Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Jumaat, Februari 19, 2010

SURAH AL-KAHFI

TERIMA KASIH TUAN BLOG KERANA SUDI KONGSI..ILMU YG BERMANFAAT
Semenjak sebulan dua ini, lebih-lebih lagi apabila filem 2010 ditayangkan di pawagam (filem yg tidak pernah penulis saksikan kerana penulis sudah lama tidak menonton wayang mahupun menonton drama), setiap wargakota, pekan dan juga kampong kita hari ini mungkin teringat kepada peristiwa akhir zaman. Namun siapakah yang akan ingat untuk bersiap sedia menghadapinya.
Orang barat yang ada harta berlumba-lumba menempah tiket mahu ke angkasa. Orang yang biasa pula mungkin akan cuba sedaya upaya mengumpul dana. Ya betul, kita sudah berada di akhir zaman. Namun kita tidak tahu bila waktunya. Oleh itu kita perlu merasa takut pada hari kiamat.
Kebanyakan kita, termasuk ulama mungkin berkata, “oh kiamat lama lagi, kerana masih ada orang yang mengatakan “La Ilaha Illa Allah”” Namun adakah ucapan yang dinyatakan itu betul? Jika betul mari kita uji. Sudikah tuan berjihad dan mati syahid di jalan Allah? Kalau tuan tidak sudi, bereti mungkin tuan gagal.
Banyak juga orang berkata “Imam Mahdi belum muncul, Dajjal dan Nabi Isa juga belum timbul” Kenyataan penulis selepas ini bukan memutus harapan, tapi mengharap dan meminta agar tuan-tuan turut sama-sama berfikir dan menimbang sambil bertanya “betulkah kiamat lambat lagi?”.
Sebelum itu penulis menyusun jari sepuloh memohon maaf. Mungkin perkiraan penulis ini ada benarnya dan mungkin tidak. Kerana Imam mahdi yang kita tunggu tunggu, mungkin sudah lama meninggal dunia. Allahu ‘A’lam. Bahkan zaman Nabi Isa dan Dajjal mungkin sudah berlalu atau mungkin kita sedang hadapi ketika ini. Bukti-buktinya antara ada dan tidak.
Dalam sebuah riwayat hadis mengatakan bahawa antara tugas Nabi Isa di akhir zaman ialah membunuh babi-babi. Dalam laman blog Rahsia-rahsia besar dalam al-Qur’an, penulis telahpun menarik berita-berita dunia mengenai perkembangan swine fever. Dari berita-berita tersebut, penulis dapati memang amat terlalu banyak sekali babi-babi yang dibunuh kerana angkara demam babi ini.
Antara tugas Nabi Isa ialah, menghancurkan salib-salib. Pada pendapat penulis, menghancurkan salib-salib ialah dengan mengajak semua umat kristian memeluk Islam. Ketika ini kita telah melihat bahawa begitu ramai masyarakat barat, termasuk rakyat Amerika yang telah memeluk agama Islam.
Berapa ramaikah orang yang akan percaya pada masa ini, jika Nabi Isa itu betul-betul ada dan ciri-cirinya menepati seperti yang disebut dalam hadis-hadis Nabi Muhammad saw. Pada pendapat penulis, walaupun Nabi Isa a.s. tidak menonjolkan dirinya pada masa ini atau tidak menonjolkan dirinya sama sekali. Kiamat pasti akan tetap berlaku mengikut masa yang ditetapkan Allah swt.
Mengenai dengan dajjal pula, hampir semua umat Islam ketika ini percaya bahawa Amerika itu ialah Dajjal yang sebenarnya. Ia memang telah zahir di antara Iraq dan Syam. Kerana umat Islam baru tahu bahawa mereka sememangnya menipu setelah mereka menyerang Iraq. Dari bentuk muka buminya juga kita telah tahu bahawa ada tertulis perkataan Kaf Fa Ra di benua Amerika dari utara ke barat dan dari barat ke selatan. Bahkan Amerika Selatan pula berbentuk seperti buah anggur. Jika Amerika utara adalah mata sebelah kanan dan Amerika Selatan adalah mata kiri, maka Mata kiri Amerika Selatan adalah mata yang tersambul keluar dari garis posisi asalnya.
Oleh itu kita tidak boleh terlalu berharap bahawa kiamat akan terjadi lama lagi atau terlalu takut kepadanya sehingga segala pekerjaan kita terbengkalai.
