Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Ahad, Mac 14, 2010

Isteri Perlu Sentuhan Suami Mahu Luahan

Dalam kehidupan sehari-hari, kita tak boleh lari dpd seks. Samada memberi atau menerima itu sudah menjadi tuntutan batianiah yg mesti dipenuhi oleh sepasang suami isteri. Dalam erti kata lain, seks adalah sebahagian dpd kehidupan manusia.

Dalam zaman moden ini, ramai wanita Barat berasa kecewa dgn cara lelaki berfungsi dlm konteks hubungan seksual suami isteri. Ramai wanita mengadu tiadk puas apabila berjima’ dgn suaminya.

Perbezaan antara lelaki bukan sahaja dari sudut fizikalnya malah dari sudut kejiwaan. Allan Pease dlm buku Body Languange mengatakan bahawa wanita lebih bijak dan lebih tepat dpd lelaki dalam hal menyelami hati. Hal ini juga dicatat oleh ramai sarjana psikologi. Wanita byk menggunakan otak sebelah kanan yg tidak begitu berpegang pada fakta-fakta tetapi perasaan dan anggapan yg menyebabkan mereka lebih bijak menyelami hati. Namun begitu, ramai wanita mengaku sukar memahami lelaki, sebagaimana lelaki sukar memahami wanita.

Apabila berkahwin, ramai wanita menganggap bahawa hubungan seksual adalah hak lelaki (suami) dan wanita (isteri) pakaian suami. Wanita patut menyedari bahawa nafkah batin itu adalah hubungan seksual yg merupakan hak isteri dan suami adalah pakaian isteri.

Bila wanita menganggap dirinya adalah alat bagi memuaskan nafsu shahwat suaminya, dia dgn sendirinya akan hilang mood dan dingin terhadap seks. Secara tidak langsung dia sukar untuk menerima dan memberi bila suami meminta. Kenikmatan yg sepatutnya dinikmati bersama akan hilang apatah lagi menikmati kepuasan.

Kenikmatan akan timbul hasil penghargaan. Kebahgian itu hasil dari penghayatan. Penghayatan adalah hasil penerimaan yg ikhlas. Rontaan nafsu syahwat lelaki adalah cepat dan tidak bergantung pada rangsangan badani semata-mata. Ini berbeza dgn wanita, yg biasanya memerlukan rangsangan-rangsangan pendengaran, sentuhan, belaian dan ciuman utk membangkitkan rasa ghairah utk berjima’. Bagi lelaki terutama yg masih muda, kebangkitan nafsunya adalah automatik. Sekiranya umur lelaki semakin meningkat, dia perlukana lebih byk sentuhan-sentuhan badani bagi membangkitkan syahwatnya.
Wanitalah yg perlu memainkan peranan membantu suaminya, bukan berdiam diri. Perlu diingat yg pandai menjaga suaminya adalah wanita yg bijak melayani suaminya dlm hal nafkah batin. Ahli psikologi berpendapat bahawa dlm jiwa wanita penuh dgn cinta berahi. Wanita mendambakan cinta dan memberi cinta, tetapi wanita memberinya dalam bentuk yg sukar utk difahami oleh suaminya, contohnya memasak utk suami. Sukar ditafsirkan oleh lelaki sebagai manefestasi cinta, apatah lagi apabila sifat lelaki yg lemah dalam menyelam hati budi wanita.

Dalam hal seks lelaki lebih suka kpd perlakuan yg mana luahan perasannya diminimakan dan perasaan isterinya dimaksimakan ketika melakukan hubunga kelamin. Wanita pula lebih suka kpd pujuk rayu, belaian, cumbuan, icuman dan rabaan di mana dari situ dia dapat merasakan kasih sayang seorang suami!

Walaupun lelaki biasanya dianggap oleh wanita sebagai kuat, pada hakikatnya lelaki belum tentu kuat segala-galanya. Dalam aspek berjima’ para isteri perlu memahami bahawa lelaki itu tidaklah sekuat mana. Ilmu kelamin tradisi menyatakan bahawa sebenarnya wanitalah yg lebih kuat dan tahan jima’ berbanding dgn lelaki, justeru itu para isteri perlu memainkan peranan bagi membantu suami.

Apabila suami mahu berjima’ dgn isterinya ini bermakna dia sayang kpd isterinya dan keduanya kerana nikmat kelazatan lelaki tertumpu kpd alat kelaminnya dan ketiga ia adalah jalan sebaik-baiknya utk menjauhi zina!

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...