Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Mac 01, 2010

"SIFAT-SIFAT GADIS YANG DISUKAI LELAKI"

بسم الله الرحمان الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Bertemu kembali. Tidak puas rasanya walaupun sudah 3 minggu berada di rumah. Amat berat hati ini untuk meninggalkan insan-insan yang menjadi inspirasi kepada diri ini dan juga teman-temanku yang kaya dengan pelbagai ragam (my pets). Insya Allah akan pulang ke bumi Taman Ilmu dan Budi pada esok malam bersama seorang sahabat. Bumi indah UIAM pasti sudah kesunyian dan kebosanan tanpa para penghuninya yang mewarnai dunia kampus dengan pelbagai ragam. Amanah sebagai HAMBA ALLAH untuk terus menuntut ilmu akan tetap dilaksanakan walaupun pelbagai dugaan datang menimpa. Aja!

Di kesempatan ini, ingin saya kongsikan sebuah artikel berkenaan "SIFAT-SIFAT GADIS YANG DISUKAI LELAKI". Namun bagi saya, tajuknya lebih sesuai jika diubah menjadi "SIFAT-SIFAT GADIS YANG BIASANYA DISUKAI LELAKI" kerana sifat-sifat di bawah ini adalah sifat-sifat yang biasanya disukai lelaki, bukan semua lelaki menyukainya..hehe, sekadar pendapat. Semoga info & tazkirah di bawah ini dapat memberikan kesan positif kepada kita semua, samada lelaki mahupun para gadis. ewah2..:p SIFAT-SIFAT GADIS YANG BIASANYA DISUKAI LELAKI KEIBUAN Bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stres, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing. KEANAK-ANAKAN Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. PENUH PENGERTIAN Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya. MENGHARGAI Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga. MENJAGA PENAMPILAN

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3? PANDAI BERBICARA

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka. PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung. MENGHORMATI DIRI SENDIRI Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati. SIMPATI DAN PRIHATIN Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona. Segala pengisian di atas adalah berdasarkan pandangan majoriti lelaki, bukan secara khusus. Mungkin ada yang tidak bersetuju ataupun ada juga yang ingin memberi komen berbentuk info baru. Semuanya terserah kepada para pembaca yang budiman. Anda boleh memberi komen di blog ini dan saya menerima dengan tangan terbuka =) Kepada para pembaca dan pengunjung blog ini, jika anda mempunyai sebarang pendapat atau pandangan mengenai SIFAT-SIFAT GADIS YANG BIASNYA DISUKAI LELAKI, anda boleh e-mailkan kepada saya di :

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...