Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Februari 27, 2010

RASULULLAH S.AW BERSABDA:

maksudnya...
Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
* Hari Sabtu :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa :
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jika dilihat hadith nabi di atas, antara hari-hari yang sesuai untuk kita potong kuku adalah pada hari ISNIN, KHAMIS dan JUMAAT.
Rasulullah sudah memberi panduan kepada kita bagaimana untuk memotong kuku dan masa yang sesuai untuk memotong kuku. Selepas ini kita cubalah untuk tidak sewenang-wenangnya memotong kuku pada bila-bila masa sahaja ye.. Sekurang-kurangnya kalau kita ikut sunnah nabi amalan, kita ini insyaAllah diterima oleh Allah sebagai ibadah.
Banyak hikmah yang boleh diambil disebalik sesuatu perkara berdasarkan sunnah-sunnah Nabi ini. Berikut pula adalah turutan jari untuk memotong kuku mengikut sunnah Nabi. SELAMAT BERAMAL! dan SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...