Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Mac 09, 2010

KISAH CINTA SEORANG SUAMI

Suami Terbaik

KISAH CINTA SEORANG SUAMI

Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ......... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun. Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian. Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian. Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur. Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah. Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya. Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu." Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ......... "Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ..... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu. Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya. "Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..." Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ? Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ? Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu... Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno... Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa? Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru... Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur... Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik... Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya. Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

SUAMI ISTERI SUSAH DAPAT ANAK

Percintaan dalam rumahtangga ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. Hidup dalam dunia rumahtangga, cabarannya memang berganda. Tersilap membuat keputusan, boleh membawa akibat buruk. Dugaan demi dugaan dan godaan demi godaan akan datang silih berganti. Ketabahan pasangan suami isterilah yang boleh membentengi segala dugaan yang mendatang.

Malahan ada pasangan, makin kuat dugaan dan godaannya, makin kebal dan kukuh pula cinta mereka dan semakin bersemangat pula mereka mempertahankan rumahtangga. Saya teringat satu kisah yang diceritakan kepada saya. Seorang wanita yang sudah lebih sepuluh tahun mendirikan rumahtangga ketika itu tapi belum mendapat anak. Beberapa kali rumah tangganya hampir goyang gara-gara isu anak ini. Pernah mertuanya meminta kebenaran daripadanya mencari jodoh yang lain untuk anak lelakinya itu. Tetapi dia bernasib baik kerana suaminya berkeras menolak tawaran tersebut. Wanita ini juga, begitu makan hati apabila ipar duainya sengaja menyindir dan ada yang secara terang-terangan menuduhnya wanita mandul.

Kering airmatanya menangisi keadaan itu, hati hanya Tuhan yang tahu. Sudahnya kerana tidak tahan dengan tohmahan demi tohmahan daripada keluarga suami, dia redha dan memberi peluang untuk suami mencari jodoh lain. Dia benar-benar redha.

Wanita itu amat pasrah. Dia mencintai suaminya sepenuh hati tetapi tidak mahu cintanya membelenggu masa depan suaminya sendiri. Dia tahu suaminya inginkan zuriat sendiri. Dia tahu suaminya juga ada cita-cita untuk menjadi seorang ayah tetapi demi kasih sayang mereka, suaminya juga redha menerima keadaan itu.

Benar, keredhaan inilah yang mendapat balasan baik daripada Allah. Pasangan itu meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Kedua-duanya memperkasakan diri untuk menghadapi dugaan kehidupan mereka. Ketiadaan anak dalam perkahwinan, bukan isu besar bagi mereka. Untuk mengubat rasa sunyi, mereka berbakti di rumah anak-anak yatim, bersedekah dan membuat amal jariah, di samping terus berdoa.

Akhirnya, Allah mendengar juga doa mereka. Doa yang tulus, doa yang ikhlas dan dengan hati yang redha. Setelah 13 tahun berumahtangga, mereka akhirnya dikurniakan kembar! Inilah rahmat Allah kepada hamba-Nya yang tahu bersyukur, tidak menyalahkan takdir, dan redha menerima ketentuan-Nya. Sekiranya wanita ini melatah atau suaminya tidak kuat semangat dengan dugaan tersebut, mungkin rumahtangga mereka kini sudah tinggal kenangan.

Inilah yang harus kita pelajari, dan kita hayati dalam menempuh pelbagai dugaan dalam berumahtangga. Tidak ada masalah tak dapat diselesaikan, jika kita mahukannya selesai. Dan apa yang penting, kukuhkan rasa cinta anda setiap hari kepada pasangan.
Jangan putus asa..... Apapun kita hanya berusaha dan berdoa....ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie," "Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?" "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun perkahwinan, tarikh lahir isteri.

2. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurang sekali sehari. Wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin.

3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari lahir.

4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama berkahwin.

5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang tidak menyinggung isteri.

6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri.

7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri.

TANDA-TANDA SUAMI ORANG

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan. 2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara. 3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi. 4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. 5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya. 6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta. 7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita. 8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua). 9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah. 10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

1 ulasan:

nza berkata...

sronok baca 3 kisah di atas...cerita pertama tu sungguh menusuk kalbu...trlalu setianya seorg suami trhdp isterinya....

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...