Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Mac 10, 2010

Suami yang terbaik dan romantik boleh beralih arah

iblog ini utk renungan bersama.Catatan Norlaila tentang hidupnya .

Awal tahun 2008 genap perkahwinanku selama 14 tahun.. yang penuh bahagia yang
tidak pernah aku terduga akan akan badai derita melanda dalam perkahwinan ini.. Aku mengenali suamiku
sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, kami satu kampung malah satu kelas. Hati ini telah diikat dengan cintanya
dari zaman persekolah sehinggalah ke zaman remaja dan akhirnya ke alam perkahwinan yang teramat bahagia.Kami dikurniakan 3 orang cahaya mata yang teramat kami sayangi yang kami didik
dengan ilmu dunia dan akhirat bagi bekalan anak-anak menghadapi cabaran hidup di masa akan datang. Aku fikir
kebahagiaan ini akan berkekalan kerana aku masih setia seperti bertahun-tahun sebelum perkahwinan ini terjadi
dan selepas perkahwinan ini terjadi juga.. aku fikir suamiku juga akan setia sehingga akhir hayatnya seperti
ku.Malang bagi diriku..di umur menghampiri 40 ini, suamiku berubah sekelip mata, berubah menjadi
seperti remaja di alam persekolah..dia akhirnya berjumpa dengan pelajar universiti untuk dijadikan teman bercinta..
budak mentah yang baru berumur 21 tahun yang masih belum mengerti perit hidup berumah tangga. Yang dia
tahu hanya keseronokan kerana suamiku melimpahinya dengan kemewahan wang ringgit dan hadiah. Suamimu
memikatnya dengan kebendaan kerana dia tahu itu kelemahan wanita yang sedang di alam sekolah
seperti perempuan itu.Tambahan pula suami terlalu murah hati membelanja makan perempuan itu setiap
malam. Kerana waktu itu dia outstation di bandar perempuan itu belajar. Aku tidak pernah buruk sangka kepada
suamiku kerana aku mahu jadi isteri yang taat pada suami, aku tidak mahu berdosa berburuk sangka dengan
suami. Walaupun kadang-kadang aku hairan kenapa suami ku tidak mahu berulang saja dari daerah tersebut ke
rumah kami tapi aku tidak pernah menyoalnya kerana memahami suami ku terlalu penat untuk memandu jauh setiap hari sedangkan daerah tersebut hanya memakan masa satu jam dari rumah kami. AKhirnya terbongkar penipuan suami yang paling aku sanjungi selama ini, suami yang menjadi kebanggaan ku selama ini.. Dia adalah suami yang
paling penyayang sebelum ini,suami yang terbaik dan romantik boleh beralih arah setelah 14 tahun berkahwin..
cintanya padaku telah hilang

kerana seluruh cintanya kini bertumpu kepada perempuan itu. Kini walaupun kata
suamiku dia telah memutuskan hubungan dengan perempuan itu, aku benar-benar tidak percaya kerana dia telah
menipu sebanyak 2 kali dalam perkara yang sama. Kepercayaan ku padanya telah hilang. Yang tinggal kini hanyalah sisa-sisa bahagia yang telah hilang. Sirna hidup ku hanya tingga
kenangan.

Hatiku menderita di atas janjinya yang telah dimungkiri selama ini.Aku amat
berharap Allah mengambil kembali cinta ini dari hatiku supaya aku tidak lagi mempunyai perasaan kepadanya kerana…perasaan itulah yang membuat aku tersiksa. Biarlah aku tidak punya apa-apa rasa
lagi supaya hatiku tidak menderita lagi di atas perbuatannya.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...