Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Mac 11, 2010

Membina Sikap Pemaaf Dengan 3 Langkah

Kali ni saya kongsikan 3 tips untuk membina sikap pemaaf dalam tiga situasi berbeza.
1. Sebelum tidur
Pada waktu Anda nak melelapkan mata, ambil masa 5 minit untuk melakukan teknik ini. Bayangkan kesemua wajah-wajah orang yang menyakitkan hati Anda dan yang membuat Anda geram.
Selepas, itu, tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat lalu hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat. Relakskan diri..longgarkan semua otot, sendi dan elak dari memikir apa-apa.
Kemudian, tutup mata. Bayangkan Anda berjumpa dengan orang-orang yang menyakitkan hati Anda tu, ibarat bertemu di sebuah meja bulat.
Dalam bayangan minda, katakan pada mereka yang Anda maafkan mereka. Katakan begini dalam hati
"aku maafkan kamu, kamu dah tak ada apa-apa salah denganku, sekarang pergi".
Hadirkan rasa kemaafan dalam diri Anda, hadirkan sehadir yang mungkin. Bayangkan wajah-wajah mereka lenyap, semakin lenyap, kabur, semakin kabur lalu terus menghilang. Anda akan rasa tenang selepas itu. Jangan fikir apa-apa selepas 1 minit, Anda boleh tidur terus kemudiannya. Esok pagi, Anda akan bangun dengan penuh bersemangat!
2. Di waktu siang
Setiap kali Anda sakit hati, geram, menyampah, meluat atau tidak puas hati, maafkan sesiapa sja yang menyakitkan hati Anda tu. Maafkan semaaf yang mungkin, kemudian lupakan selupa yang mungkin (jangan cuba nak ingat lagi).
Ia sukar pada peringkat awal, tapi bila dah berkali-kali melatih diri dalam sehari, ia akan menjadi tabiat Anda. Lama-kelamaan, membentuk Anda jadi insan pemaaf. Buat dulu baru tau kesannya!
Makanan dan minuman yang masuk ke perut kita membawa bersama energi dari emosi kita .
Senang cerita, jika ketika Anda minum mood Anda happy, Anda akan jadi hepi sepanjang hari. Kalau time minum atau makan tu Anda murung, marah, geram, sakit hati, maka Anda akan jadi begitu juga sepanjang hari untuk hari-hari seterusnya. Jadi, bila Anda sedang makan atau sedang minum atau berada di depan makanan, elak berubah menjadi pemarah, melahirkan rasa tak puas hati atau mengumpat keburukan orang.
Sebab, emosi yang terbit dari minda akan akan menghasilkan energi lalu ikut bersama makanan atau minuman Anda.
Lebih baik kiranya bila time makan atau minum, Anda hadirkan rasa kemaafan, rasa kekitaan dan persahabatan. Hadirkan seboleh yang mungkin, sehadir yang mungkin, selama yang mungkin. Ubah diri menjadi happy. Anda akan senang memaafkan kesalahan orang lain lalu melupakannya. Elak dari mengingat semula kesalahan-kesalahan tu, walaupun sedikit.

3 Tanda Kekotoran Hati.

Bagi Anda yang baru sampai ke sini, selamat datang ke iMotivasi.
Kali ni saya kongsikan 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.
3 tanda kekotoran hati saya mulakan dengan...
1. Dengki Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara. 2. Tamak Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.
3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.
Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja. Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta. Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.
Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!. Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.
Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...