Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Jun 09, 2010

Balas Dendam Dalam Rumah Tangga, Suami Curang, Isteri Main Kayu Tiga

  • KEHIDUPAN SUAMI ISTERI ADA PASANG DAN SURUTNYA. ADA MASA BAHAGIA DAN ADA MASANYA PENUH GELORA. LEWAT PEMBACAAN DI AKHBAR-AKHBAR HARIAN MAHUPUN TABLOID, PEMBACA BANYAK DIHIDANGKAN DENGAN KES-KES KECURANGAN SUAMI MAHUPUN ISTERI. SEBAGAI TANDA PROTES DAN SAKIT HATI, ISTERI PULA MENGIKUT JEJAK LANGKAH SUAMI YANG BERMAIN KAYU TIGA. MENGAPA MASALAH SOSIAL INI SEMAKIN MENJADI-JADI KEBELAKANGAN INI. MW MENGUPAS PERSOALAN TERSEBUT.
  • Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidangnya memaklumkan nisbah kes balas dendam dalam rumah tangga adalah 20:1 namun setahun kebelakangan ini, jumlahnya semakin meningkat iaitu 10:3. Kes terbaru yang ditanganinya pada awal Mei lalu menyaksikan seorang ibu nekad meninggalkan bayi berusia 5 bulan dengan abangnya yang berusia 11 tahun untuk keluar dengan kawan-kawannya di hujung minggu semata-mata sakit hati dengan suami yang sering meninggalkannya di hujung minggu.
  • Sementara awal Mac lalu, terdapat kes seorang isteri curang bersama beberapa teman lelaki selepas mendapati suaminya telah meniduri beberapa orang wanita. Setelah suaminya mendapat tahu, isterinya dipukul teruk dengan getah paip sehingga melecur satu badan. Tambahnya, tiada niat ikhlas ketika mendirikan rumah tangga menjadi punca utama perkara ini berlaku. Maksudnya di sini, bersedia menerima pasangan seadanya, sanggup susah senang bersama dan memperbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.
  • Keikhlasan penting untuk mendorong seseorang menerima kelemahan pasangannya lantas berusaha memperbaiki diri bukannya turut serta melakukan kesilapan yang sama. Menurut Suzana mereka yang ikhlas akan percaya, kesilapan yang dilakukan oleh pasangan adalah ujian daripada Allah dan akan berusaha untuk membetulkan kesilapan pasangan. Sekiranya gagal dibantu, setelah berusaha dan memanjatkan dia, jalan terbaik adalah keluar dari perkahwinan dan bukannya turut serta mengulangi kesilapan pasangan yang hakikatnya lebih banyak memberi keburukan kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak.
  • “Bagi suami yang sekadar berkawan atau bercinta, mereka belum boleh dikatakan curang. Berbeza dengan isteri, syarak mengharamkan isteri menyimpan rasa suka apatah lagi rasa cinta kepada lelaki selain suami. Jika isteri bercinta dengan lelaki lain, mereka boleh dikategorikan sebagai curang. “Tanpa mengira apa pun alasannya termasuk kegagalan suami menunaikan tanggungjawab. Sekiranya suami gagal melaksanakan tanggungjawab hingga isteri beralih kasih, isteri perlu keluar dari perkahwinan dan bukannya bertindak curang terhadap suami. Islam telah menentukan isteri perlu menghormati suami walau dalam apa juga keadaan,” tuturnya lagi.
  • Orang ketiga boleh dibicarakan
  • “Isteri juga mempunyai hak yang mana undang-undang memperuntukkan peruntukan khusus berkaitan kes suami curang yang menjalinkan hubungan dengan orang ketiga. Orang ketiga yang dimaksudkan bukanlah madu atau isteri suami yang sah di sisi syarak sebaliknya lelaki atau wanita yang menggugat kebahagiaan perkahwinan dan rumah tangga anda bersama pasangan anda.
  • “Pendefinisian ini bermaksud jika anda, tak kiralah seorang lelaki atau wanita menjadi sebab kepada berlakunya ketidakharmonian perkahwinan seseorang, anda boleh disabitkan melakukan kesalahan jenayah di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah. Akta ini terdapat di setiap negeri. Merujuk kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayahwilayah Persekutuan), seksyen 36, seksyen 37 dan seksyen 38 adalah berkaitan dan boleh digunakan untuk membawa orang ketiga ini ke muka pengadilan.”
  • • Seksyen 36. Memujuk lari perempuanbersuami.
  • “Mana-mana orang yangmemujuk lari seorang perempuanbersuami atau membawanyakeluar dari atau dengan apa-apacara mempengaruhinya supay meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.”
  • • Seksyen 37. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.
  • “Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.”
  • • Seksyen 38. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
  • “Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”
  • “Berdasarkan peruntukan ini, sesiapa sahaja yang menjadi penghalang hubungan bahagia antara anda dan pasangan anda, boleh dibicarakan. Sebagai contoh, suami mempunyai teman wanita hingga melalaikan kewajipannya sebagai suami dan ayah, teman wanita suami itu boleh dibawa ke mahkamah dan dibicarakan. Sama juga jika isteri yang mempunyai hubungan dengan teman lelaki hingga melalaikan tanggungjawab dan kewajipannya, teman lelaki isteri boleh dibicarakan,” jelasnya lanjut.
  • Untuk selanjutnya dapatkan majalah MIN

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...