Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Followers

Selasa, Mac 16, 2010

mak mertua

Korang yang dah kahwin, mesti ada mak mertua kan. Lain la kalau kahwin dengan anak yatim. Memang sah-sah selamat tak de mak mertua..he..he

So, macam mana mak mertua korang? Ada best? Ngam dengan korang? Ada kacau hidup korang sekeluarga? *Cerita ni cuma bagi yang tinggal berasingan dengan mak mertua okeh… yang duduk sama-sama tu eden tak leh kato apo la…he..he*

Me rasa, me memang bertuah sebab ada mak mertua yang silent mode. Silent mode lah sebab lepas kahwin takde nak sibuk-sibuk ambik kisah hal kami suami isteri. Tak de nak paksa-paksa anak dia menurut perintah dia setiap masa. Tak de bising-bising walaupun kami jarang-jarang balik rumah dia *ala..rumah pun dekat je pun…he..he*

Ada sorang kawan perempuan ni… asal weekend je dia risau… lagi-lagi kalau weekend bersambung dengan public holiday dan menjadi cuti yang panjang… berkali-ganda la dia risau.

Kita kalau weekend atau cuti panjang seronok habis. Sebab boleh lepak kat rumah.. golek-golek dengan anak… guling-guling dengan suami kan. Tak pun boleh ‘beli tingkap’ kat shopping complex *window shopping daaaa*… tak pun cuti-cuti malaysia. Lagi seronok kalau adagathering dengan mommy bloggers se malaya…ha..ha..ha

Tapi dia tak. Hari Khamis atau Jumaat je mula muka tak senang duduk. Resah memanjang!

Sebabnya, mak mertua dia lah! Kephochi dengan hidup suami dia tak habis-habis. Dah 10 tahun kahwin pun, mak mertua dia masih tak nak terima hakikat yang anak lelaki dia ni dah ada keluarga sendiri.

Bayangkan, dalam sebulan..sekurang-kurangnya 2 kali weekend mesti nak datang rumah kawan saya ni. Kadang-kadang tu setiap weekend mak mertua tu datang lepak rumah dia. Sebab tu la dia tak suka weekend!

Okeh la.. mak mertua datang tak kisah lah. Tapi kalau datang malam Jumaat, balik malam Ahad…siapa yang tak hot. Sekali sekali tak pe la… ni berkali-kali.

Tak paham-paham ke, yang kawan me tu ada anak 2 orang.. seorang tu dah sekolah darjah 4. Dia ni kan kerja so weekend tu je la masa yang ada untuk buat kerja-kerja macam basuh baju, gosok baju, golek-golek dengan anak, guling-guling dengan suami dan jalan-jalan.

Habis tu, kalau mak mertua yang jenis muka tembok datang selalu kat rumah, bila masa nak buat semua tu. Nak tak nak, kena sengkang mata tak tidur sampai pagi nak settle semua kerja rumah.

Datang weekend atau time cuti panjang satu hal. Lepak lama-lama pun satu hal.

Cerewet lagi satu hal. Mak mertua kawan me ni memang cerewet tahap gaban. Rumah kalau boleh tak nak ada habuk walau sebesar kuman. Toilet kena berkilat-kilat macam toilet hotel. Cadar kena tukar selalu. Dapur kena sparkling. Sepah-sepah tidak boleh sama sekali.

I mean, hello? Kawan ni kan anak dua… memang la rumah macam tongkang pecah. Dah kemas pun memang jadi kapal pecah balik la.

Sebab tu kalau mak mertua dia confirm nak datang je, kawan me ni memang bad mood. Dia kena bersihkan rumah, cuci toilet, mop lantai dan simpan semua baju tak berlipat *setinggi gunung*. Semua ni kena buat sebelum mak mertua dia datang. Dan sebab dia kerja, so kena la buat benda ni semua malam hari. Kadang-kadang sampai 2-3 pagi tak tidur gara-gara mak mertua cerewet nak datang.

Pasal makan pun cerewet. Tak boleh makan itu. Ini pun tak boleh. Waaaahhh, tabik spring la kawan ni sebab masih bertahan sejak 10 tahun yang lalu.

Satu lagi, kalau mertua sahaja yang datang lepak masih boleh diterima lah. Tapi mak mertua dia ni, kalau datang mesti dia ajak adik ipar dan biras-biras semua datang melepak sama rumah dia! Jadik port lepak-melepak pulak rumah dia. No privacy at all!

Even kalau kawan ni dah plan nak makan angin dengan family ke mana-mana, mesti mak mertua pun nak ikut. Bukan sekali-sekali tau.. tapi every time diaorang plan nak jalan-jalan, mesti mak mertua nak involve. I mean, come on lah!! Jangan la menyibuk dengan hal rumah tangga anak setiap masa. Diaorang pun nak juga private time bersama family sendiri jugak.

Fine lah kalau mak mertua nak ikut, tapi yang dia pergi ajak segala adik ipar dan biras sekali join the holiday tu macam mana? Tu bukan nak bercuti lagi namanya… dah jadik family day pulak tu.

Kawan me kata.. okeh fine la kalau semua nak ikut. Tapi nak ikut pandai, tapi semua expense dan makan minum, husband dia yang kena tanggung. They all buat muka seposen. She means, everthing tau! Lari segala budget.

Oh.. me memang sungguh kasihan dengan my friend. Seksa jiwa dan raga melayan kerenah mak mertua dia ni.

*Weekend ni mak mertua dia nak datang lagi, walaupun the kawan sudah bagitau yang anak dia sekolah ganti sabtu ini. Tensen tahap gaban the friend you know! *

2 ulasan:

Ummi Hanie berkata...

salam ...

masyaAllah .. dahsat le kalo cenggini .. hubby sy pun jenis anak mak gak,jantung ati maknye..anak laki,sulung lak tuu..tiap2 ari calling2 maknye bukan sekali dua..berkali2..tp alhmdllh la idup kami x la dikacau sampai mcm tu skali...sy pun byk mengalah...time balik kmpg tu,nak layan mak/family dia,layan je la..jgn tepikan sy sudah...betul tak kak ??

abahumiliya berkata...

alhamdulillah lah kalau camtu ummi hanie..kita taknak..yg suami tu...jarang2 nak teringgat kat mak..dia ...betul tak...

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...