Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Ahad, Mac 07, 2010

Konflik rumah tangga jangan biar anak tersepit

Perselisihan faham, pertengkaran dan pergaduhan antara suami isteri adalah konflik yang biasanya jarang dapat dielak dalam sesebuah rumah tangga. Apabila perkara tersebut terjadi ia sememangnya menyusahkan bukan setakat kepada yang bergaduh malah orang sekeliling terutama sekali anak-anak.

Suami atau isteri yang menjalinkan hubungan sulit pasti akan diselubungi rasa bersalah, manakala pasangannya pula pasti akan rasa tertipu dan rasa teraniaya - kesimpulannya kedua-dua pihak pasti rasa kecewa dan tidak tahu apakah langkah seterusnya yang patut diambil.

Apabila krisis rumah tangga berlaku, ada ibu bapa yang berusaha untuk tidak melibatkan anak-anak tapi sebenarnya anak-anak adalah pihak yang paling terkesan akibat pergaduhan rumah tangga. Lebih teruk apabila pergaduhan antara suami isteri telah meletakkan anak-anak dalam keadaan tersepit di tengah-tengah apabila krisis tidak dapat mencapai kata sepakat. Ramai individu yang melakukan perkara-perkara mengejutkan sebagai cara menangani perasaan marah atau kecewa yang dialami.

Bagaimanapun, seboleh mungkin ibu bapa pasti tidak mahu untuk 'menjangkitkan' perasaan kecewa itu kepada orang lain terutama anak-anak. Kisah yang dialami pasangan Mariam dan Rahim (bukan nama sebenar) ini mungkin boleh diambil iktibar bagaimana untuk menangani situasi dengan anak-anak apabila salah seorang pasangan berlaku curang. Bagi Mariam apabila mengenang kecurangan Rahim, perkara yang paling dibimbangi oleh wanita itu ialah sejauh mana ia akan menjejaskan perasaan anak-anaknya seramai empat orang.

Mariam bimbang bukan saja anak-anak akan kecewa apabila mengetahui apa yang dilakukan bapa mereka, tetapi ia juga akan memberi contoh buruk. Selama ini Mariam dan Rahim sentiasa mengajar anak-anak mereka supaya berlaku jujur dan menunaikan janji yang mereka buat - tetapi di sini Rahim telah berlaku sebaliknya. Disebabkan Mariam baru saja tahu tentang kecurangan suaminya, dia berasa belum bersedia untuk memberitahu anak-anaknya.

Rahim pula mengambil keputusan tinggal sementara di rumah kakaknya bagi memberi ruang kepada isterinya. Dengan ketiadaan Rahim, Mariam mula mencari alasan yang munasabah bagi memberitahu anak-anak bahawa ayah mereka tidak tinggal serumah lagi. Mariam tidak suka berbohong atau berpura-pura seolah-oleh segalanya berjalan dengan baik, tetapi dia juga tidak tahu bagaimana untuk memberitahu cerita yang sebenar. Berikut beberapa panduan bagaimana perlu berhadapan dengan anak-anak apabila rumah tangga tidak mampu di selamatkan lagi. Berterus-terang Paling penting adalah digalakkan untuk berterus terang dan bercakap dengan penuh integriti dengan anak-anak jika anda menghadapi situasi seperti ini. Memang ada beberapa isu yang mungkin timbul yang perlu difikirkan seperti tahap usia yang tidak sesuai, tetapi anak-anak tidak harus berpura-pura seolah-olah segala-galanya baik sedangkan realitinya tidak begitu. Jika pasangan anda mempunyai hubungan dengan orang lain - atau jika anda sendiri yang berlaku curang - putuskan cara terbaik dan selesa untuk menjelaskan kepada anak-anak tanpa perlu membebankan mereka. Dalam kes Mariam, dia sedar sudah tiba masanya untuk berterus-terang dengan anak-anak.

Suatu petang dia memanggil semua anak-anaknya dan menjelaskan bahawa ayah mereka telah memungkiri janji pada Mariam dan sebagai isteri dia berasa sedih, marah dan terluka. Mariam menjelaskan bahawa buat sementara ini bapa mereka tinggal dengan kakaknya dan tidak tahu sama ada rumah tangga mereka akan kekal.

Tetapi dia turut menyakinkan anak-anak bahawa bapa mereka tetap sayangkan mereka dan akan terus berjumpa mereka selepas ini. Mariam juga menegaskan bahawa ini adalah cabaran yang sedang dihadapi oleh dia dan Rahim dan ia tidak merubah hakikat bahawa mereka adalah sekeluarga dan tetap saling menyayangi. Jangan buat andaian Mariam berulang kali terfikir dan berlatih cara untuk menerangkan kepada anak-anak mengenai kecurangan Rahim dan tentang keadaan hubungan dia suami isteri kepada anak-anak. Pada mulanya, Mariam menimbangkan untuk memberitahu bahawa Rahim berasa kesal kerana berlaku curang dan kenapa ia berlaku - maklumat yang Mariam sendiri pun tidak berapa tahu hanya mengandaikan sahaja. Bagaimanapun Mariam mengubah rancangan dan memutuskan hanya mahu bercakap mengena perasaannya saja dan tentang apa yang dia tahu saja.

Memang dalam keadaan perasaan di selubungi marah dan kecewa boleh memutar-belitkan cerita hubungan sulit pasangan tetapi perbuatan tersebut hanya akan memburukkan keadaan. Sebaliknya cuba ambil satu langkah ke belakang dan fokus pada perkara-perkara fakta yang anda tahu dan perasaan anda saja. Jangan buat andaian seolah-olah anda mengetahui perasaan atau rancangan pasangan anda atau tentang perasaan anak. Adalah lebih baik untuk meminta anak-anak terus bertanya kepada suami anda pada soalan-soalan yang anda tidak tahu jawapannya. Jika anda suami isteri boleh duduk bersama dengan anak-anak itu lebih baik. Jika tidak lakukan yang terbaik untuk mendengar dan memberi penjelasan yang anda rasa yakin ia adalah perspektif sebenar dan bukan andaian. Jangan fikir perkara yang lepas Adalah lebih baik untuk memberi perhatian kepada apa yang sedang berlaku sekarang bukan sesuatu yang sudah lepas. Ini termasuk sama ada membantu kerja rumah anak-anak, bercakap dengan mereka mengenai rancangan pada hujung minggu atau mendengar mereka berkongsi mengenai buku atau rancangan televisyen kegemaran mereka, Pastikan terus berkomunikasi terutama dengan anak-anak dan kalau boleh dengan pasangan anda juga.

Anda suami isteri masih perlu menyayangi, menjaga dan memberi contoh yang baik kepad anak-anak. Mungkin pengajaran paling positif yang boleh anda beri pada anak-anak ialah berlaku jujur terutama pada waktu sukar seperti ini dan masih saling menyayangi.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...