Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Jun 19, 2010

Hanya Lelaki - Pengakuan Duda

Kedua Isteri Pergi Tak Kembali

PILU MENGINGATKAN KISAH HIDUPKU INI TETAPI APA BOLEH BUAT , MUNGKIN INILAH SURATAN YANG TELAH DITENTUKAN BUAT DIRIKU. KINI SEMUANYA HANYA TINGGAL KENANGAN. WALAUPUN PERISTIWA ITU SUDAH BERLALU KIRA-KIRA 12 TAHUN YAN G LALU NAMUN IA IBARAT BARU SEMALAM KULALUI.

Aku bertemu jodoh dengan Nadia ketika sama-sama menuntut di sebuah universiti di ibu kota. Pada mulanya perkenalan kami hanya sebagai sahabat dan lama kelamaan, persahabatan itu bertukar menjadi cinta dan sayang. Selepas menamatkan pengajian, aku dan Nadia mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan. Pada mulanya memang hasrat kami untuk bertunang mendapat sedikit bantahan oleh kedua ibu bapa Nadia kerana mereka lebih suka kami membina kerjaya terlebih dahulu sementelah pula Nadia merupakan anak sulung dalam keluarganya. Akan tetapi hubungan kami semakin erat dan seakan tidak mampu dipisahkan lagi, justeru kami sepakat mengikat perhubungan.

Kami bertunang selama setahun kemudian disatukan dalam majlis serba sederhana kerana ketika itu, aku masih belum punya wang mencukupi untuk mengadakan kenduri secara besar-besaran. Maklum sahajalah baru sahaja bekerja, jadi aku tidak punya banyak wang simpanan. Hanya kenduri di sebelah keluarga Nadia sahaja meriah kerana keluarganya agak berada. Kehidupan kami amat bahagia walau pun hidup serba kekurangan. Aku bekerja keras bagi memastikan Nadia dapat hidup selesa. Selama hampir setahun aku dan Nadia tinggal di rumah ibu bapanya. Tetapi sudah adat menumpang, sudah tentu aku rasa tidak selesa. Jadi selepas berbincang dengan Nadia, kami mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sewa. Ibu bapa mentuaku memberi kebenaran untuk kami menyewa di rumah mereka. Aku tidak kisah asalkan aku dan Nadia dapat hidup berdikari.

Tidak lama kemudian, Nadia disahkan berbadan dua. Gembira tidak terkata kerana aku dan Nadia bakal bergelar seorang ayah dan ibu. Aku juga telah dinaikkan pangkat menjadi penolong pengurus di tempat kerjaku. Nadia pula telah diterima bekerja di Jabatan kerajaan. Hidup kami dilimpahi rahmat ketika itu. Pendek kata hidup kami cukup bahagia. Tidak lama kemudian zuriat sulung kami lahir ke dunia, seorang bayi lelaki. Kehadiran anggota baru dalam keluargaku membuatkan aku bekerja dengan lebih gigih lagi.

Syukur Allah mengurniakan rezeki yang lebih kepada kami anak beranak. Beberapa tahun kemudian, Nadia melahirkan anak kedua kami, juga seorang anak lelaki. Kelahiran anak kedua kami ibarat membawa tuah kepada aku dan Nadia. Aku telah dilantik sebagai pengurus di tempat kerjaku manakala Nadia juga telah dinaikkan pangkat. Namun kehidupan kami semakin sibuk kerana masing-masing terikat dengan tugas di pejabat. Nadia pula selalu dihantar bertugas ke luar negara. Yang menjadi mangsa, anakanaklah kerana sering ditinggalkan bersama pembantu rumah. Akan tetapi lama kelamaan Nadia semakin lupa dengan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah. Walaupun aku pernah menyuarakan ketidakpuasan hatiku kepada Nadia tetapi dia tidak peduli.

Berkahwin dua Sampai satu tahap aku akhirnya tidak lagi mampu bersabar dengan perangai Nadia. Aku mahukan perhatian dan kasih sayang seorang isteri. Lantas kerana tidak memperoleh dari isteri sendiri aku telah berkahwin dengan adik angkatku, Mona seorang ibu tunggal, anak seorang. Aku simpati dengan keadaan dirinya. Lalu aku mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Mona. Kami bernikah di sempadan.

Pada mulanya memang Nadia mengamuk kerana aku bernikah tanpa pengetahuannya malah dia memberi kata dua sama ada memilih dia atau Mona. Aku terpaksa menceraikan Mona kerana terus dipaksa dan didesak oleh Nadia dan keluarganya. Namun dalam diam, aku masih berhubung dengan Mona. Kami rujuk kembali. Akhirnya Mona mengandung. Sebenarnya sudah lama aku kepingin anak perempuan tetapi Nadia enggan mengandung lagi. Aku kecewa. Syukur kerana Mona hamil anak perempuan seperti yang ku inginkan selama ini.

Aku pernah membawa pulang Mona ke kampungku. Pada mulanya ibu bapaku agak kurang senang dengan kehadiran Mona namun lama kelamaan mereka dapat merasakan bahawa Mona seorang isteri yang baik. Dia melayan ku dengan penuh kasih sayang. Segala keperluan ku dijaga dengan baik tidak seperti Nadia yang hanya menyerahkan tugasnya kepada pembantu rumah kami.

Bukannya aku sengaja ingin mengkhianati Nadia tetapi sikapnya yang langsung tidak boleh ditegur membuatkan aku kecewa. Aku sudah lama makan hati dengan sikap Nadia. Aku kesepian. Nadia langsung tidak menghormati aku sebagai seorang suami. Maka aku mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Mona. Namun itu bukan bermakna aku tidak sayangkan Nadia. Aku tetap sayangkan Nadia kerana dialah cinta pertama ku.

Akhirnya Nadia mendapat tahu bahawa aku masih berhubung dengan Mona lantas dia telah keluar dari rumah dengan membawa kedua-dua anak ku. Malang tidak berbau, ketika memandu dalam keadaan penuh emosi, kereta yang dipandu Nadia bersama anak ku terbabas lalu dirempuh sebuah lori. Ketiga-tiga insan yang kusayang ini meninggal di tempat kejadian. Pada masa yang sama juga Mona sakit hendak bersalin tapi takdir Tuhan Mona juga meninggal dunia ketika melahirkan kerana mengalami tumpah darah. Pihak doktor hanya mampu menyelamatkan bayi kami sahaja tetapi gagal menyelamatkan Mona.

Aku redha dengan ujian ini walaupun aku sayangkan isteri-isteri ku, Nadia dan Mona juga dua anakku yang terkorban dalam nahas jalan raya bersama Nadia. Kini aku meneruskan kehidupan bersama bayi perempuan yang ditinggalkan oleh Mona. Hingga saat ini aku masih selesa hidup sendiri. Biarlah aku terus menyimpan kenangan indah bersama Nadia dan Mona sampai bila-bila.

Selanjutnya di dalam majalah MINGGUAN WANITA minggu ini!

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...