Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Ahad, Mac 07, 2010

Cara buang stress sebelum hubungan intim

Stres sudah diketahui bukan saja boleh menganggu emosi dan mental individu tapi juga boleh menjejaskan aspek kehidupan seksual. Stres atau tekanan akibat masalah di tempat kerja, masalah peribadi kewangan yang dihadapi oleh suami isteri boleh mengakibatkan kegagalan hubungan seksual.

Oleh sebab itu ramai kaunselor rumah tangga menasihatkan supaya pasangan suami isteri meredakan stres yang mereka alami sebelum naik ke ranjang. Ia bertujuan untuk menjamin suasana hubungan seks yang berlangsung lebih indah dan menarik sekali gus mengharmonikan lagi hubungan suami isteri. Terdapat banyak cara atau kaedah yang boleh dilakukan oleh suami isteri untuk mengurangkan tekanan atau stres yang dihadapi. Sebagai contoh sekiranya anda ber hajat untuk melakukan hubungan seks pada malam harinya, ajaklah pasangan anda ber santai untuk menenangkan fikiran di petang hari. Ketepikan segala masalah yang sedang anda hadapi ketika itu dan berikan sepenuh tumpuan pada pasangan anda. elain daripada cara ini, pakar seksologi, juga menyarankan beberapa cara khusus yang boleh dipraktikkan oleh pasangan suami isteri untuk meredakan stres sebelum melaku kan hubungan intim. 1. Kaedah untuk suami

Isteri boleh melakukan urutan di kaki suami. Menurut pakar Shiatsu, urutan ringan di tumit dan kemudiannya ke seluruh kaki akan meningkatkan kecergasan dan juga memberi kekuatan tenaga batin.

2. Kaedah untuk isteri

Giliran suami untuk memberi urutan pada isteri. Mulakan dengan mene kan telapak kaki pada titik antara ibu jari kaki dengan jari-jari yang lain. Tekan selama lebih kurang 10 saat pada setiap kaki sebanyak 12 kali. Tekanan di titik ini akan memberi dorongan untuk meningkatkan tenaga seks. Laku­kan kaedah ini setelah anda mengurut kaki pasangan anda dan lakukan dengan penuh perasaan untuk mendapat kesan yang lebih maksimum. Bagi menimbulkan kesan sensual, lakukan urutan dengan menggunakan minyak aromaterapi. 3. Kaedah bersama

Cara lain untuk menghilangkan stres atau pun aura negatif yang ada di tubuh anda ber dua adalah dengan hidroterapi. Anda boleh mandi bersama dengan air wangi atau air bunga. Cara mandi ini akan membuatkan per jalanan darah di bawah permukaan kulit anda selalu bergetar. Selain itu mandi bersama juga boleh menaikkan ghairah untuk melakukan seks. 4. Buang stres dari kamar tidur

Memikirkan masalah di kerja di pejabat ketika pasangan anda sedang berusaha mem anaskan ranjang boleh menjadi punca utama ghairah seks menurun. Perkara ini menyebab kan kepekaan kulit menurun dan seterusnya mengurangkan perasaan ghairah. Oleh sebab itu adalah lebih baik sekiranya anda membuang segala kekusutan fikiran sebelum berbaring di ranjang. Bayangkan segala masalah anda di masukkan dalam beg plastik dan buangkan ke dalam tong sampah. 5. Jaga pemakanan

Tahukah anda makanan bukan saja boleh membangkitkan nafsu seseorang tapi juga menurunkannya. Menurut pakar pemakanan sekiranya anda ingin memasti kan suami sentiasa bersedia untuk hubungan intim, jangan terlalu banyak menyediakan makanan atau masakan yang menggunakan daging merah, susu ataupun aiskrim. Makanan ini dikatakan akan memberi kesan negatif kepada tenaga seks suami. Menuruti aturan makanan yang sesuai bukan setakat akan meningkatkan stamina dalam hubungan seksual tapi juga akan mem buatkan anda berdua lebih sensitif dan sen sual. Bagi memastikan nafsu seks anda dan suami sentiasa menggebu amalkan beberapa alternatif makanan berikut; • Cendawan shitake, kubis, lobak merah, sup bihun, nasi dan tiram - semua makanan ini mengandungi mineral yang diperlukan dan vitamin yang membuat tenaga dalam tubuh seimbang dan mampu meningkatkan perasaan sensual. Makanan tersebut juga boleh memberikan stamina untuk melaksanakan hubungan seks.

• Air anggur dan juga air halia – sedia kan minuman istimewa ini kepada suami ketika bercadang melakukan hubungan seks. Masyarakat roman kuno menyediakan air ini untuk meningkatkan ghairah seksual.

• Hindari keju masin – sekiranya wanita mahu mencapai orgasma dalam setiap hubun gan seks yang dilakukan, elakkan dari mema kan keju masin. Bahan makanan ini dikatakan akan membawa kesan negatif pada kemam puan wanita untuk mencapai orgasma.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...