Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Mei 06, 2010

17 Cara Tambat Hati Suami

  • Kongsi
  • Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mahukan hati suami begitu dekat dengan dirinya. Pelbagai cara sanggup dilakukan oleh si isteri agar mampu menambat hati suami kerana inilah sebenarnya cara untuk mengikat kesetiaan lelaki. Apakah cara yang boleh dilakukan untuk menambat hati suami? Berikut adalah 17 cara yang boleh dipraktikkan oleh isteri di luar sana.
  • 1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum melakukan kerja-kerja lain.
  • 2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara
  • khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari. Namun terlebih dahulu lihat mood suami. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
  • 3. Luangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dengan suami.
  • 4. Tanya keluarga suami terutama ibu mertua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  • 5. Sekali-sekala cuba hidangkan resepi ibu mertua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.
  • 6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.
  • 7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap.
  • 8. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.
  • 9. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.
  • 10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  • 11. Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
  • 12. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  • 13. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
  • 14. Apabila meminta bantuan suami, terangkan
  • kepadanya dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  • 15. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  • 16. Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.
  • 17. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut suami dari semasa ke semasa.
  • zahra
    1. 1.Sentiasa dekat dgn pasangan waktu susah dan senang
    2. -kongsi waktu hebat-solat berjemaah
    3. -makan brsama
    4. -doa bersama
    5. 2.Wujudkan K.K (Komunikasi Kasih)
    6. -chatting bila online internet
    7. -JANGAN herdik dan malukan pasangan
    8. -pandang muka pasangan bila bercakap
    9. 3.JANGAN buka aib pasangan didalam alam siber.
    10. eg:facebook,tweeter,blog
    11. -jgn bawa cerita 'rumahtangga'
    12. -jadikan kawan pasangan yg sama jantina dgn anda sebagai kawan anda
    13. sebaliknya jadikan utempat untuk luahkan kata2 cinta anda...
    14. 4.Jumpa kaunselor yg bertauliah apbla ada mslh dan selesaikan dgn cara yg baik
    15. -elakkan dari mendengar masalah dari rakan yg berlainan jantina kerana ia akan melahirkan perasaan simpati,seterusnya akan berasa empati,dan akhir sekali adalah jatuh hati antara satu sama lain. inilah penyebab kemusnahan satu2 hubungan
    16. 5.Mengetahui dan sentiasa ingat status diri iaitu sedah berpunya dan milik kepada seseorang.
    17. --jadikan kawan pasangan anda sebagai kawan anda
    18. oleh itu jaga batas2 pergaulan dengan rakan berlainan jenis
    19. 6.Selalu bagi hadiah walaupun bukan hari istimewa.
    20. 7.Meluangkan masa bersama2 pasangan
    21. -bercuti,menghabiskan masa hujung minggu bersama
    22. 8.Jangan lupa berdoa untuk kebahagiaan bersama
    23. -surah Al-Hasri-ayat21
    24. -surah Al-Imran-ayat31
    25. 9.Jangan sesekali membuka ruang diri sendiri dan pasangan untuk curang kerana kita akan sesal tak sudah
    26. -melebih2 dgn org lain

2 ulasan:

nza berkata...

trkdg kesibukkn menyebabkn kita lupa....

::Umiliya6677:: berkata...

betul tu kak nza

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...