Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Mac 10, 2010

Nasihat Untuk Suami

Lycos Search
Search:The WebTripod
iconReport Abuse « Previous | Top 100 | Next »logo
angle graphic
share: del.icio.us | digg | reddit |furl | facebook

Tip-Tip Buat Sang Suami

BILA MATA KITA TERLIAR SEDIKIT

Pada petang yang aman damai, maka kita pelawalah isteri dan anak-anak kita bersiar-siar di taman-taman rekreasi untuk memecah"monotonous"demi kebahagiaan rumahtangga kita. Pusing punya pusing mencari tempat letakkereta maka jumpa juga akhirnya di sudut yang agak ramai pengunjung ditaman itu. Kita pun mencari kawasan lapang untuk diletakkan tikar dan bekalanmakanan sekadar memeriahkan lagi suasana berekreasi itu. Anak-anak kitayang aktif tu kita biarkan mereka melompat-lompat dan berlari melakonkansemula bintang pujaan TV mereka "gagahnya power rangers" dan "ajaibnyadoraemon", yang mana kita sendiri gagal membendongnya. Pada ketikainilah isteri kita akan bertambah manja berdamping rapat duduk di atastikar itu. Dengan air mukanya yang berseri senyum memanjang melihat keindahanalam sekeliling.

Ramailah pengunjung lalu lalang di hadapan dan di belakang kita termasuklahjuga anak-anak gadis bersendirian, dengan keluarga dan berkumpulan bersama-samamenikmati keindahan alam rekreasi ciptaan Illahi itu. Sebagai insan yangsentiasa terdedah oleh bisikan syaitan, kadang kala mata kita "terjeling"juga mengekori bayangan mereka yang baru lalu di depan terutama sekaliyang telah menghiasi diri mereka untuk ditontoni. Pandang pertama dikiratidak mengapa kerana ia adalah gerakan spontan dari refleksi saraf kita(tetapi hanya beberapa saat sajalah). Tetapi jika kita ulangi dengan pandangankedua dan ketiga dengan pandangan yang seolah-olah ingin "ta'aruf" dengannyamaka yakinlah, pada ketika ini isteri kita telah dan sedang memerhatikanarah tuju panahan mata kita itu. Isteri kita tidak menegur dan terus mendiamkandirinya sambil memendam rasa dan bertambah remuk lagi jika dilihatnya kitabertambah ghairah hingga sanggup memalingkan kepala 90 darjah ke arah "objek"tersebut. Kita tidak perasan dan memang kita orang lelaki ni tiada perasandan kurang perasaan. Bersukarialah kita bergelak ketawa dengan anak-anaktetapi isteri kita telah mula pudar senyuman dan jika diagah sekali punakan kelihatan agahannya itu dibalas ala kadar sahaja.

Maghrib telah hampir tiba, maka kita pun berkemas semula untuk kembalike rumah. Jelas kelihatan anak-anak kita puas dan malah ada yang tidakmahu balik kerana masih belum puas "berpower rangers" di situ. Tetapi tidakpada isteri kita. Kita pun naik hairan!. Bagi isteri yang "cool" sedikitakan bersindir dulu dengan kata, "Tadi tengok anak dara baju merah tu macamnak makan aje!" Bagi isteri yang lebih berani akan berkata, "Apalah youni, depan I you tengok perempuan lain pulak.. malulah I".

Bagi suami yang cepat-cepat sedar kesilapannya akan terus membalas dengangurauan seperti, "Wow! you nampak ke?, Ala hai, depa dah lalu, tengok sikitaje, bukan apa-apa, sorry lah ye!. Itu lintasan syaitan mata I aje". Kesyang ini biasanya menyejukkan kembali gelora kepanasan darah geram di lubuksanubari iateri kita tu.

Bagi suami yang ada ego tu akan mempertahankan benang basahnya dengan," Esy! tak de lah, I tak tengok pun". Kes begini akan memanaskan lagi suasanadengan perdebatan yang bertambah panas seperti, " Apa, you ingat mata Ini buta ke?". Pada ketika ini, anak-anak dibelakang tu dah"confuse"dengan tingkahlaku emaknya. Mereka mungkin menyebelahi ayah mereka. Sampailahke rumah perdebatan yang tiada berkesudahan yang berjalan tanpa pengadil-pengadilyang arif lagi bijaksana menetapkan keputusannya.

