Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Mei 13, 2010

Hukum Allah usah dipermainkan!

Kesempurnaan Hukum Allah

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/

Topik: Tazkirah


Hukum yang telah ditetapkan oleh Islam adalah hukum yang terbaik bagi manusia. Akan tetapi, manusia masih lagi tidak mahu mempercayainya dan meragui kesempurnaan ini. Manusia di zaman serba moden ini hanya mempercayai logik akal atas sesuatu perkara meskipun ianya berkaitan dengan hukum agama.Berikut adalah satu artikel berkenaan kesempurnaan hukum Islam yang telah ditetapkan yang telah mengatasi logik akal.
HUKUM ALLAH MEMANG YANG TERBAIK
Dalam satu kuliah Subuh di Seksyen 24, Shah Alam yang disampaikan oleh Dr. Rani, seorang penceramah bebas.
Antaranya: Bekas Presiden Indonesia, Sukarno pernah mengatakan bahawa pada zaman sekarang kita tidak perlu lagi menyamak apabila terkena najis Mughallazah tetapi cukup sekadar menggunakan sabun seperti Fab, Breeze dsbnya. Pendapat beliau ini ditentang oleh ulama-ulama Indonesia pada waktu itu. Ulama-ulama tersebut mencabar Presiden Indonesia untuk menjalankan satu eksperimen untuk membuktikan mana yang lebih relevan, penggunaan sabun atau kaedah samak (cara Islam).
Maka dengan itu satu eksperimen dijalankan di mana dua benda diberi untuk dijilat oleh anjing. Satu daripadanya dicuci dengan sabun dan yang satu lagi dibersihkan dengan menyamak menggunakan tanah. Selepas itu kedua-dua benda tadi diperiksa di bawah 'electron microscope'. Keputusannya didapati bahawa bagi bahan ujian yang dibasuh dengan menggunakan sabun masih lagi kelihatan kuman yang berpunca dari anjing tetapi untuk bahan yang dibersihkan dengan kaedah samak, bahan itu tidak lagi terdapat kuman yang sama.
Jadi di sini menunjukkan bahawa Allah s. w. t. memang Maha Mengetahui tentang sesuatu kejadian itu dan memberi petunjuk kepada umat manusia sebagai keselamatan hidup di dunia dan seterusnya membawa sampai ke akhirat.

Saudara Pengarang,

Hukum Allah tidak boleh dipermainkan apatah lagi tidak diyakini keadilannya. Janganlah ahli-ahli di dalam KeADILan atau DAP yang beragama Islam meniru cara berfikir pemimpin-pemimpin dan ahli Umnoyang bukan mencari jalan untuk menegakkan hukum Islam ini, bahkan mencari jalan untuk menghalang perlaksanaannya.

Berbagai hujah dicipta dan direka untuk menunjukkan hukum Islam itu tidak releven dilaksanakan di negara masyarakat majmuk ini. Pimpinan DAP pula, jangan terlalu meletakkan syak wasangka terhadap keihlasan PAS di dalam memperjuangkan hukum Islam di negara ini. Islam tidak pernah menganiayai sesiapa hatta binatang dan tumbuhan sekali pun.

Saya penuh yakin, bukan sedikit di kalangan ahli-ahli DAP atau KeADILan yang Non-Muslim mempunyai keyakinan tentang keadilan Islam ini. Cuma, beberapa kerat pemimpin di kalangan mereka yang tidak begitu memahami tentang hukum yang suci ini. Ini tidak menjadi masalah kepada PAS kerana PAS memahami bukan mudah untuk meyakinkan Non-Muslim terhadap hukum Islam, sedangkan ustaz-ustaz dan `ulamak-ulamak' Umno sendiri pun tidak begitu yakin dengan hukum Islam.

Tetapi, sekurang-kurangnya berilah peluang kepada PAS untuk meyakini semua rakyat terhadap hukum ini dan jangan lah ditentang secara kekerasan dan terbuka seolah-olah hukum ini sama zalimnya dengan Akta ISA itu.

Saya memuji sikap PAS yang tidak pernah menekan atau menentang secara keras dasar dan prinsip 'Malaysia - Malaysian' kerana di dalam Islam hak bangsa dan ugama lain harus dihormati selagi ianya tidak menentang Islam. Adakah hukum Islam khususnya hukum hudud dan Qisas ini menganiayai atau menghina agama lain ? Jika tidak, mengapa perlu ditentang ? -azm Fauzuldin Kuantan

1 ulasan:

nza berkata...

skrg manusia sewenang2 mempermainkan hukum Allah...xtaulh bala apa yg akn menimpa nnti...

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...