Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Mac 09, 2010

Peranan Ibu Bapa

salam..ermm ter haru lak..bila umi terbaca info ini kat blog ustaz,,nor,
http://ustaznoramin.blogspot.com/
umi dah mintak kebenaran nak info ni...sebagai panduan umi jugak....

Perkongsian Tips

Amalan Suami dan Ibu Mengandung

Salam kepada semua, saya hendak berkongsi sedik maklumat dengan anda semua
Isteri saya sedang mengandung 7 bulan dan tidak lama lagi akan memperolehi anak yang pertama. Mula-mula berdebar juga nak dapat anak ini, tapi difikirkan takdir dan ini adalah rezeki, saya bersyukur dan redho dengan ketentuan ilahi. Cahaya mata dalam rumahtangga sangat penting, kerana cahaya mata ini mampu menceriakan rumahtangga. Tetapi janganlah dilupakan tanggungjawab yang sebenarnya untuk mendidik anak, kalau tersalah didik nanti anak tersebut tidak jadi manusia, kalau betul didikan kita anak tersebut akan memudahkan kita dihari perhitungan nanti. Mula-mula tahu isteri saya mengandung, rasa risau dan takut difikirkan tanggungjawab untuk mendidik anak. Takut pendidikannya agamanya diabaikan, takut dia terpengaruh dengan masalah sosial dan sebagainya. Bila difikirkan, Islam adalah agama yang terbaik untuk mendidik manusia, jadi saya ambil kaedah yang saya ketahui untuk diamalkan dengan isteri dengan tawakal kepada Allah. Kaedah yang kami amalkan untuk mentarbiah janin kami ialah :
  1. Isteri dan saya sering membaca Al-Quran pada waktu subuh dan selepas solat maghrib, kami berhasrat untuk khatam 30 juzuk sebelum bersalin. Kadang-kadang dia membaca surah Yusuf, Mariam, Yassin, Luqman dan At-Taubah. Waktu-waktu lain, kami pasang CD bacaan ayat Al-Quran, nasyid, ceramah ketika masa tidur, ketika bersantai di rumah, ketika melakukan kerja rumah dan sebagainya. Tujuan kami lakukan begini adalah untuk mentarbiah janin kami sering mendengar ayat-ayat Al-Quran dan perkara-perkara yang berfaedah.
  2. Saya dan isteri sering berdoa kepada Allah swt selepas solat dan waktu-waktu tertentu, supaya anak yang akan dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh dan solehah, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
  3. Saya dan isteri sering solat berjamaah bersama untuk mewujudkan suasana berjamaah dalam rumah tangga. Ini adalah untuk memperolehi pahala berjamaah dan untuk mewujudkan suasana agama dalam rumahtangga kami, secara tidak langsung dapat mentarbiah janin secara agama.
  4. Elakkan dari rezeki yang haram. dapatkanlah rezeki daripada sumber yang halal, agar benih yang akan dilahirkan nanti adalah daripada darah daging yang halal.
  1. Sentiasa membekalkan isteri dengan makanan yang berzat, proten, bersih dan makanan yang berkhasiat, kerana makanan yang baik sedikit sebanyak dapat membentuk janin atau kandungan dengan baik dan sempurna.
  2. Sering menitik beratkan soal kebersihan, kerana ia menjamin kesihatan janin. Islam menitik beratkan faktor kesihatan, kerana kebersihan itu separuh daripada iman.
  3. Sebagai suami perlu dan wajib memahami isteri dan sentiasa bersama isteri ketika mengandung. Suami juga perlu memberikan dorongan, kekuatan dan motivasi untuk isterinya menempuh segala dugaan dan kesulitan yang dialami semasa mengandung. Elakkan isteri kecewa dengan suami, kerana apabila isteri kecewa kadungannya akan bercampur dengan air najis atau toksik dan akan dimakan oleh janinnya. Sebab itulah kita susah untuk membentuk peribadi anak.
  4. Saya bekalkan isteri dengan kurma, kismis, kacang badam dan madu asli. Ini sedikit sebanyak dapat membantu membentuk otak janin. Makanan sunnah sangat baik untuk diamalkan dan sangat baik untuk kandungan. Saya juga sering bekalkan isteri saya dengan air 30 juzuk produk Tok Guru (bukan kempen produk), air Yassin dengan harapan atau tawakal supaya anak dibentuk dengan makanan dan air yang baik dan air-air yang dibaca ayat Al-Quran.
Seperti biasa, kalau kawan-kawan semua ada pandangan atau perkongsian bolehlah melalui ruangan komen yang disediakan. Setiap perkongsian sangat bermakna untuk saya dan semua dalam rangka untuk mencari redho ilahi.
Setiap insan yang berpasangan pasti mengimpikan agar dikurniakan anak-anak bukan sahaja sebagai penyeri rumah tangga malah terlebih tepat sebagai penyambung zuriat dan keturunan. Menyedari hakikat ibu bapa sebagai pemegang amanah, mereka harus memainkan peranan dengan baik dan konsisten. Terdapat pelbagai jenis buku ditulis bagi memberi panduan kepada ibu bapa dalam menghadapi dunia keibubapaan. Sedari penjagaan bayi dalam kandungan, menamakan bayi dengan nama yang baik, panduan penjagaan bayi selepas dilahirkan sehingga bayi berusia akil baligh, serta panduan bagi psikologi ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Tidak terlupakan juga banyak bengkel dan seminar-seminar diadakan untuk ibu bapa menangani konflik dalam penjagaan anak-anak. Pelbagai medium terutama medium berbentuk teknologi dan ciptaan moden diwujudkan bagi membantu ibu bapa memainkan peranan sebaiknya dalam usaha memanusiakan anak-anak mereka.