Mengapa boleh terjadi demikian?

Seorang isteri akan terasa hilang maruah, rendah harga diri sebagaiseorang isteri jika suaminya, dengan kehadiran isteri, melihat perempuanlain dengan pandangan yang "memiangkan" suasana. Mereka tidak akan menegurkita semasa kejadian itu sedang berlaku kerana ingin menjaga maruah suamiyang dicintainya itu dikhalayak ramai. Tetapi jika tegurannya itu semasadi dalam kereta (mana-mana isteri yang tidak sabar tu) atau bila dah sampaidi rumah (mana-mana isteri yang "cool") dinafikan oleh suami, maka bertambahremuklah hatinya dan akan hilanglah kepercayaan setia kawannya kepada kita.Jika ini yang terjadi, maka selepas sahaja peristewa ini, isteri kita tidaklagi percaya kepada kita dan amat payahlah untuk kita berkomunikasi secaraberkesan dengannya. Sebab hati dan pemikirannya telah negatif terhadapkeikhlasan kita. Isteri kita akan sentiasa ingat peristiwa ini sampai bila-biladan akan dikeluarkannya apabila perlu untuk mematikan hujah-hujah kitasemasa kita berhujah nanti.

Oleh itu, sentiasalah ingatkan diri kita akan pesanan Allah SWT untukmenundukkan pandangan mata agar bukan sahaja tidak melakukan zina matatetapi tidak meremukkan kepercayaan isteri kepada kita. Kalau terpandangpertama, tak apa, tetapi cepat-cepatlah beristighfar... dan usahakan jangandiulangi pada kali kedua walaupun tiada isteri di sisi kita. Allah MahaMelihat.

Selamat Mencuba.

Pergi ke atas


ISTERI SELALU NAK IKUT

Kita bergegas-gegas nak ke kedai beli barang keperluan yang dipesanoleh isteri kita tadi sedangkan pada waktu yang sama kita ada temujanjidengan rakan sepersatuan / sejamaah. Disebabkan isteri kita tak boleh belisendiri barang keperluan itu maka kita pun setuju membelinya. Tapi sedangkita dah bersiap nak keluar ke pintu, isteri kita pun dengan lembut daribelakang bersuara, "Abang, nak ikut". Kita tengok pakaiannya masih lagipakaian nak masuk tidur kemudian kitapun tengok jam di tangan untuk memberitahupadanya yang kita dah tak ada masa. Ada hal penting selepas ini.

Ada dikalangan kita yang mula naik berang,"Tak payahlah, Abang nak cepatni".Dengan melangkah laju ke kereta meluncur keluar ke tempat yang dituju.Maka merajuklah si isteri yang mula-mula nak bermanja tadi. Bagi di kalangankita yang lembut sedikit, akan berkata, "Siap cepat, Abang dah lambat ni".Maka si isteri tadi pun bergegaslah dia ke dalam bilik tidur untuk mengambilpakaian dan tudungnya (Boleh dalam 5 minit). Bila anak yang kecil tu nampak,semua pula nak ikut (Boleh dalam 5 minit lagi).. Kita pun dah 10 kali tengokjam ditangan. Mana-mana dikalangan kita yang cepat hot, akan mula meninggisuara dan terus ke kereta dan menghidupkan enjin. Mana yang keras dariini akan memicit hon dengan air muka mula naik macam cuka.

Bila si isteri masuk duduk disebelah, dia pula naik kecut sebab mukakita dah masam mencuka. Ada dikalangan kita yang membebel-bebel marah sebablambat.Akhirnya, harapan siisteri menagih belaian kemanjaan dari suamiyang dicintainya itu, punah beterbangan bersama-sama habuk jalanan digilistayar kereta kita yang melaju itu.

Mengapa boleh terjadi demikian? Kita suami-suami ni memang manusia yangsentiasa sibuk. Apabila diminta oleh isteri membuat perkara-perkara "remeh"seperti membeli barang dapur, yang sangkaan kita perkara itu dia pun bolehbuat, maka kita pun naik runsing. Mulalah datang persoalan di hati kita,mengapalah isteri kita ni terlalu "bergantung" pada kita.Bertambah runsinglagi, bila "start" saja kereta, dia pun nak ikut.

