Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Mac 10, 2010

Tempahkan Sebuah Bilik

Di Neraka Buat ku.....

Assalamualaikum, Buat Iktibar Bagi Kita Yang Selalu Leka ........

Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".-

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yg terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/ basmini.untuk menuju kedestinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yg patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dlm lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya......Wahai pemudi ..... alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adata serta agama Islam kamu........ "Itu lebih baik drp kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..." nasihat orang tua itu.

Namun , nasihat yg sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dgn jawapan sinakal dan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakahditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka??? Setelahmenghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itutertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-katayang lebih dahsyat.

"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada sigadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang didalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yg menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu , tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh simayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali-sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dgn mempersendakan atau ejekkan.

Kata kata seperti ajaran islam tidak sesuai lagi dgn arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingat-ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian.....tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita...... hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh........siapakah orang yg bodoh itu ? Mereka-mereka itulah orang-orang yang ingin melawan Allah Rabbul alamin.

Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Allah bererti anda ingin melawan arahan Allah. Sewaktu disekolah anda tertakluk dengan undang2 sekolah......dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang yang dilakar oleh majikan anda.....di dalam negeri anda tertakluk dibawah undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadapundang-undang itu hingga terlalu prihatin takut2 melanggar undang2 itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini......anda juga tertakluk dgn undang2 yang telahdigubal oleh yang menjadikan bumi ini.......setiap Sultan ada taman larangannya...... begitu juga Allah swt.......taman laranganNya adalah perkara2 yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini........

Sekian.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk diatas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.....

Wassalam

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...