Al-Quran sendiri memainkan tanggungjawab yang besar dalam mengingatkan ibu bapa tentang peranan mereka mendidik anak. Begitu juga peranan anak terhadap ibu bapa serta hubungan baik sesama manusia.
Kelalaian ibu bapa tidak harus digaduhkan atau dipanjang-panjangkan. Terutama apabila si anak melakukan sesuatu yang tidak baik. Ungkapan ‘bukan salah ibu mengandung’ seringkali diluahkan oleh ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak. Memang bukan salah ibu mengandung sehingga terlahir anak yang begitu atau begini. Namun, kesilapan kecil ibu bapa dan kelekaan yang mereka lakukan tidak harus diambil ringan dan dilupakan begitu sahaja.
Antara kelekaan ibu bapa yang sering berlaku adalah ;
1. Kurang berdoa semasa mengandung dan membesarkan anak. Banyak doa yang boleh diamalkan seperti doa Saidul Istighfar, memohon rahmat, memohon zuriat yang baik dan sebagainya.
2. Memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi). Biasanya ibu bapa mengambil jalan mudah dengan menakut-nakutkan anak dengan sesuatu agar anak mendengar kata-kata mereka. Antara perkara tarhib yang mereka gunakan ialah menakutkan anak dengan hantu, binatang yang berbisa dan sebagainya.
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak iaitu tidak mendisiplinkan anak-anak dengan hukum agama terutamanya solat dan aurat sejak mereka kecil.
4. Menegur anak secara negatif dengan menggunakan kata-kata yang kasar dan menjatuhkan maruah mereka. Hal ini harus dielakkan kerana kata-kata ibu dan bapa merupakan doa buat anak mereka.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual.
6. Kurang memberi sentuhan kepada anak-anak seperti menghabiskan masa yang berkualiti untuk anak-anak kerana sibuk bekerja.
7. Penampilan diri ibu bapa yang tidak manis untuk anak-anak. Walaupun punya talian darah, etika berpakaian tetap harus dijaga dan batas pandangan antara anak dan ibu bapa harus dipelihara.
8. Institusi kekeluargaan yang tidak harmoni menyumbang peribadi yang tidak seimbang dalam jiwa anak-anak.
9. Tidak mengawasi aktiviti anak-anak. Ibu bapa tidak mengambil tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak di luar rumah, rancangan yang ditonton di televisyen dan sebagainya.
10. Memberi tanggungjawab memelihara anak kepada pembantu rumah sedangkan ibu bapa telah diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk memelihara dan mendidik anak-anak.
Melihat kepada beberapa kelekaan yang telah dilakukan oleh ibu bapa masa kini, jika tidak ditangani, tidak mustahil setiap hari kita akan membaca berita tentang tingkah laku anak-anak yang tidak masuk akal.
Selalunya anak-anak yang menerima pendidikan dan persekitaran yang tidak baik akan menunjukkan sikap sebenar mereka apabila mereka berada di alam persekolahan atau meninjak usia remaja. Tidak hairan, kebanyakan kes jenayah melibatkan usia remaja. Ini termasuklah anak-anak remaja yang terlibat dalam kes mencuri, mencederakan orang lain, dadah, seks rambang, pembuangan anak dan paling memilukan jenayah berat s
Apabila membaca berita begini, terlintas di fikiran kita tentang pengaruh-pengaruh luar yang menyebabkan anak-anak menjadi liar dan tidak terkawal. Ya, pengaruh dari persekitaran memang tidak dapat dihalang. Namun, Seperti yang diberitakan sejak awal bahawa keikhlasan menjalankan amanah sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan membantu mereka menggunakan akal dalam menerima atau menolak pengaruh yang mendatangi mereka.
Anak-anak umpama kain putih. Ibu bapa adalah pencoraknya. Apabila anak-anak dewasa, mereka akan cuba mengubah atau menokok tambah corak yang telah dilakarkan. Jika corak yang dilukis sedari awal oleh ibu bapa merupakan corak kelekaan, maka apabila si anak dewasa, corak kelekaan itu akan merugikan anak-anak kecuali anak tersebut bijak berfikir dan mencorakkan sendiri kehidupan mereka dengan corak yang bermakna.
Membentuk manusia bukan dengan menghantarnya ke sekolah semata-mata. Setinggi atau selama mana manusia bersekolah, tidak akan mampu mengubah sikap buruknya jika akar umbinya iaitu iman tidak ditanam sedari kecil. Malah sedari awal pembentukan manusia di dalam rahim ibu, manusia di sekelilingnya terutama ibu bapanya harus mencorak diri mereka dengan corak yang bermakna disulami dengan iman dan akal yang utuh. Dengan demikian, generasi yang terlahir dan membesar kelak adalah generasi yang bermakna dan bermanfaat untuk bangsanya dan agamanya.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...