Tapi kalau kita lihat pula dari perspektif mereka, inilah peluang nakbermanja dengan kita. Terutama sekali jika isteri kita yang full-time-house-wife.Yang paling diminati ialah duduk di kerusi sebelah pemandu. Pandangan masyarakatkita, duduk di sebelah dalam satu kereta adalah satu pengiktirafan sosialmenunjukkan yang kedua insan itu sedang bercinta. Sedang dalam ayunan kasih.

Ada juga budaya dikalangan kita yang menyuruh isterinya duduk dibelakangsebelah kiri pemandu. Mungkin dengan alasan agar senang dia menjaga anakdan lebih selamat. Tetapi pernah tak kita tanya isteri kita, kerusi manapilihannya. Kebanyakan mereka akan memilih, "Kerusi disebelah pemandu tu."

Kadang-kadang isteri kita tu sanggup berebut dengan anaknya duduk dikerusi itu. Bukan apa, status kerusi tu disisi masyarakat adalah tinggi.Oleh itu, ajaklah dia selalu naik kereta dan kalau dia nak ikut, bawalah.Dia pun faham tugas kita. Dia tak akan kacau kita jika kita betul-betulsibuk.

Selain dari itu, banyak kelebihan isteri duduk disebelah kita semasakita memandu, sebab, bila kita nak makan kacang, dialah yang akan membuangkulitnya dan menyuap nanti. Masa inilah pula peluang kita bermanja dengannya.

Selamat mencuba dan sertailah dengan doa menaiki kenderaan setiap kalikita menghidupkan enjin kereta kita.


ISTERI MODIFYLIVING ROOM

Sekali sekala kita balik ke rumah dari pejabat, dengan sifat kita yang sentiasa sibuk ini, masuk ke rumah dan lihat ada perubahan pada susunankerusi, tv, rak buku dan gubahan bunga yang nampak tersusun cantik. Kitasenyum sedikit dan terus masuk ke bilik tidur untuk menanggalkan pakaian,mandi, solat dan terus ke dapur minum petang. Masa minum petang itu, isteri kita duduk berhadapan melayani kita. Dia seolah-olah menantikan sesuatudari kita. Apabila selesai minum kita pun terus ke hadapan dan duduk diatas sofa susunan baru itu. Kedudukan baru sofa itu menghala ke TV danTV pula menghadap ke tingkap. Apabila kita switch-on TV, maka jelas cahayadari tingkap melantun di atas kaca TV. Ini mengganggu pandangan kita terhadap gambar dalam TV itu. Maka kita pun terus komen, yang tv tu tak sesuai kedudukannya dan diminta pindah semula ke tempat asalnya. Bila isteri kita dengar sahaja komen dari kita, dia terus bangun meninggalkan kita tanpa sepatah kata. Mana-mana isteri yang "daring" sikit tu, akan berkata sambil bangun, "Abang sendirilah buat". Kita pun terpinga-pinga. Apa salah kita?

Cakap sikit dah merajuk! Tak fahamlah depa ni!. Maka, dari keadaan yang sepatutnya riang gembira suami-isteri menikmati kebahagian "rumah itu syurgaku" telah bertukar menjadi "rumah itu kembali menjadi cuka ku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa ini dari "dalamkasut" isteri kita.

Semasa kita di pejabat, isteri kita bersendirian duduk di living roomitu, selepas letih membasuh baju dan memasak (kekadang belum masak lagi),memerah otak bagaimana nak menyusun semula suasana living room itu agarnampak lebih professional. Sebab dia tahu abangnya itu seorang yang professional.

Bersendirianlah dia mengangkat, mengubah kerusi, meja, rak-rak dan sebagainya.Berbagai-bagai kedudukan dibuat agar tv itu sesuai tempatnya. Dan memangdia sedar kedudukan tv yang terakhir itu akan menyebabkan "glaring" daricahaya tingkap, tapi itulah yang terbaik untuknya.

Kadang-kadang dia berlakun sekejap menjadi suaminya, dengan beraksibuka pintu dan masuk ke living room kemudian dia akan "terkejut" keranacantiknya susunan itu. Dia pun puas sendirian. Lepas itu dia ke dapur pulauntuk memasak untuk kita dan anak-anak kita.

