Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Mei 13, 2010

Istiqamah Dalam Iman

Soalan:
Bagaimana untuk menjaga hati.....agar sentiasa kukuh keimanan kita? Adakah ayat tertentu yang perlu dibaca?
Nik Farhan, Sg. Buloh
Jawapan:
Untuk tetap dalam keadaan beriman kepada Allah, senantiasalah melaksanakan segala yang difardhukan Allah dan hiasilah diri dengan ibadah-ibadah sunat, serta hindari dari segala macam perbuatan maksiat. Sila rujuk buku-buku berikut: 1. Iman & Amal Soleh DN 201 2. Tasauf Moden DN 104 3. Penghalang Kesucian Batin DN 109 4. Tinkatan Ma'rifat DN 166 5. Dosa-dosa Besar DN 220

Diantara ayat-ayat atau doa-doa yang perlu anda amalkan adalah seperti berikut: 1. Surah Ali Imran ayat 8-9 2. Surah Ali Imran ayat 192-194 3. Surah Ibrahim ayat 40-41.

Amalan Yang Tidak Diterima Allah
Soalan:
Apakah perkara atau perbuatan yang boleh menyebabkan amalan seseorang itu tidak dapat diterima di sisi Allah S.W.T.?
Hamba Allah,KL
Jawapan:
Pahala kebaikan kita dapat hilang jika kita melakukan perkara yang dapat melenyapkan pahala kita tersebut umpamanya jika kita memiliki sifat hasud dan dengki. Abu Laits Assamarqandi dengan sanadnya daripada Al Hasan, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Hasud dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat atau kebaikan seperti api memakan kayu bakar". Pahala kebaikan kita juga akan musnah jika kita murtad daripada ajaran Islam dan hingga akhir hayat tanpa bertaubat. Perbuatan meninggalkan solat juga menyebabkan seluruh amalan kita tidak dapat diterima disisi Allah sebagai amal kebajikan yang diberi pahala. Sebab solat merupakan tiang agama, jika solat telah kita tinggalkan maka musnahlah segala amalan kebajikan kita, tidak ada tempat untuk bergantung. Wallahu A'lam.
Hakikat Insan Sejati
Soalan:
Bagaimana caranya untuk menuju kearah jalan hakikat insan yang sejati?
Hamba Allah, Perak
Jawapan:
Hakikat insan yang sejati maksudnya ialah insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Mereka menyerahkan segala kehidupan serta jiwa dan raganya hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Mereka mengerjakan segala yang diperintahkan Allah dan meninggalkan yang ditegah-Nya, disamping menegakkan amal ma'ruf nahi mungkar. Insan sejati juga memperhatikan segala aspek kehidupannya dan mengaitkannya dengan ketentuan agama Islam. Ia memiliki akhlak yang mulia, menutup aurat, menghormati orang lain, sanak saudara, jiran tetangga dan tamu, hormat kepada kedua ibu bapa, menjalinkan silaturrahim dan sebagainya.
Tanda-Tanda Amalan di Terima Allah SWT
Soalan:
Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?
Nazri, Sunway
Jawapan:
Begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhlukpun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar. Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala kativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang Imam yang Menolak Ayat Al-Quran

Soalan: Bolehkah seseorang itu sembahyang dibelakang orang yang menolak ayat Al-Quran contohnya hukum hudud dan sebagainya?

Nasir, Kulim
Jawapan: Berhubung hukum orang yang menolak ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat yang menyentuh tentang hukum Hudud dan sebagainya haruslah dibuat penelitian terlebih dahulu. Andainya ia menolak dalam ertika ingkar akan ayat tersebut, tidak beriman dan mempermainkan ayat Allah secara jelas dan terang, orang ini diminta bertaubat dengan segera, kerana dengan perlakuannya itu ia telah menjadi seorang yang murtad, terkeluar dari Islam. Ia dikehendaki mengucapkan dua kalimah syahadah semula.

Jika ia mempercayai ayat-ayat tersebut, tetapi tidak dilaksanakan tuntutannya, maka ia dikira sebagai berdosa besar. Kedudukannya tak ubah seperti orang yang mempercayai kewajipan solat, tetapi ia sendiri tidak melaksanakan solat itu, maka ia dihukumkan telah melakukan dosa besar kepada Allah SWT. Seorang mukmin yang sejati akan menjauhkan diri dari melakukan dosa besar ini, apa lagi untuk melakukan suatu perbuatan yang menyebabkan ia menjadi murtad.

