Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Februari 15, 2010

renungan ,,DEKAT-DEKAT, LAMA-LAMA MELEKAT.............http://yaneyms.blogspot.com/

Melihat wajah si bayi ini, apa perasaan kita ?..: Hasil perlakuan apakah anak-anak ini dibuang? Jika ia hasil hubungan biologi yang diikat dengan si lelaki melafazkan aqad, dengan berwalikan si ayah perempuan, apakah si bayi ini akan terbuang sebegitu rupa. Bayi-bayi ini hasil zina, boleh jadi hasil seks haram secara paksa (rogol), boleh jadi hasil rogol dengan rela (contohnya zina dengan gadis bawah umur, atau dirogol oleh teman lelaki ketika 'dating'). Ia hasil zina. Tetapi zina tidak berlaku tiba-tiba. Tiada manusia yang ternampak perempuan di pasaraya, akan mengajak si perempuan itu berzina di pasaraya tersebut. Zina bermula dengan mata, tidak menundukkan pandangan, lalu perasaan ghairah menyelubungi jiwa.Selepas mata memainkan fungsinya, jiwa mula memberontak, salam perkenalan dijalinkan. Maka mulut mula berkata-kata, tanya khabar melalui telefon, sms, emel dan lain-lain. Mula melafazkan kata cinta, rindu yang hanya layak dilafazkan kepada isteri/suami kita. Si ibu bapa boleh jadi mengetahui, melihat si anak bergayut di telefon, sibuk ber 'sms' sambil tersenyum sendirian.Boleh jadi ibu bapa yang lebih terbuka, si anak dara berkongsi cerita, bahawa dia sudah berpunya.Si lelaki datang ke rumah, meminta izin membawa si gadis keluar berjalan-jalan, boleh jadi ke perpustakaan agaknya. Si ibu tersenyum bangga, anak dara ku sudah besar, tidak mengapa, si teruna tadi baik orangnya, jika tidak, masakan dia meminta izin membawa keluar anak daranya. Maka keluarlah mereka berdua, naik motosikal kapcai barangkali, naik bas boleh jadi, kalau kaya sedikit naik kereta.Habis belajar singgah minum di kedai, berjalan-jalan, ke pesta buku katanya. Jalan-jalan, tangan mula berfungsi, mula-mula katanya tak sengaja, lepas tu berulang pula. Si ibu dan bapa tiada rasa terhina, anak daranya bukan buat apa-apa. Hanya ke perpustakaan dengan teruna, bukannya mereka berzina.Ibu bapa merasa bangga lihat keindahan anak daranya, sudah dewasa rupanya si dara itu.Tiada risau, kerana mereka bukan berzina, hanya study bersama sahaja.Lalu pulang si anak dara, muntah-muntah, si ibu merasa hairan. Si anak mula teruja, kenapa haidnya tidak kunjung tiba. Lalu dibawa ke klinik, si doktor berkata, tahniah, si dara puan sudah 2 bulan kandungannya. Rupanya si dara tiada lagi daranya. Bukan hilang daranya kerana terjatuh basikal, atau koyak kerana lasak memanjat pokok rambutan. Hilang daranya dikerjakan si teruna yang si ibu dan bapa sangat percaya. Itulah teruna yang baik di mata mereka. Kecewa si ibu dan bapa. Si dara menconteng arang ke wajah mereka. Bertebaran mencari si teruna untuk melunaskan tanggungjawabnya. Entah si teruna yang baik itu, sedang menunggang motosikal, menjeling anak-anak dara yang lain, dan berjumpa si ibu dan bapa dara yang lain untuk diheret si dara itu ke hulu ke hilir. Wajah si ibu dan bapa terconteng dek arang. Si dara terbuang, sudahlah nasib dikandung badan, kandungan membesar, berat dan sarat, si ibu dan bapa pula kecewa dan hiba. Lalu dihalau si dara. Si ibu dan bapa cuba memadamkan arang yang menconteng wajahnya. Mereka barangkali lupa, merekalah yang memberikan arang kepada si dara untuk diconteng di wajah mereka. fIKIR-FIKIR, RENUNG-RENUNG DAN AWASI ANAK-ANAK KITA......

1 ulasan:

nza berkata...

kesiankn baby yg xbrdosa...time buat xingat dunia. nikmat sekejap, kesannya sepjg hayat...Nauzubillah.....

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...