Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Mac 04, 2010

Cara Mudah Cuci Blender/Mixer”

Adakah anda menghadapi kesukaran untuk mencuci blender/mixer, terutamanya di bahagian bawahnya?? Haaa jangan bimbang! Saya ada satu cara yang ditunjukkan oleh kakak saya semasa membantunya memasak beberapa tahun yang lepas.

Begini caranya ; 1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer 2-Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut 3-“ON” kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika

Lihatlah hasilnya. Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda “ON” blender/mixer tersebut. Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai ‘pemberus’ bagi mencuci blender anda.

Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh.

Caranya ialah: 1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air 2-Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan 3-Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang

Mudahkan petua ini? Cubalah! Kemudian, ajarkanlah petua yang hebat ini kepada ibu atau makcik anda nanti. Nescaya pasti ibu dan makcik anda akan berterima kasih kepada anda.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...