Bila terdengar sahaja bunyi kereta kita masuk ke halaman rumah, hatinyaberdebar-debar menantikan kata-kata indah dari suaminya laksana menunggujuru acara majlis Oscar Award mengumumkan pemenang "Pelakon Terbaik".Bila kita masuk sahaja ke dalam rumah, hatinya bertambah berdebar dan terpantulukiran senyum tanpa darah di bibirnya. Tapi alangkah sedih di hatinya biladilihatnya kita tidak perasan akan perubahan di living room dan berlalulaksana keretapi ekspres melintasi stesen keretapi Padang Rengas. Dia masihmenaruh harapan pujian akan juga diperolehinya apabila berhadapan bersamasuaminya meminum petang itu. Hampa juga dia, kerana tajuk perbincangankita hanya tertumpu kepada kerja kita di pejabat yang sungguh mencabarkesabaran kita tadi. Bertambah kecewa dia apabila kita komen kedudukantv tadi yang tidak sesuai. Maka terus melentinglah dia. Menyampah padasuami yang dia amat sayangi ini. Benci dalam sayang.Suami tidak menghargaiusaha murni dia pada hari itu.

Oleh itu, para suami yang dimuliakan, pandang-pandanglah dan dengar-dengarlahsekitaran dan dalam rumah sebaik sahaja kita sampai ke rumah. Terutamaisterinya seorang guru maka berhati-hatilah pada hari Sabtu atau isteriyang bercuti sendirian, maka berhati-hatilah jika balik ke rumah. Yanglebih parah sekali ialah isterinya yang full-time house wife, makaanda perlu berhati-hati setiap kali balik ke rumah atau boleh ingat hari-hariistemewa anda dan dia. Bila nampak susunan baru atau lebih bersih rumahpada hari itu, maka janganlah kedekut untuk mengatakan, "Wow! is thismy house?.. siapa interior designernya ni?. Anda akan lihat kembangkincup batang hidung isteri kita itu. Jika kita dapati sesuatu susunanyang tidak sesuai pada pandangan anda, tahan dulu komen itu, biarkan diasendiri yang menceritakan kelemahan rekaciptanya itu. Memang secara tobiinya, apabila kita puji susunan barunya itu, dia akan terus menyatakan kelemahansusunan itu, seperti, "Tadi Yah dah banyak kali cari tempat TV tu yangsesuai, tapi tingkap tu juga yang kacau, cahaya dia kacaulah. Nak letakdi koner tu agak tak sesuai sebab plug tu nampak keluar, hodoh pandangan.Jadi Yah akhirnya buh kat situ". Untuk mengembirakan hatinya lagikita boleh tambah, "Nanti abang belikan langsir tebal warna merah yangsesuai dengan kapet kita ni ya." (Tapi check dulu poket tu, jangan sebarangankeluar kata-kata).

Saya yakin isteri kita akan sungguh gembira mendapat pujian dan terasadirinya dihargai dan akan sentiasa looking forward menunggu kita balikdari pejabat. Kalau kita boleh memuji staf bawahan kita di pejabat yangproaktif membersih ruang pejabat kita, maka mengapa tidak kepada isterikesayangan kita sendiri. Barulah kita dapat belaian kasih mesra dari isterikita yang tercinta itu. Puji-pujilah, jadikanlah ia sebagai budaya kita.

Selamat mencuba.


LUPA JANJI

Satu petang yang cerah kebiruan langit di awan, kita pulang ke rumahdari pejabat dengan seribu satu rancangan untuk dilaksanakan sebaik-baiksahaja tiba di rumah. Tetapi dalam keseribuan rancangan itu, tiada satupunkita senaraikan program bersama isteri dan anak-anak dan kalau adapun kitaletakkan dibaris yang terbawah sekali dari segi keutamaannya. Maklumlahselain dari menjalankan amanah di pejabat, kita juga memikul amanah didalam masyarakat atau persatuan atau jamaah yang kita anggotai itu.

