Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Ahad, Mac 14, 2010

gout

Ni ada beberapa pantang yang tak boleh dimakan ketika gout. Ia adalah terdiri daripada makanan yang mempunyai kandungan protein tinggi. 1. Daging merah 2. Organ dalaman - hati, limpa, paru-paru, pedal, perut 3. Telur - Telur ayam, telur itik, telur puyuh, telur ikan 4. Makanan laut - udang, ketam, sotong, ikan bilis (ikan biasa terkecuali) 5. Kacang-kacang - kacang tanah, kacang panjang, kacang dhal, kacang buncis. 6. Minuman Beralkohol Kandungan protein yang tinggi di dalam makanan yang saya senaraikan di atas ditukarkan ke satu bahan di dalam badan dipanggil "Purine" dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil Uric Acid. Uric Acid yang tinggi kemudiannya membentuk kristal dan melekat di kawasan sendi-sendi dan menyebabkan kesakitan. Kesakitan akibat gout terjadi disebabkan oleh 1. lekatan uric acid itu sendiri di sendi2 yang terlibat dan 2. Inflamasi atau radang di sekeliling kawasan yang terlibat yang menyebabkan kemerah-merahan, bengkak dan sedikit panas. Kesakitan akibat gout sangat teruk sehinggakan sehelai kertas tisu sekiranya diletakkan di atas kaki yang terkena gout menyebabkan pesakit menjerit kesakitan. Lebih daripada 70% pesakit gout menghidapinya di kawasan berhampiran ibu jari pada kali pertama, tetapi gout boleh berlaku di mana mana kawasan sendi seperti lutut, siku dan tumit. Gout yang teruk boleh menyebabkan masalah sendi dan ketumbuhan sejenis bahan keras seperti tulang dipanggil "tophi" - (sebutan tofai). Bonjolan ini boleh tumbuh dimana mana termasuk siku dan telinga. Uric acid yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah batu karang dan kerosakan buah pinggang yang akhirnya menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.
Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.
Dari segi ubat-ubatan, ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau voltaren (Diclofenac) boleh mengurangkan kadar kesakitan dan mengurangkan inflamasi. Ia biasanya diambil bersama colchicine.
Colchicine perlu diambil setiap 3 jam sehingga sakit berkurang atau pesakit timbul rasa cirit birit. Ketika itu baru kesannya dapat dilihat. Allopurinol (zyloric) adalah sejenis ubat untuk mengurangkan kadar uric acid di dalam badan. Ia mengurangkan kadar penukaran purine kepada uric acid dan seklaigus mengurangkan risiko untuk terkena gout. Walaubagaimanapun, Allopurinol tidak boleh diambil ketika mengalami serangan gout. Sekiranya diambil ketika serangan maka kesakitan boleh menjadi bertambah teruk. Sekiranya anda terkena serangan gout, maka makan ubat tahan sakit dan colchicine, selepas tidak lagi sakit, maka anda boleh memulakan semula ubat allopurinol. Anda juga dinasihatkan membuat pemeriksaan darah untuk uric acid dan juga buah pinggang.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...