Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, April 19, 2010

org Ikhlas biasanya di tindas


alam hidup yang penuh cabaran dan ujian dari Allah SWT. Apabila kita menolong seseorang yang memerlukan pertolongan kita. Tidak semestinya si polan yang kita tolong dahulu akan membalas balik budi baik kita. Kadang-kadang si polan yang kita pernah menolongnya  dahulu mungkin akan menentang kita balik suatu hari nanti. Tapi setiap pertolongan ikhlas yang pernah kita hulurkan dahulu mungkin orang yang kita tidak kenali akan menolong kita balik. Kerana Allah SWT akan menghantar seseorang menolong kita yang diibarat tangan-tangannya.


Orang yang ikhlas selalunya yang tertindas dalam organisasi kerajaan atau swasta. Yang pandai mengampu dan kroni sahaja mendapat peluang dimana mereka bekerja. Jadi yang ikhlas jangan susah hati atau kecil hati dengan nasib ditempat kerja. Buat kerja anda sebaik yang mungkin dengan hati penuh keikhlasan. Ikhlas adalah satu sifat yang disukai Allah SWT kepada hamba dalam melakukan apa-apa pekerjaan maupun solat. 

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa betapa kebaikan dipersia. Contoh: Isteri yang setia, dipersiakan oleh suami. Suami yang baik, ditinggalkan oleh isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak. Serta lain-lain yang berkaitan yang sewaktu dengannya.


Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan.


Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar  daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?


Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah SWT. Ya Allah SWT, bantulah
kami untuk ikhlas…Amin.



1 ulasan:

nza berkata...

betul umi, biasanya org ikhlas slalu ditindas n xdipandang brbanding org yg pandai mengapu.....

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...