Tiba sahaja di rumah, kelihatan isteri kesayangan kita itu telah berpakaianagak baru. Anak-anak kita juga kelihatan kemas tersusun rapat sikatan rambutmereka. Dari segi tingkahlaku mereka, nampak-nampak sedang bersiap sediahendak berjalan ke mana-mana. Tapi tak sound pun. "Ah! mungkin memang dahmandi awal petang tu", sangkaan kita. Isteri kita masih meneruskan kerja-kerjanyamenyediakan minuman petang untuk kita. Disebabkan kita ni jenis manusiayang kurang perasan atau memang tiada perasaan, maka kita biarkan dia memperagakanpakaian itu bersama-sama dengan anak-anak kita tanpa soal.

Selepas minum petang tanpa memberitahu isteri, kita terus keluar bersama-samadengan fail urusan persatuan untuk ke rumah sahabat berbincang hal-halpenting mengenai persatuan kita.

Sebelum melangkah keluar pintu, barulah isteri kita datang dari belakangbersuara dengan lembut, "Abang, kan janji, kalau hari cerah tak hujan nakbawa anak-anak ke taman bunga".

Kita tersentak teringatkan janji itu. Memang kita telah berjanji tetapimungkin 2-3 minggu yang lalu. Dah lupa pun. Disebabkan kita telah berjanjisecara serius dengan AJK Persatuan kita tadi, maka kita pun patahkan ungkapanisteri kita tadi dengan menggunakan kuasa veto kita, "Abang ada hal pentinglahpetang ni, lain kali lah ya!".

Bila terdengar aje jawapan dari kita tu, isteri kita dengan wajah yangmula nak nampak kecewa menghembuskan nafasnya melalui hidungnya terus mengkritik,"Itulah bang, asyik persatuan persatuan persatuan je, lain kali janganberjanji dengan budak-budak tu".

Kalau kita jenis yang cepat sedar akan kesilapan, kita terus mengakukesilapan dengan merendahkan suara sedikit untuk memujuknya, "Oh ya Abanglupalah, boleh tak kita pergi besok. Besok abang janji betui-betui,"Bagi isteri yang senang dipujuk, maka selesailah masalah. Tapi awas, peristiwamungkir janji ini akan menjadi bahan yang kukuh untuk dia serang kita lagijika kita terlupa lagi.

Bagi kita jenis yang kuat egonya akan mula nak menegakkan benang basahkita dengan mengatakan, "Alahai, you pergilah sendiri bawa budak-budaktu, I ada meeting penting ni". Bagi isteri yang dah mengagak akan jawapanyang akan diterimanya ini, akan bingkas berjalan laju terus ke dalam biliknyamenutup pintu bilik dengan sekuat tenaganya agar reda sedikit geram panasyang meluap dalam dadanya itu. "GEDEGUMMM!".

Kita pun terpinga-pinga. Nak terus ke tempat mesyuarat, hati dah tidaktenteram. Nak bawa anak-anak ke taman, ibu mereka dah merajuk di dalambilik. Pening pening kepala.

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa tadi.

Kesemuanya ini berpunca dari:

1. Kita tidak menghiraukan atau tidak peka kepada mesej yang hendakdisampaikan kepada kita oleh isteri melalui bahasa badannya.

2. Kita suami mudah lupa akan janji-janji "remeh" dengan anak-anak danisteri kita. Remeh ini bermaksud tidak menjadikan keutamaan pada kehidupankita tetapi ia adalah besar dan penting bagi isteri kita.

Sepatutnya apabila kita nampak sahaja isteri berpakaian lebih sikitdari biasa, ini menunjukkan dia sedang berkomunikasi dengan kita sesuatumesej yang memerlukan kita bertanya kepadanya. Itu yang dia pinta sebaiksaja kita sampai ke rumah tadi seperti, "Hai lawa ni, nak ke mana sayang?".

Dia mungkin menjawab, "Tadi budak-budak tu bising sangat nak tengokburung dan rama-rama di taman bunga tu, dulu depa tak dapat pergi sebabhari hujan, jadi Mah pujuk depa tunggu abah balik, sebab hari ini tak hujan."

Kemungkinan besar, isteri kita tadi telah bertegang leher memujuk anak-anakyang tak sabar-sabar nak ke taman bunga, sebab kita dah berjanji akan pergijika hari tak hujan.

