Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Mac 11, 2010

motivasi diri

Membina Sikap Pemaaf Dengan 3 Langkah

Kali ni saya kongsikan 3 tips untuk membina sikap pemaaf dalam tiga situasi berbeza. 1. Sebelum tidur Pada waktu Anda nak melelapkan mata, ambil masa 5 minit untuk melakukan teknik ini. Bayangkan kesemua wajah-wajah orang yang menyakitkan hati Anda dan yang membuat Anda geram. Selepas, itu, tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat lalu hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat. Relakskan diri..longgarkan semua otot, sendi dan elak dari memikir apa-apa. Kemudian, tutup mata. Bayangkan Anda berjumpa dengan orang-orang yang menyakitkan hati Anda tu, ibarat bertemu di sebuah meja bulat. Dalam bayangan minda, katakan pada mereka yang Anda maafkan mereka. Katakan begini dalam hati
"aku maafkan kamu, kamu dah tak ada apa-apa salah denganku, sekarang pergi". Hadirkan rasa kemaafan dalam diri Anda, hadirkan sehadir yang mungkin. Bayangkan wajah-wajah mereka lenyap, semakin lenyap, kabur, semakin kabur lalu terus menghilang. Anda akan rasa tenang selepas itu. Jangan fikir apa-apa selepas 1 minit, Anda boleh tidur terus kemudiannya. Esok pagi, Anda akan bangun dengan penuh bersemangat! 2. Di waktu siang Setiap kali Anda sakit hati, geram, menyampah, meluat atau tidak puas hati, maafkan sesiapa sja yang menyakitkan hati Anda tu. Maafkan semaaf yang mungkin, kemudian lupakan selupa yang mungkin (jangan cuba nak ingat lagi). Ia sukar pada peringkat awal, tapi bila dah berkali-kali melatih diri dalam sehari, ia akan menjadi tabiat Anda. Lama-kelamaan, membentuk Anda jadi insan pemaaf. Buat dulu baru tau kesannya! 3. Ketika makan atau minum Makanan dan minuman yang masuk ke perut kita membawa bersama energi dari emosi kita . Senang cerita, jika ketika Anda minum mood Anda happy, Anda akan jadi hepi sepanjang hari. Kalau time minum atau makan tu Anda murung, marah, geram, sakit hati, maka Anda akan jadi begitu juga sepanjang hari untuk hari-hari seterusnya. Jadi, bila Anda sedang makan atau sedang minum atau berada di depan makanan, elak berubah menjadi pemarah, melahirkan rasa tak puas hati atau mengumpat keburukan orang. Sebab, emosi yang terbit dari minda akan akan menghasilkan energi lalu ikut bersama makanan atau minuman Anda. Lebih baik kiranya bila time makan atau minum, Anda hadirkan rasa kemaafan, rasa kekitaan dan persahabatan. Hadirkan seboleh yang mungkin, sehadir yang mungkin, selama yang mungkin. Ubah diri menjadi happy. Anda akan senang memaafkan kesalahan orang lain lalu melupakannya. Elak dari mengingat semula kesalahan-kesalahan tu, walaupun sedikit.

Sehari Seminit

Setiap hari, luangkan masa membaca artikel-artikel motivasi hanya untuk seminit. Tidak kira waktu pagi, tengahari, malam atau dekat time nak tidur, luangkan masa seminit. Mengapa pula seminit? Sebab artikel motivasi pendek cepat melekat di ingatan berbanding artikel motivasi yang panjang sedikit. Minda Anda akan lebih fokus pada pembacaan yang
pendek, ringkas dan direct to the point. Bila selalu membaca artikel motivasi sehari seminit, lama-kelamaan ia akan menjadi tabiat diri Anda. Kesanya, memotivasikan Anda serta memberi Anda booster semangat serta merta, lebih-lebih di saat Anda sedang berdepan dengan cabaran getir. Cara lebih baik, luangkan masa seminit diwaktu pagi. Selepas tu, seminit di waktu tengahari. Kemudian, seminit di waktu petang. Akhir sekali, seminit dikala Anda mahu melelapkan mata. Cabar diri Anda untuk melakukan sehari seminit hari ini juga. Mari kita mulakan sekarang!

Sembilan Langkah Asas Menghadapi Masalah

Dalam tips motivasi kali ini, saya berikan Anda 9 langkah asas dalam menghadapi masalah. Langkah-langkah tersebut adalah :
  • Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.
  • Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!
  • Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negati. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.
  • Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.
  • Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.
  • Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.
  • Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri)sekarang juga!
  • Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.
  • Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu.
Pilih untuk jadi orang yang sentiasa bermotivasi hari ini juga!

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...