Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Mac 15, 2010

Jom Kongsi Tips Istiqamah Mengerjakan Solat Berjamaah

Salam kepada semua pengunjung blog yang serba daif ini, mudah-mudahan blog ini berfungsi untuk member manfaat kepada semua termasuk diri saya sendiri. Blog ini juga disediakan untuk menyampaikan seruan agama kepada semua pengunjung dan kepada sesiapa yang sentiasa mencari informasi agama sebagai pengisian rohani. Secara tidak langsung saya juga mendapat manfaat dari blog ini untuk mengkaji dan mengulangkaji segala masalah yang telah dipelajari dan belum dipelajari. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan usaha ini demi menyampaikan seruan Islam kepada semua umat. Semoga segala kerja baik ini mendapat taufiq dan hidayah dari Allah. Tips untuk istiqamah dalam mengerjakan solat berjamaah di masjid atau di rumah bersama sanak saudara. Tips ini datang dari pandangan saya sendiri berdasarkan sedikit pengalaman dan sedikit ilmu yang dimiliki. Bagi sesiapa yang mempunyai tips yang tersendiri boleh dikongsikan di ruangan komen di bawah ini. Tips untuk istiqamah dalam mengerjakan solat berjamaah ialah :
  1. Peranan yang paling utama kepada individu untuk mengerjakan solat berjamaah, ialah mesti mempunyai kesedaran pada diri sendiri, kerana kesedaran atau keinsafan diri sendiri ini lebih mendorongkan individu tersebut mengerjakan ibadah tanpa paksaan dan bebanan bagi dirinya.
  2. Perlu mempunyai semangat kemasyarakatan di dalam qariahnya, kerana semangat kemasyarakatan ini selalunya secara tidak langsung akan berkaitan dengan jemaah di masjid. Hal ini terbukti kepada saudara saya, pada asalnya beliau melibatkan diri dengan berbagai aktiviti qariah kampung dan akhirnya beliau dapat mengerjakan solat fadhu di masjid pada setiap waktu. Selalunya jemaah masjid akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti masyarakat seperti majlis kesyukuran, doa selamat, kenduri, marhaban dan sebagainya.
  3. Pihak masjid atau AJK masjid perlu mencari cara dan teknik yang baru untuk menarik minat ahli qariah kampung ke masjid untuk solat berjamaah dan berbagai-bagai aktiviti masjid. Contohnya menyebarkan berbagai risalah yang berkaitan kelebihan orang yang mengerjakan solat berjamaah di masjid. Sediakan sedikit jamuan yang boleh menggalakkan ahli qariah ke masjid kerana perkara ini berkesan di qariah Ustaz saya Masjid Taqwa Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang, mereka menyediakan jamuan setiap kali mengadakan program-program agama secara tidak langsung dapat menarik minat ahli qariah ke masjid untuk solat berjamaah. AJK masjid boleh juga memulau orang yang tidak mengerjakan solat berjamaah di masjid, kerana perkara ini telah dipraktikkan pada zaman Rasulullah, sesiapa yang tidak datang ke masjid untuk solat berjamaah maka Baginda akan memulau sahabat tersebut, kerana solat berjamaah ini sangat penting. Imam juga boleh memberikan peringatan ringkas sebelum masuknya waktu solat Jumaat mengenai kelebihan menunaikan solat berjamaah.
  4. Ibu bapa perlu mempunyai kesedaran agama dan kesedaran tentang pentingnya solat berjamaah ini. Solat berjamaah ini perlu dijadikan perkara yang lazim dalam rumahtangga sesebuah keluarga, kerana sedikit sebanyak akan membuatkan anak-anak mereka dapat melazimkan diri dalam solat berjamaah. Tips ini paling bagus untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia, kerana setelah solat bapa boleh menegurkan anaknya melalui doa seperti contoh saya berikan “Ya Allah jadikanlah anak-anak aku sebagai anak yang soleh anak yang taat dan anak yang tidak menderhakai perintah kami dan perintahmu”. Boleh juga menegur isteri atau ibu bapa dengan menggunakan doa. Ingatlah doa adalah alat yang mustajab untuk dimakbulkan (diterima) Allah. Selepas solat berjamaah juga si ayah boleh menyampaikan tazkirah ringkas atau pesanan ringkas kepada keluarganya mengenai apa-apa hal yang berbangkit atau sebagainya.
Sebagai permulaan saya rasa sekadar ini dahulu, apa-apa cadangan atau perbincangan bolehlah melalui ruangan komen di bawah ini. Lebih baik hal ini dibincangkan dan dibukakan kepada semua pengunjung yang ada sedikit idea atau pandangan boleh berkongsi untuk memperolehi tips istiqamah dalam mengerjakan solat berjamaah. Saya perlukan pendapat anda semua untuk kebaikan kita semua, kerana ganjaran orang yang sentiasa mencari keredhoaan Allah adalah sangat besar.

2 ulasan:

nza berkata...

artikal yg baik...Semoga kita sama2 kearah kebaikkn....Insyallah.

UMILIYA berkata...

alhamdulillah

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...