Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Mac 08, 2010

APAM KENTANG

Bahan:-
200 gm gula pasir
175 ml air kelapa
25 ml air suji (*x letak pun, xtau..)
1 helai daun pandan
200 gm tepung beras
175 gm kentang, kukus, kupas dan lecek jadikan 150gm.
100 gm tepung gandum
1 sudu teh yis segera
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
23 titi pewarna hijau
1/8 sudu teh esen pandan
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa
20 bekas daripada takir daun pandan (hehe..x kuasa la nk membuatnya, ummi guna acuan apam je lah)
Bahan taburan:-
100 gm kelapa muda - diparut
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan
Cara Membuat:-
Renih gula, air kelapa, air suji dan daun pandan hingga mendidih (jadikan 300 ml). Biarkan suam panas. Tuangkan ke dalam tepung beras dan kentang sambil dikacau hingga sebati. Setelah sejuk, masukkan tepung gandum, yis, serbuk penaik, garam, pewarna hijau dan esen pandan. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau lebihkurang 10 minit hingga sebati. Rehatkan selama 40 - 50 minit. Tuangkan ke dalam takir daun pandan. Kukus selama 30 minit dengan api yang besar. (*ummi letakkan acuan kosong dulu dalam kukusan selama 2 minit, baru dituangkan adunan dan kukus).
Sementara itu, campurkan sume bahan untuk taburan dan kukus sebentar. Taburkan atas apam bila menghidang.

1 ulasan:

nza berkata...

wah, hr ni resepi apam lak...gebuzzz semuanya..mmg rajin kak nza salin resepi ttp kurengggg rajin nk buat...hi

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...