Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Mac 11, 2010

SUARA WANITA MELAYU vs SUARA WANITA MUKMIN

Bismillahirohmanirohim...
Aku mulakan dgn kalimah suci...
Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 32 :
"Wahai isteri-isteri Nabi!Kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain, jika kamu bertakwa.Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara)677-berbicara dengan sikap yang menimbulkan orang bertindak yg tidak baik terhadap mereka) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik".
Pernyataan firman Allah adalah dikhususkan untuk kaum hawa yg semakin lama semakin cacat akhlaknya disebabkan ketidakpandaian untuk menjaga aurat suara yg ada pada seseorang lelaki.
Pada diri ana, ana agak bertegas dan degil dalam bersuara dengan seseorang yg bukan muhrim bagi ana.Berdasarkan kepada pengalaman ana yg banyak berdiskusi, berpidato, syarahan,moderator bersama tokoh mewakili insitut dan dengan institut lain dan badan bukan kerajaan, apa yg diperkatakan oleh Allah S.W.T adalah amat benar sekali.Ini kerana ana perlu untuk menggunakan alat artikulator (alat suara) utk menyampaikan sesuatu perkara dan maklumat kpd mereka.Namun, selepas sahaja habis sesi diskusi akan ada seseorang yg memberi "orang layang/sms layang/surat layang" utk berkenalan. Cuba anda fikirkan tentang perkara ini. Kita tidak kenal seseorang, secara tiba-tiba mahu pula berkenalan dgn kita. Tidakkah dari mata turun ke hati dan dari hati turun ke nafsu?MasyaAllah, betapa dahsyatnya pelan strategik maksiat dan zina yg dirancang oleh syaitan ini?Justeru, pengajaran yg dapat dibuat ialah kita sebagai wanita jgn sesekali cuba utk berbicara secaraface to face dgn lelaki yg bukan muhrim anda melainkan kita sudah tahu siapa dia dan dia tidak mempunyai penyakit hati terhadap kita.
Di sini ana berkongsi dgn pembaca sekalian betapa dahsyatnya suara wanita jika hendak dibandingkan dgn lelaki, buktinya, cuba anda cari di dalam novel Quran di manakah ayat yg menunjukkan bahawa lelaki perlu untuk menjaga aurat suaranya?
Anda perlu sentiasa berusaha untuk menggelakkan diri daripada berbual kosong,berdiskusi dengan lelaki yg bukan muhrim anda kecuali di atas perkara-perkara yg penting dan perlukan menggunakan KHIDMAT suara anda bagi membuat sesuatu keputusan dan perbincangan.Jika boleh elak, anda elakkan.
BAGAIMANA PULA DENGAN SMS?
SMs adalah satu budaya yg juga menjurus kepada kemaksiatan hati dan suara nafsu, jika perkara yg di smskan itu hanyalah kata-kata hikmah daripada sahabat / kawan lelaki anda, tidak perlulah utk dibalas. Tiada manfaatnya utk anda dan si dia. Jadi, cepat-cepat delete sebelum anda ada PENYAKIT HATI dalam iman anda.save our IMAN first!
Namun, sekiranya anda adalah seorang aktivis sosial dan orang yg sms itu memerlukan khidmat nasihat anda, maka itu adalah TANGGUNGJAWAB anda utk menasihati dia setakat itu sahaja. Tiada suara-suara memujuk dan merengek, jika orang yg meminta nasihat itu sudah mula 'merengek' pada anda, itu maknanya dia sudah ada penyakit hati, maka janganlah dilayan. Jika boleh,sekiranya anda mempunyai sahabat lelaki yg blh membantu anda utk memberikan khidmat nasihat kpd sahabat lelaki anda yg lain,maka serahkan kpd sahabat itu.
Kepada mereka yg masih bergelar remaja, janganlah melayan nombor-nombor telefon lelaki dan perempuan yg anda tidak kenali itu yg menggatal utk berkenalan dgn anda.Janganlah memulakan lagi maksiat yg setiap hari kita lakukan tanpa sedari dan kita top up lagi maksiat itu menerusi suara telefon.Berhati-hati sentiasa. .Fikir-fikirlah!
Nah, di sinilah kita boleh melihat bahawa, lelaki itu dijaga oleh Allah Taala, berdasarkan kepada matanya manakala wanita atas dasar suaranya.Kita lihat bagaimana Nabi S.A.W sendiri ditegur oleh Allah S.W.T ;
Tidak halal bagimu (Muhammad) menikahi perempuan-perempuan (lain) setelah itu, dan tidak pula (mengganti) mereka dengan isteri-isteri lain.meskipun KECANTIKANNYA MENARIK HATIMU kecuali perempuan-perempuan (hamba sahaya) yang engkau miliki. Dan Allah Maha Mengawasi segala sesuatu.Al-aHzab,52.
FOR ALL MUSLIMAH!JAGALAH SUARA DAN HATIMU,JANGAN ENGKAU KOTORI DGN LUMPUR-LUMPUR MAKSIAT YG BLH MEROSAKKAN IMEJ IMANMU DI HADAPAN ALLAH!

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...