padan muka kau, Chika! HAHA.
  • Namun saya tahu, beliau seorang yang strict. Kalau dah janji, jangan lambat. Kalau lambat sikit, memang nahaslah tercuak-cuak jantung berdegup kencang. Boleh bergurau dengan beliau tapi sumpah tak berani bergurau berlebihan. Bergurau setakat mewujudkan suasana sahaja. Kalau kata nak bergurau bertepuk tampar itu, please be in control (eh tagline Brylcream!) Namun demikian, saya rasa inilah mungkin cara yang sepatutnya wujud.
  • Pertama, ia menjamin rasa hormat antara menantu dan mertua. kalau emak mertua banyak bagi muka dekat menantu, nanti wujudlah fenomena menantu pandai basuh tangan tapi lupa nak basuh pinggan.
  • Kedua, emak mertua pon perlu bersosial dengan menantu. Saya suka emak mertua saya sebab energetic. Berjalan keliling KL pon beliau bertenaga sahaja. Sebut sahaja kompleks membeli-belah di KL, jalan-jalan yang wujud di KL atau apa ceruk pelosok pon, pasti beliau tahu. Sudah beberapa kali saya berjalan-jalan bersama emak mertua saya. Enjoy. Memang enjoy sebab emak mertua saya pandai berjalan dan yang penting, pemandu yang hebat.
  • Ketiga, untuk mengelak kejadian tidak diingini di hari depan, eloklah jika kita jarang-jarang sekali bertemu dengan mertua kita. Sesekali bertemu barulah bercerita itu ini. Dan jangan lupa, kena pandai bersembang mengikut personaliti emak mertua anda. Kalau emak mertua anda jenis minat menjahit, buat-buatlah bercakap tentang saiz jarum atau warna benang ke apatah lagi. Takyah bukak kisah enjing empat lejang kang dia bosan abes kita sendiri yang makan hati. HAHA.
  • Keempat, emak mertua saya bukan jenis yang mushy mushy(memetik kata-kata husband saya). Kalau dia tidak suka, dia tidak menunjukkan kebenciannya secara nyata. Tidaklah jenis menghamun menantu ke apa. Atau kalau kita datang dia tarik muka empat belas ke.TIDAK SAMA SEKALI. Tetap akan melayan orang dengan baik. tetap akan bukakan pintu. Tetap akan sediakan makan. Tetap akan cakap ; Nurul takyah basuh pinggan nanti mak basuh. Kalau beliau suka pon, tidak akan sesekali memuja-memuji kita di khalayak ramai seperti perbuatan emak mertua dalam filem melayu korporat. Cerita sana sini menantu baik, menantu cantek, menantu pandai menjahit manik, menantu ada blog, menantu hebat main FB atau pon menantu pandai mengarang entry dalam blog. Eh ni ciri-ciri siapa pulak neh? KAH KAH KAH. Itu contohlah. Contoh. Emak mertua saya memang bukan jenis seperti itu. Yang saya tahu, selagi kedatangan saya dan pertemuan kami boleh menjana senyum dan membuatkannya bercerita itu ini kepada saya, selagi itulah saya berasa cukup dah. Senang hati dah. Tak harap emak mertua pergi puji bagitahu rakan-rakan bahawa anak menantu pandai menjahit manik. CEH. Mana ada aku menjahit manik pon HAHAHA.
  • Malah saya tidak perlu bertanyakan pendapat sesiapa pon samada emak mertua saya suka saya atau tidak. Sebab hubungan mertua-menantu itu sesuatu yang rumit to define. Yang saya tahu, selagi pertemuan kami mewujudkan suasana gembira, selagi itulah saya berpuas hati. Dan selagi suami tidak membuat komplen tentang sikap saya terhadap emaknya.
  • Tiada tips untuk mengambil hati emak mertua. Sebab seperti yang telah saya katakan, kerumitan hubungan menantu-mertua itu dah jadi macam satu budaya. Kesukaran akan wujud tanpa sebab. Suka atau tidak suka bergantung kepada kehendak emak mertua sendiri yang kadang-kalanya lahir tanpa sebab. Tapi bersikap baiklah selalu. Jangan tunjuk perangai buruk depan-depan. Ambil hati dan belajarlah berbual dengannya.
  • Saya bersyukur kerana tidak dikurniakan emak mertua yang garang dan membenci kita depan-depan langsung tak bagi muka. Emak mertua saya baik hati dan mudah tersenyum. Wah, lega hatiku. Saya bersyukur sebab emak mertua saya energetic dan sungguh steady. Saya bersyukur sebab emak mertua saya bukan jenis emak-emak yang suka mencampuri urusan rumahtangga anak-anak. Saya bersyukur sebab emak mertua saya bijakbestari pandai menguruskan macam-macam perkara. Saya bersyukur sebab emak mertua saya cantek dan menghasilkan anak lelaki yang cantek sekali. HAHAHA. Maksud saya, bersikap cantek. Dan anaknya yang paling comel dihatiku. Saya bersyukur sebab emak mertua saya masuk meminang saya untuk anaknya dan mengahwinkan anaknya dengan saya. Yahoooooooo. Kalaulah dia tidak izinkan, habis. HAHAHAHA.Terima kasih emak sebab mengizinkan kami berkahwin.HAHAHAHAHAHA Apsal boleh ending keluar statement neh? HAHAHAHAHAHAHA Chika keluar skang!
  • Semoga emak mertua saya sihat-sihat selalu dan bergembira atas kegembiraan kami. Amin. Syurga suami tetap terletak di bawah kaki ibunya. Dan syurga isteri ada pada suaminya. Pandai-pandailah adjust.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...