Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Februari 22, 2010

Lelaki idamanku

Dari bancian penduduk Malaysia 2009 golongan wanita melebihi lelaki dengan nisbah 5:1. Jadi banyaknya wanita dari lelaki di negara ini. Peratus wanita yang belum berkahwin juga meningkat kerana sibuk mengejar kerjaya sehingga terlupa memikirkan untuk mendirikan rumahtangga.
Dari segi ekonomi banyak wanita menyertai perniagaan berbanding lelaki. Di pusat pengajian tinggi pun ramai penuntut wanita berbanding lelaki. Jika kita ambil contoh di sekolah berbanding guru lelaki dan wanita, yang banyaknya guru wanita. Di sekolah tempat isteriku mengajar, banyak andartu yang masih belum berkahwin. Mungkin tiada jodoh lagi ke? atau terlalu memilih calon suami kerana ingin mendapat lelaki pilihan. Takut-takut umur mencecah 50 tahun baru nak bertemu jodoh.
Mungkin lelaki akan pupus atau kurang jumlah jika di hospital bersalin di seluruh Malaysia, banyak bayi perempuan dilahirkan berbanding bayi lelaki. Di akhir zaman nanti golongan wanita melebihi lelaki. Walaupun jumlah wanita melebihi jumlah lelaki, golongan wanita bukan jenis tangkap muat dalam memilih lelaki sebagai teman hidup. Ada kalanya ibubapa pening kepala dengan anak-anaknya dalam soal memilih jodoh. Terlalu memilih. Ada saja yang tak berkenan
dihati. Lelaki yang sempurna terlalu kurang, Jika penampilannya kacak sangat pun risau juga golongan wanita nak buat suami. Takut-takut dapat suami “Romeo”. Makan tak habis, merana diri dengan lelaki begini. Tapi carilah lelaki yang sederhana kacaknya dan bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga, pada anak-anak dan yang penting sekali cari yang lelaki beriman dengan Allah SWT. Ciri-ciri lelaki idaman anda adakah yang begini mengikut pilihan anda! Semuga anda bertemu dengan lelaki pihan anda.
Lelaki idaman saya adalah… Seorang lelaki yang beriman…Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…Yang sentiasa haus dengan ilmu…Yang sentiasa dahaga akan pahala…Yang solatnya adalah maruah dirinya…Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Lelaki idaman saya adalah… Lelaki yang menjaga tuturkatanya…Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…
Lelaki idaman saya adalah… Lelaki yang menghormati ibunya…Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
Lelaki idaman saya… Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…Yang menjaga matanya dari berbelanja…Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…
Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…Matanya kepenatan kerana penat membaca…Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…Bangunnya subuh penuh kecergasan…Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan… Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian… Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…Kerana dia mengimpikan syurga…Di situlah rumah idamannya…Dan dia ingin membawa saya bersama…Dialah lelaki idaman saya…

2 ulasan:

nza berkata...

MMG SKRG ORG PEREMPUAN LEBIH GIGIH LA UMI...KT SEKOLAH PN GITU, ANK2 MURID PEREMPUAN LEBIH TEKUN N MENYERLAH PRESTASI MRK.....

UMILIYA berkata...

iyer,,betoi2

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...