Namun kita juga mesti berusaha sedaya upaya, semampu-mampu yang maksima dan berdoa habis-habisan sepenuh hati agar kita jangan sampai terupa ataupun lalai.
Di antara ketakutan yang patut dirasai, di antara usaha yang perlu kita lakukan dan di antara doa yang perlu kita tanai setiap hari ialah, takut pada dajjal, usaha menghindarkan dajjal dan doa agar jangan terperdaya dengan firnah dajjal.
Dalam seri yang lepas, kita telah membincangkan bagaimana Nabi Muhammad saw menyuruh kita untuk bersembunyi di bukit-bukit untuk mengelakkan fitnah dajjal. Jika kita menjumpainya juga maka hendaklah kita membacakan padanya 10 ayat pertama surah al-Kahfi. Namun siapakah di antara kita yang sanggup dan mampu untuk tinggal di hutan, dibukit atau di hujung dunia?
Oleh pilihan yang kedua ialah kita perlu menghadapi dajjal dengan bacaan 10 ayat pertama surah al-Kahfi ini dengan segala kemampuan yang kita boleh lakukan.
Kita telah membincangkan bahawa kita perlu memahami 10 ayat pertama itu dengan baik dan seterusnya memberikan kefahamannya kepada tentera-tentera dajjal. Namun sampai manakah
amalan membaca 10 ayat pertama surah al-Kahfi ini kita amalkan? Adakah kita akan membacakannya kepada setiap orang bukan Islam sahaja? Tuan-tuan, pada hemat penulis, sesiapa sahaja yang mengutamakan urusan dunia lebih daripada urusan akhirat, siapa yang mengagungkan system barat lebih baik dari system Allah adalah orang-orang yang
mungkin sudah terperdaya pada fitnah dajjal. Kita lihatlah undang-undang Negara sekarang, adakah kita memakai undang-undang Islam atau undang-undang dajjal. Kita lihat system pentadbiran, system pendidikan, malah hampir semua system dan amalan kita mengikut system dajjal.
Namun siapakah yang berani dan mahu mengubah segala system yang ada. Oleh itu kita semua sebenarnya telah lama berada dalam genggaman Dajjal. Lalu untuk mengatasi masalah yang amat berat ini, maka marilah sama-sama kita gunakan petua yang telah di ajarkan oleh Nabi Muhammad saw ini agar kita ajak semua orang untuk berkempen untuk membaca dan membacakan dan memberikan kefahaman erti 10 ayat pertama surah al-Kahfi pada siapa sahaja.
Tuan-tuan yang amat penulis hormati dan sayangi, ajakan penulis ini bukanlah ajakan selamba ataupun sambil lewa. Namun ajakan ini adalah ajakan sepenuh hati dan segenap jiwa. Malah ajakan ini penulis mulakan dulu pada diri penulis dan keluarga penulis.
Marilah kita baca setiap hari, kita terjemahkan dan ajak setiap orang membacanya. Kita paparkan di TV, kita siarkan di radio, kita buat poster dan pampang di seluruh Negara. Kita buat pamphlet dan edarkan di airport, di pelabuhan, di stesyen bas dan stesyen kerita api. Kita buat seminar, bengkel, forum, ceramah, kuliah, lagu-lagu nasyid dan dakwah. Kita buat soalan dalam quiz hijrah. Kita jadikan sebagai salah satu kokurikulum, atau sebahagian dari mata pelajaran anak-anak di sekolah. Sebahagian dari maklumat dalam BTN atau dalam bengkel asas dakwah dan sebagainya dan sebagainya. Mudah-mudahan usaha ini akan membawa berkat dan mudah-mudahan dengan adanya usaha ini, kita semua akan selamat dunia akhirat. Dan dengan adanya usaha-usaha ini, seluruh umat kristian akan menjadi mukmin. Bahkan kita semua umat Islam tidak akan tertipu lagi dengan pesona dan tipu muslihat Dajjal. Amin ya Rabbal ‘A’lamin.

2 ulasan:

nza berkata...

tanda2 khiamat dh trbukti.....Takutnya.....

UMILIYA berkata...

sama2 kita inat mengingati ya kak nza salam

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...