Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Februari 27, 2010

Wanita dan Seks: Rahim jatuh jejas hubungan kelamin

  Tidak mampu menahan kencing dan masalah batuk yang dihidapi sejak setahun lalu SAYA mempunyai masalah peranakan jatuh (tombong) sejak kelahiran anak sulung secara induce. Begitu juga ketika melahirkan anak kedua. Selepas kelahiran anak sulung, saya batuk selama setahun dan tidak dapat menahan kencing dengan lama. Apabila melahirkan anak ketiga melalui pembedahan, dan ditambah lagi kini saya mengalami batuk yang teruk (selalu rasa tekak kering dan tidak lepas batuk) membuatkan air kencing mudah mengalir walaupun ketika duduk atau mencangkung. Sejak kebelakangan ini saya rasa peranakan saya semakin jatuh akibat batuk yang dipaksa ini. Apa yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini apatah lagi sekarang vagina terasa pedih dan tidak selesa. Dari segi perubatan, adakah ubat yang sesuai selain melalui pembedahan untuk menegangkannya. Adakah pemakanan jamu boleh membantu? ZIELA, melalui e-mel KEDUDUKAN rahim, corong faraj yang juga termasuk bahagian pembukaan faraj, dalam tampungan otot pelvis yang juga dikenali sebagai otot kemut. Jika keadaan otot itu sihat dan langsing, sudah tentu struktur dalam kawalannya juga akan berada dalam keadaan langsing dan tegap. Perkara yang sebaliknya berlaku apabila otot kemut lemah. Kedudukan rahim jatuh dan juga dinding faraj. Jika dinding faraj bahagian atas lemah kedudukan salur kencing dan pundi kencing tergendala dan membuatkan pundi kencing lemah dan otot pembukaan lubang kencing juga lemah. Jika ini berlaku wanita itu akan mengalami masalah kencing tercicir apabila dia terbatuk atau bersin. Jika dinding faraj bahagian belakang lemah wanita itu akan mengalami masalah buang air besar dan akan terasa farajnya tersempal dan hubungan kelamin amat sukar kerana najis dalam usus besar menghalang kemasukan ereksi atau mengganggu perjalanan ereksi. Wanita itu hanya dapat melakukan hubungan seksual selepas membuang air besar! Jika keseluruhan dinding faraj lemah, rahim akan terturun setiap kali wanita itu meneran untuk buang air kecil atau buang air besar. Jika perkara ini dibiarkan lama kelamaan penurunan rahim menjadi ketara dan rahim akan terjojol keluar dari faraj! Ini yang digelar 'tombong'. Perkara ini jarang berlaku. Jika keciciran kencing terus berlaku, keadaan faraj terganggu dan mukosa faraj tertekan. Ini akan mengakibatkan kulit mukosa faraj melecit dan kering atau mengelupas. Hubungan seks akan menjadi tidak selesa. Mustahak untuk wanita yang mengalami keciciran kencing berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan anggota kelamin. Doktor akan lakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti kedudukan anggota sulitnya, sama ada lemah dan melakukan ujian sama ada terdapat keciciran kencing. Jika keseluruhan dinding faraj lemah dan terdapat penurunan rahim, kemungkinan rahim itu terpaksa digantung (dengan menggunakan 'sling') supaya kedudukan rahim stabil dan tidak menghempap dinding faraj dan kedudukan salur kencing selesa dan tiada keciciran air kencing. Jangan teragak-agak untuk jumpa doktor secepat mungkin.

2 ulasan:

nza berkata...

wahx3...setiap kali jengah, tiap kali tu umah umi brubah wajah...jeles weh!!!..mmg kak nza tabik la cz umi mmg rajin sungguh brtukang.....

gitulh umi, seorg wanita trkadang bila dh jd sedemikian, sang suami mula mencari alasan utk tmbah cawangan baru...hu..dasyat tu.

UMILIYA berkata...

heheheh umah baru jer...tadi silap buat apa entah ..semua tertukar alih2 dapat buat yg 3 coloum ni...suker nyerrrrrrrrrrrrrrrrrr

betul2 tu kak nza...ermm lelaki ni..memang camtu kan kan..takpe lah...semoga Allah kekal kan kita ...ngen suami sorang tu..dan dia lak..isteri sorang ni..insyallahhh

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...