Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Februari 16, 2010

Kuih Lapis Keladi

    Bahan-bahan ( Loyang 8" empat segi ) Bahan A 150gm keladi (dipotong kiub dan dikisar halus) 250ml santan cair Bahan B 150gm tepung beras 60gm tepung ubi 30gm tepung sago 250ml santan pekat 80ml air Bahan C 200gm gula 400ml santan cair 1/2 sudu teh garam 2 helai daun pandan Bahan D Pewarna violet, hijau dan merah Cara-cara Kisar bahan A hingga halus. Ketepikan. Masukkan bahan B, Gaul rata dan tapis. Masak bahan C hingga mendidih, keluarkan daun pandan dan tuang ke dalam no. (1) tadi. Bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan dengan warna-warna berlainan. Tuang lapisan violet di dalam loyang 8" dan kukus selama 5 minit. Tuang lapisan warna hijau diatas lapisan pertama tadi dan kukus lagi selama 10 minit. Apabila masak tuang lapisan merah yang terakhir dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Jika lapisan kuih agak tebal tambahkan masa mengukusnya. Sentiasa tutup dgn aluminium foil setiap lapisan yang dikukus. Pastikan lapisan tidak mengandungi takungan air biarkan wap mengering dulu baru dituangkan lapisan seterusnya. Tempoh mengukus bergantung pada saiz pengukus pastikan air sentiasa mencecah lantai lapisan atas pengukus dan tambahkan dgn air panas jika air berkurangan. Penutup pengukus mestilah tinggi supaya serata wapnya.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...