Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Februari 18, 2010

kurma

Buah Keramat BULAN kesembilan dalam kalendar Islam memang dinantikan umat Islam di seluruh dunia. Ramadan atau bulan penuh keberkatan mewajibkan umat Islam menyempurnakan rukun Islam kedua iaitu berpuasa.Sepanjang bulan ini, kurma boleh dilihat di mana-mana kerana menjadi sunnah memakan terlebih dahulu buah itu apabila berbuka puasa. Kurma adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau mentah.Kurma yang menjadi makanan utama masyarakat di Timur Tengah memang memiliki pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Tidak hairanlah, ia banyak disebut dalam al-Quran, malah menjadi makanan ruji Nabi Muhammad s.a.w.Kurma mengandungi kandungan zat besi dan potasium yang tinggi selain pelbagai vitamin lain. Ia amat sesuai diambil pesakit anemia, masalah penghadaman seperti sembelit dan kelesuan badan. Sebagai buah yang kaya dengan karbohidrat, kurma memberikan sumber tenaga, membantu meningkatkan tenaga dan sesuai dijadikan sebagai snek harian.Malah Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.” (HR Imam Bukhari).Menjadikan pemakanan kurma sebagai amalan sejak dulu lagi, Pengerusi dan pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, Datuk Yusuf Taiyoob, berkata amalan memakan kurma memang baik untuk kesihatan. Beliau berkata, kurma mampu membekalkan tenaga walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, malah mampu menahan kelaparan untuk seharian.Bagi yang ingin menjaga kesihatan, kurma mengurangkan berat badan. “Kurma mempunyai banyak khasiat yang membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, melancarkan sistem penghadaman serta dapat melindungi badan daripada pengumpulan kolesterol.“Ia memiliki kadar potasium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, demam, cirit-birit, sakit perut dan menjaga penglihatan. Justeru, kurma sesuai dijadikan makanan harian khususnya pada waktu pagi (ketika bersahur) sebelum memulakan tugas harian,” katanya.Sementara itu, kajian Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, mendapati jus kurma membantu mencegah sembelit, lemah otot, sengal badan, lesu dan barah usus besar selain merangsang selera makan serta menguatkan ingatan.Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir, khasiat kurma terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, merawat buah pinggang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran darah ketika melahirkan anak.Antara khasiat kurma# Kurma adalah buah daripada tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan B serta niasin.# Dari segi saintifik, kurma dapat membantu mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.# Kurma boleh dijadikan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk membantu mengatasi masalah insomnia dan mengurangkan batuk.# Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin.# Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma, sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.# Kurma turut berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak iaitu membantu pembentukan darah dan sum sum tulang.# Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.# Khasiat kurma dapat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda kanak-kanak.# Jus kurma dapat membantu mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta meredakan tekanan darah tinggi.# Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran.# Kurma membantu merendahkan risiko serangan angin ahmar.# Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya membekalkan banyak tenaga.# Kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.# Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot dan mengatur tekanan darah.# Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang. Justeru, kurma dianggap sebagai buah paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.Info# Untuk memastikan mutu kurma kekal segar dan tahan lama, ia hendaklah sentiasa disimpan di dalam peti sejuk dan bukannya di dalam suhu bilik.# Buah kurma bertangkai adalah kurma yang paling baik dari segi kualiti dan biasanya, harganya juga mahal berbanding kurma biasa.# Selain kurma asli, kurma kering juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan cara penyimpanannya lebih mudah.

1 ulasan:

nza berkata...

abg suka wat jus kurma....buat sndiri.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...