Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Mac 08, 2010

Dugaan Adalah Rahmat.

Apa yang perlu anda lakukan jika anda sentiasa dikutuk dan diperlekehkan? Adakah anda akan membenarkan setiap kata-kata dan kutukan tersebut? Atau adakah anda akan bangkit dan menganggap kata-kata itu sebagai cabaran untuk pergi jauh?. Terpulang kepada diri Anda, kerana anda yang membuat keputusan dan bertanggungjawab kepada diri anda sendiri.
Saya pernah mengalami setiap perkara yang saya tulis di atas. Pernah diperlekehkan, di keji dan difitnah. Semua itu saya alami semenjak saya masih lagi di zaman kanak-kanak. Maklumlah, bila kita tiada ibu-bapa, orang lain akan sesuka hati untuk menindas dan memperlakukan sewenang-wenangnya kepada diri kita.
Namun saya bangkit dari semua itu. Adakalanya , saya terfikir, sekiranya tiada cabaran dan dugaan tersebut, adakah saya boleh melalui kehidupan seperti sekarang, boleh berdikari dan hidup dalam apa jua keadaan. Alhamdulillah, setiap kesusahan dan dugaan ada rahmat disebaliknya, kerana itulah kita sentiasa bersikap positif dan tidak mencurigai setiap ujian dan dugaan yag diturunkan ALLAH kepada kita.
Terlalu ramai manusia disekeliling kita , hidup berpura-pura munafik, berbuat baik di depan mata, tetapi menikam dari belakang, kerana itulah kita msti berwaspada di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Ingat adakalanya kawan yang bermulut manis berkongsi selimut dan bantal boleh menikam kita dan menjadi musuh yang tidak kita sedari. Kalau tidak, tiada istilah ‘musuh dalam selimut’.

Kepada sahabat saya , setiap dugaan yang diberikan ALLAH kepada kita adalah rahmat yang tersiratnya satu rahsia besar yang kita tidak sedari. Ingat tidak semestinya apa yang tersurat itu benar, kerana yang tersirat itu adakalanya lebih memberi manfaat kepada diri kita. Walau bagaimana pun jadikan ianya sebagai satu dugaan dan cabaran untuk menempuhi khidupan yang mendatang. Dugaan adalah satu rahmat yang tidak kita sedari!

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...