Kalau kita bijak, kita sedar bahawa kita sedang menghadapi konflik dengankehendak rakan-rakan kita dengan kehendak anak-anak dan isteri. Kedua-duanyakita telah berjanji. Kita sedar kita telah terlupa akan janji dengan anak-anaktu. Maka amat baik jika kita ajak berbincang dengan isteri dan anak-anak.Peringkat awal begini memang masing-masing masih cool. Mudah berbincang.

Jangan tunggu hingga kita dah nak start kereta dan isteri kita tercegatkat pintu bersama-sama dengan anak-anak yang juga bercekak pinggang meninggikansuara, baru kita nak ajak berbincang. Ini dah terlambat.

Bagi suami yang paling bijak, dia akan memikirkan bagaimana dapat memenuhikehendak kedua-duanya sekali. Mungkin memindahkan tempat mesyuarat persatuanke taman bunga dan pada waktu yang sama melepaskan anak-anak bersama ibumereka menikmati keindahan taman itu. Atau macam-macam lagi asalkan diselesaisecara kolaborasi.

Asas kepada permasalahan ini ialah kita perlu memahami mesejnya melaluikomunikasi bahasa badan isteri kita. Dan pastikan kita ingat janji-janjikita walaupun sekecil mana dari pandangan kita, walhal, ianya besar dariperspektif isteri dan anak-anak kita.

Selamat berhati-hati dalam merenung dan berjanji. Sebab orang-orangyang memungkiri janji adalah orang-orang yang memiliki sifat-sifat orangmunafiq. Tetapi jika anda ditemani oleh isteri yang solehah yang mengertiapa itu pengorbanan dan perjuangan, maka kemungkinan besar kesalahan andaini akan diampuninya dan diredhainya perjalanan anda ke tempat mesyuaratitu.

Wassalam.


SILA GUNABAHASA "SAYA"

Waktu hujung-hujung minggu, biasanya kita yang sibuk dengan kerja-kerjadi pejabat tu, amatlah teringin untuk berehat dengan erti kata rehat yangsebenar-benarnya. Seperti relax membaca akhbar, majalah-majalah dan bersantaidi kerusi empuk tu bermandikan cahaya sinaran TV yang akan dibuka dari7.00 pagi sampailah ke 11.00 malamnya. Kalau boleh tak mahu langsung membuatkerja-kerja yang memenatkan sama ada otak maupun otot-otot ni. Jadi denganniat yang telah kita lafazkan di dalam hati tu sejak awal-awal pagi lagi,maka segala otot-otot kita pun turut menerima arahan otak tu dan terusmengendurkan dirinya dan ingin saja berehat bersama-sama dengan anggotabadan kita yang lain. Maka tenggelamlah kita di dalam empukan sofa "malas"kita tu hingga ke waktu yang ditentukan oleh kita sendiri.

Anak-anak yang kecil-kecil yang masih mahu bermanja lagi dengan kitaakan mengambil kesempatan ini untuk menguasai kita dengan memanjat di belakangdan sampai naik ke atas kepala kita laksana "King Kong" menguasai Towertertinggi di New York tu. Kita relakan anak-anak itu berkingkong ke ataskita kerana inilah sahaja masa untuk kita bermesra dengan mereka. Malah,memang pada hujung minggu inilah anak-anak kita itu menantikan-nantikanwaktu ayah mereka duduk berehat di atas sofa kegemaran kita tu. Merekamerasakan inilah peluang mereka untuk mengetuk, mencekik, memanjat danmalah mengencingkan air kecil mereka ke atas riba kita. Maka seronoklahmereka dan kita. Kita biarkan mereka berbuat apa saja ke atas kita asalkanmereka tidak mengarah atau menyuruh kita buat kerja-kerja yang memerahotot-otot kita.

Lain pula dengan isteri kita. Peluang hujung minggu ni lah nak suruhabangnya tinggikan sikit gambar permandangan yang baru dibeli, sebab rendahsangat nanti orang tak nampak. Sapu sawang pada siling yang tinggi tu sebabnampak huduh macam rumah tak bertuan. Gosok sikit lantai mosaik di bilikair tu sebab nampak hitam berlumut, nanti malu kalau orang datang nak gunabilik air tu. Nak ubah katil "king size" tu ke sebelah kanan bilik, sebabdah jemu dengan kedudukan yang sedia ada ni dan macam-macam lagi agendanyayang sentiasa kreatif dan inovatif itu.