Bagi setiap mukmin yang sejati setiap ayat Allah yang memerintah supaya dilaksanakan hukum-hukumnya maka ayat itu hendaklah dilaksanakan tanpa banyak soal. Ulasan tentang perkara yang menyebabkan murtad ini telah dijelaskan secara terperinci di dalam kitab Tanwir Al-Qulub karangan Imam Najmudin Al-Kurdi, Al-Iman, Arkanuhu, Wa Nawaqiduhu oleh Muhammad Nuaim Yasin dan lain-lain. Sila rujuk kepada huraian mereka yang dinyata ini. Sila rujuk juga kitab Mastika hadis jilid yang pertama keluaran Pusat Islam Malaysia. diterima dengan perasaan redha.

Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.

Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan "bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar". Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi. Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram". (Ar ra'd ayat 28) Wallahu A'lam

Menghafal Al Quran dengan Berkesan Soalan: Ada terpendam di dalam hati saya untuk menghafal al-quran. Jadi saya ingin tahu akan cara-cara yang berkesan untuk menghafal Al Quran, seperti waktu yang sesuai untuk menghafal, pantang-pantang dan sebagainya. Saya berbesar hati jika ustaz dapat menjawab soalan saya kerana sudah sekian lama saya ingin menghafalnya?

Fazli, Kampar
Jawapan: Menghafal Al-Quran memerlukan kesabaran jitu, kerana ia merupakan mukjizat Allah yang diturunkan kepada nabi besar Muhammad SAW. Al-Quran merupakan cahaya dan ia mudah hilang kerana kegelapan maksiat. Untuk itu cubalah jauhi perbuatan buruk walaupun pada perkara yang ringan seperti mendengar muzik, berbual kosong dan sebagainya. Menurut pendapat penghafal Al-Quran yang berpengalaman, masa yang sesuai untuk menghafal Al-Quran ialah ketika sunyi terutama di waktu pagi. Walaupun begitu, anda harus berlatih untuk menghafal dalam setiap situasi sekadar termampu.

Cara menghafalnya pula berbagai-bagai. Namun kaedah biasa ialah dengan mengulangi 2-3 ayat secara melihat kepada Al-Quran kemudian cuba mengingatinya, setelah itu bolehlah berpindah ke ayat-ayat yang lain. Untuk menguatkan hafalan, anda dikehendaki mengulanginya selalu. Kalau boleh bacakan ayat-ayat yang telah dihafal di dalam solat fardu atau sunat rawatib. Harus diingat menghafal ayat yang baru adalah lebih mudah dari menjaga ayat yang telah dihafal.

Oleh kerana itu peruntukkan waktu khusus untuk mengulanginya. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, "sesungguhnya Al-Quran lebih cepat luput dari hati dari hilangnya unta yang terlepas dari ikatannya". Anda hendaklah juga menjaga makanan, agar tidak memakan makanan yang haram atau syubhah, kerana ia boleh memberi kesan kepada mutu hafalan.

Perbanyakkan ibadat sunat dan solat hajat. Jika anda merasa masih terlalu susah hendak menghafal cuba lakukan solat ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani yang menceritakan bahawa saidina Ali pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang hafalannya yang buruk, lalu Rasulullah SAW menyuruhnya mendirikan solat pada tiap-tiap malam Jumaat sebanyak 4 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah Al-Fatihah dibaca surah Yaasiin. Pada rakaat kedua sesudah Al-Fatihah dibaca surah Ad-Dukhan, seterusnya pada rakaat ketiga selepas Al-Fatihah dibaca surah As-Sajadah dan pada rakaat yang keempat selepas Al-Fatihah hendaklah dibaca surah Al-Mulk.

Setelah Saidina Ali melakukannya selama 7 kali Jumaat, beliau begitu gembira apabila memberitahu Rasulullah SAW yang beliau telah menghafal Al-Quran dan hadisnya dengan mudah. Diharapkan Allah SWT akan memberi taufik kepada saudara untuk terus menjadi generasi yang memelihara Al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Fadail Al-Quran karangan Ibn Katheir.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...