Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Mac 04, 2010

“ALLAHUMMAKHLUFNI MINHA.

Makluman : Kepada mereka yang menghantar komen, saya dah balas komen2 tersebut pada komen yang anda tuliskan…sila semak balasan saya pada bahagian bawah kandungan komen yang anda hantarkan …terima kasih atas komen anda dan kami memang sangat menghargai setiap komen yang diberikan . TQ **

————————-

Baru-baru ini, saya ada menerima email dari adik no 9 saya iaitu Cikgu Masri (salah seorang krew Blog PakarHowTo.Com ini) , mengatakan dia ditimpa ujian…oleh kerana ada sedikit pengajaran/ilmu(jampi hilang barang) yang dikongsikan dalam email tersebut, maka saya kongsikan dengan anda di blog ini…

Cikgu Masri

Untuk mengekalkan keaslian ceritanya, maka saya ‘copy & paste’ kan beberapa perenggan kandungan email yang dihantarkan oleh Cikgu Masri tu kepada saya. Semoga kita sama2 ambil iktibar atau pengajaran daripadanya…

Berikut ini adalah kandungan email Cikgu Masri kepada saya…

—————————————————————————————-

td sebelum jumaat, koi tido jap. tengah lena tidur tu, rupanya ada org masuk rumah koi…member2 koi yg lain ada kat atas.. koi kat bwh. koi bangun je dari tidur, koi tengok handset, laptop and duit koi dah lesap…

adusss tersengeh kerang je la koi masa tuh.. bak kata lagu TooPhat tu la “ku pasrah ku akur 786 alhamdulillah syukur”

tak sangka ada org berani masuk rmh org siang2 buta n masa ada org dlm rumah plak tu…berani betul pencuri zaman skrg ni yek..

apa2pun…moga2 ia menjadi asbab ALLAH ampun dosa koi… dosa koi banyok weihhh…pencuri tu, kalo dia betul2 perlu duit xpe la.. kira sedekah jer laa…

tp kalo dia saje2 je, atau mmg dia kuat mencuri koi doa dia cepat2 tobat la…pastu pandai2 la dia menjawab di akhirat nnt ye dak.. hehe

pengajarannya yang koi dapat:

  1. mudoh je kalo Allah nak tarik nikmat
  2. baru tahu rupanya xde apa2 dlm dunia ni yg kita punya hatta diri kita sekalipun
  3. dunia ni kan mainan dan senda gurau
  4. bila jd gini, ada aktiviti muhasabah sikit.. kalu tak hanyut je la..

ye dak?

Oleh kerana koi hilang barang ni, koi dpt Doa Apabila Kehilangan Sesuatu

“ALLAHUMMAKHLUFNI MINHA..” (ni syeikh Jai dpt dari maulana razak) doa ni pendek je tp insyaAllah berkesan..

lepas baca doa tu…mintak kat Allah; “Ya Allah kalo yg hilang tu bermanfaat buat aku, kembalikanlah. kalau x, kira sebagai sedekah je atau gantikan dengan yang lebih baik…” gitu….

dek kerana koi ilang barang ni….sekurang2nya….dapat koi tambah ilmu (doa hilang barng ni)….dak gitu?….hahaha

————————————————————————————-

* Nota : ‘koi‘ tu maksudnya ‘saya‘ dalam loghat pahang (jerantut/temerloh)

Sekian, semoga kita sama-sama mengambil pengajaran dari kisah benar adik saya ni. Dan bolehlah amalkan doa/jampi yang diajarkan itu.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...