Maka apabila dia lihat sahaja kita sedang terbaring menghadap TV atausedang membaca akhbar atau majalah tu selepas menjamah sarapan pagi, diaakan berkata, "Lantai di bilik air tu kotor lah bang, mengapa abang tak cuci lagi,nanti orang datang rumah kita, malulah kita bang!. Atau "Abang, gambartu abang pasang rendahlah bang, nanti tak nampaklah, tak cantik, rugi ajebeli gambar lawa-lawa tapi tak nampak. Tinggikannya sikit bang!" Atau mana-manaisteri yang berani sikit tu atau yang rasa ada kuasa sikit tu akan berkata,"Abang ni sama aje macam budak-budak tu, tiap hari minggu mengadap TV takhabis-habis, tu hah, sawang dah naik hitam kat siling atas kepala awaktu, tolonglah Yah, Yah tak sampai nak cuci tu, tinggi sangat".

Maka kita pun rasa tergugat dengan serangan-serangan pagi dari isterikita tu. Sebab memang kita tidak bersedia untuk membuat apa-apa malah apalagi untuk menangkis serangan tersebut. Jika difikirkan alasan isteri itupunada benarnya, tetapi hati kita tetap tidak setuju dengannya. Mulalah kitamencari alasan-alasan yang munasabah untuk menangkis serangan isteri tadiatau mencari "bom tangan" yang dapat mengalahkannya secepat mungkin agarkeselamatan "awam kita" terjamin untuk pagi itu. Jawapan kita kadang-kadangbegini,

" Alahai, nanti abang buatlah" "Abang letihlah, panggil tukang gambarlahuntuk repair, nanti abang bayar". "Takkan tak boleh sampai, ambil buluh,sambunglah dengan batang sapu sawang tu, kalau hendak seribu daya tak hendakseribu dalih".

Harapan kita agar isteri akan puas dengan jawapan kita. Tetapi sebaliknya,serangannya bertambah bertalu-talu menggunakan meriam penangkis kapal terbangpula. Hujahnya bertambah logik berserta dengan sejarah-sejarah silam yangkita pernah berjanji tetapi tidak kita laksanakan. Akhirnya niat kita untukberehat telah bertukar menjadi gelanggang berentap memenangkan objektifmasing-masing di pagi hujung minggu.

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita selami puncanya.

Kita dan isteri kita banyak menggunakan bahasa "awak" dari bahasa "saya".Ini yang menyebabkan kita seolah-olah serang menyerang semasa kita berkomunikasi.Jika kita dan isteri kita menggunakan bahasa "saya", pasti komunikasinyaitu akan boleh diterima dengan baik oleh kita dan dia.

Contoh:

Bahasa "awak" yang dia gunakan tadi: "Lantai di bilik air tu kotor lahbang, mengapa abang tak cuci lagi, nanti orang datang rumah kita, malulahkita bang!.

Bahasa "saya" yang sepatut digunakannya:

"Yah nampak lantai bilik air tu tak berapa cantiklah, Yah sukalah kalauboleh dicuci sikit. Nanti kalau orang datang, hati Yah seronok kalau orangtu pakai bilik yang bersih."

Isteri ini langsung tidak menggunakan "abang" tetapi lebih membahasakandirinya dalam saranannya ini. Bukankah ianya lebih lembut dan tidak menyerangsuaminya. Tentu sekali suaminya boleh menerika kenyataannya ini.

Satu lagi contoh bahasa "awak":

"Abang, gambar tu abang pasang rendahlah bang, nanti tak nampaklah,tak cantik, rugi aje beli gambar lawa-lawa tapi tak nampak. Tinggikannyasikit bang!"

Bahasa "saya" yang sepatut digunakan:

"Yah sukalah kalau gambar tu dinaikkan sikit, baru nampak serinya, yatak bang?"

Jadi, jika suami-suami yang saya hormati ini telah memahami pendekatanbahasa "saya" ini, maka sampaikanlah kepada isteri saudara dan saudarajuga hendaklah mengamalkannya. Yakinlah, kita akan dapat menikmati kerehatanyang sebenarnya bukan hanya dihujung minggu malah setiap masa jika kitamengamalkan bahasa "saya" ini.

Selamat mencuba.

Pergi ke atas

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...